BANTUAN MINYAK PETROL 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BUDI MADANI RON95
Terkini! Kerajaan MADANI bakal melaksanakan subsidi petrol RON95 bermula hujung September 2025, membolehkan rakyat Malaysia menikmati harga bersubsidi yang lebih rendah dengan hanya menggunakan MyKad semasa mengisi minyak.
Bagaimanakah semakan status kelayakan bantuan minyak petrol? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BUDI MADANI RON95 SEMAKAN STATUS : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

APA ITU BANTUAN MINYAK PETROL?
Bantuan Minyak Petrol merupakan usaha Kerajaan Madani Kerajaan melalui Program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) untuk menyalurkan subsidi petrol RON95 kepada rakyat bagi:
- Meringankan kos sara hidup rakyat;
- Mengekang ketirisan subsidi kepada golongan yang tidak layak (seperti warga asing) ; atau
- Menangani penyeludupan yang mengelak daripada membayar cukai.
KELEBIHAN BANTUAN MINYAK PETROL
Terdapat beberapa manfaat melalui pelaksanaan Bantuan Minyak Petrol, antaranya adalah :
- Kenderaan Awam dan Komersial dapat menikmati subsidi petrol dengan harga lebih rendah berbanding harga pasaran sebenar;
- Harga subsidi petrol RON95 serendah RM1.99 seliter;
- Menikmat penggunaan sehingga 300 liter bagi kenderaan awam;
- Had penggunaan tambahan kepada kenderaan e-hailing.
SIAPA YANG LAYAK?
Kelayakan penerima Subsidi RON95 adalah seperti berikut:
- Semua Warganegara Malaysia;
- Berusia 16 tahun dan ke atas;
- Memiliki lesen memandu yang SAH berdaftar JPJ;
- Lesen memandu yang aktif (masih SAH);
PENGESAHAN STATUS KELAYAKAN
Berikut merupakan cara untuk semak status kelayakan subsidi ron95:
- Pengesahan di Kedai Stesen Minyak dan Terminal Pam Minyak : Letakkan MyKad di terminal pembaca MyKad yang disediaka;
- Semakan secara online : Menggunakan Aplikasi TouchNGo (TNG) atau Aplikasi Syarikat Minyak seperti Setel (Petronas), CaltexGo ; ATAU
- Semakan di Portal Rasmi Budi MADANI : Semakan boleh dilakukan di pautan https://www.budi95.gov.my/landing/
Catatan : Tiada sebarang permohonan diperlukan, dan hanya perlukan pengesahan MyKad.
BANTUAN MINYAK PETROL
Status Kelayakan boleh di semak di Portal Rasmi BUDI MADANI seperti berikut:
- Layari laman Portal Rasmi BUDI MADANI di pautan berikut : https://www.budi95.gov.my/landing/
- Anda akan dibawa ke laman utama Semak Kelayakan.
- Tekan butang “Semak Kelayakan Individu”.
- Seterusnya, masukkan No.MyKad anda diruangan yang telah disediakan.
- Klik butang “Semak Kelayakan’.
- Status “LAYAK” akan dipaparkan sekiranya anda layak untuk kategori INDIVIDU.
- Selesai.
CARA TUNTUTAN
Berikut merupakan langkah-langkah penggunaan subsidi ron95 :
- Bawa MyKad dan Kunjungi Stesen Minyak berdekatan anda.
- Letakkan MyKad di terminal pembaca MyKad yang disediakan di Kedai Stesen Minyak dan Terminal Pam Minyak untuk pengesahan kelayakan penerima.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima subsidi di kaunter bayaran.
- Kelayakan anda akan disahkan, jika anda layak paparan dalam Sistem akan menunjukkan anda layak menerima harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter.
- Kemudian buat bayaran mengikut liter yang diisi.
- Isi minyak RON95 seperti biasa.
- Selesai.
HARGA BANTUAN MINYAK PETROL
Perbezaan harga minyak petrol RON95, sebelum dan selepas subsidi untuk rakyat Malaysia dan harga untuk bukan Warganegara Malaysia, adalah seperti berikut :
KATEGORI HARGA | HARGA PETROL RON95 PER LITER (RM) |
---|---|
Harga Terkini | RM2.05 /liter |
Harga Selepas Subsidi (Warganegara Malaysia) | RM1.99 /liter |
Harga Bukan Warganegara Malaysia | RM2.60 /Liter |
TARIKH PELAKSANAAN
Pelaksanaan penyasaran Subsidi minyak Petrol RON95 dengan kadar RM1.99 seliter akan berkuatkuasa pada penghujung bulan September 2025 seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | TARIKH PELAKSANAAN SUBSIDI |
---|---|
Warga Polis & Tentera | 27 September 2025 (Sabtu) |
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | 28 September 2025 (Ahad) |
Semua Warganegara Malaysia (Orang Awam dan Bukan Penerima STR) | 30 September 2025 (Selasa) |
SOALAN LAZIM (FAQ) BANTUAN MINYAK PETROL
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SUBSIDI RON95:
- Siapa yang layak dapat bantuan minyak petrol?
- Semua rakyat Malaysia dengan MyKad sah, dan memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.
- Berapa jumlah subsidi yang boleh diterima?
- Orang awam boleh mengisi minyak sehingga 300 liter RON95 sebulan, namun untuk kenderaan e-hailing, had tambahan diberikan melalui permohonan.
- Adakah permohonan diperlukan atau automatik?
- Tiada sebarang pendaftaran diperlukan. Kelayakan adalah secara automatik jika memenuhi syarat ditetapkan. Anda hanya perlu membuat pengesahan kelayakan menggunakan MyKad atau semakan di Portal Rasmi BUDI MADANI.
- Adakah boleh menggunakan lesen memandu sebagai alternatif?
- Tidak boleh. Hanya MyKad dibenarkan untuk adalah untuk pengesahan kelayakan di pam minyak.
- Bagaimana jika saya tidak layak?
- Individu yang tidak layak perlu membayar harga pasaran sebenar RON95.
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami hanya menyediakan maklumat terkini berkaitan bantuan Kerajaan untuk Program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) yang dirujuk daripada Siaran Media Kementerian Kewangan (MOF). Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini :
- Talian Bantuan : 1300-88-9595
- WhatsApp : +603-2631 4595
- e-Mel : [email protected]
- Portal Rasmi : https://www.budi95.gov.my/