BANTUAN MINYAK PETROL BUDI95 : CARA PERMOHONAN & SEMAKAN KELAYAKAN 2025

BANTUAN MINYAK PETROL BUDI95 : CARA PERMOHONAN & SEMAKAN KELAYAKAN 2025

Bermula 30 September 2025, Seramai 16 juta rakyat Warganegara Malaysia yang layak boleh terus membuat isian minyak petrol RON95 dengan subsidi BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dengan kadar RM1.99 seliter di mana-mana syarikat stesen minyak terdekat seluruh Malaysia.

Ketahui cara permohonan dan cara semakan kelayakan Bantuan Minyak Petrol BUDI95 di bawah.

BACA JUGA : CARA SEMAKAN MYKASIH ONLINE : PANDUAN LENGKAP

BANTUAN MINYAK PETROL BUDI95

APA ITU BANTUAN MINYAK PETROL BUDI95?

BUDI95 atau BUDI MADANI RON95 ialah merupakan inisiatif subsidi petrol RON95 yang dilaksanakan secara bersasar bagi penurunan harga minyak petrol RON95 daripada RM2.05 seliter kepada RM1.99 seliter hanya kepada Rakyat Malaysia yang layak tanpa mengira tahap pendapatan.

Inisiatif BUDI95 dilaksanakan juga bagi mengurangkan pembaziran dan ketirisan subsidi kepada warga asing sekaligus dapat mengoptimumkan kadar sumber negara untuk memberikan lebih manfaat kepada rakyat Warganegara Malaysia.

Pengenalan Manfaat BUDI95 :

  • Harga minyak Petrol RON95 turun RM1.99 seliter.
  • Had kuota 300 liter setiap bulan.
  • Tiada pendaftaran tambahan dikenakan.

SYARAT KELAYAKAN

Setakat ini, seramai 16 juta rakyat Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan sahaja layak untuk membeli minyak petrol RON95 guna subsidi BUDI95 sebanyak RM1.99 seliter.

Berikut merupakan syarat kelayakan penerima BUDI95 :

  • Warganegara Malaysia;
  • Belia seawal umur 16 tahun dan ke atas;
  • Mempunyai lesen memandu sah dan aktif;
  • Tidak mengira tahap pendapatan.

JUMLAH PENGISIAN MINYAK PETROL TERKINI

Kuota subsidi minyak petrol BUDI95 diberikan sebanyak 300 liter setiap bulan kepada setiap rakyat yang layak iaitu bersamaan RM597 sebulan.

Berikut merupakan jumlah perbezaan pengisian minyak petrol RON95 guna subsidi BUDI95 dan tanpa subsidi BUDI95 :

JUMLAH PENGISIAN
(LITER)
HARGA
DENGAN BUDI95
(RM1.99 SELITER)
HARGA
TANPA BUDI95
(RM2.60 SELITER)
5.025 literRM10RM13.07
25.125 literRM50RM65.33
50.251 literRM100RM130.65

CARA PERMOHONAN BANTUAN MINYAK PETROL

Tiada sebarang permohonan untuk bantuan subsidi Minyak Petrol RON95 yang dibuka kerana ianya diberikan secara automatik kepada rakyat Warganegara Malaysia yang mempunyai Lesen Memandu Malaysia (LMM) yang sah dan masih aktif sahaja.

Oleh itu, setiap kali pengisian minyak dengan menggunakan subsidi BUDI95, rakyat yang layak digalakkan untuk membuat pengesahan dengan menggunakan MyKad di pam atau kaunter bayaran atau melalui aplikasi syarikat minyak seperti Setel, Touch n Go, CaltexGo, Bonuslink dan sebagainya.

CARA SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN MINYAK PETROL

Status kelayakan sebagai penerima subsidi Minyak Petrol RON95 boleh disemak secara online sahaja melalui Portal Rasmi BUDI MADANI RON95 seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi BUDI MADANI RON95 di sini : https://www.budi95.gov.my/landing.
  2. Halaman utama BUDI95 akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Semak Kelayakan Individu].
  4. Bahagian semakan kelayakan akan dipaparkan.
  5. Masukkan nombor MyKad pada ruangan yang disediakan.
  6. Klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Status “LAYAK” akan dipaparkan kepada yang layak dan “Sebab-sebab Tidak Layak” kepada yang tidak memenuhi kelayakan yang ditetapkan.
  8. Selesai.

SEMAKAN BAKI KUOTA MINYAK PETROL BUDI95

Bagi yang telah menggunakan subsidi BUDI95 untuk isian minyak petrol RON95 tetapi tidak mengetahui baki kuota yang masih ada. Selain semak di resit, anda juga boleh semak melalui aplikasi seperti berikut :

SEMAK BAKI KUOTA GUNA SETEL

  1. Muat turun aplikasi ‘Setel’ (untuk syarikat Petronas).
  2. Daftarkan akaun anda dalam aplikasi Setel.
  3. Sahkan status anda sebagai penerima BUDI95.
  4. Kemudian, klik pada butang [Check Eligibility].
  5. Status dan baki kuota akan dipaparkan.
  6. Selesai.

SEMAK BAKI KUOTA GUNA TNG

  1. Muat turun aplikasi Touch n Go (TnG).
  2. Daftar akaun anda dalam aplikasi TnG.
  3. Setelah selesai daftar, klik ikon [BUDI95].
  4. Baki kuota anda akan dipaparkan.
  5. Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) BUDI95

  1. Bilakah boleh mula guna subsidi BUDI95 untuk isian minyak serendah RM1.99 seliter?
    • Semua penerima boleh mula membuat isian minyak guna subsidi BUDI95 bermula pada 30 September 2025.
  2. Bolehkah warga asing menggunakan subsidi BUDI95 untuk isi minyak?
    • Tidak boleh. Subsidi BUDI95 hanya khas untuk 16 juta rakyat Malaysia yang layak sahaja.
  3. Bagaimanakah jika kuota 300 liter habis digunakan untuk isian minyak bulan Oktober?
    • Jika kuota 300 liter habis digunakan pada bulan ini, penerima perlu membuat isian dengan harga RM2.60 seliter.
  4. Bolehkah isian minyak petrol RON95 guna kereta pendaftaran luar negara guna subsidi BUDI95?
    • Tidak boleh, hanya warganegara Malaysia serta kereta dengan pendaftaran Malaysia sahaja boleh menggunakan subsidi BUDI95.
  5. Dimanakah stesen minyak yang boleh guna subsidi BUDI95?
    • Syarikat minyak seperti Petronas, BHPetrol, Caltex, Shell, Petron dan sebagainya.

RUJUKAN LANJUT

Artikel ini dirujuk daripada Portal Rasmi BUDI MADANI RON95. Sekiranya anda mempunyai soalan atau masalah berkaitan Subsidi Petrol RON95, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • Hubungi Talian BUDI95 : 1300-88-9595; atau
  • Talian WhatsApp : +603-2631 4595; atau
  • E-mel : [email protected]

Leave a Comment