BANTUAN MAIK KELANTAN 2025 : SEMAKAN

BANTUAN MAIK KELANTAN 2025 : SEMAKAN

Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) telah menyediakan pelbagai bentuk dan jenis bantuan kepada rakyat di Negeri Kelantan supaya dalam meringankan bebanan kewangan, memberikan sokongan dalam pelbagai aspek kehidupan, dan meningkatkan kualiti hidup rakyat yang kurang berkemampuan.

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut berkaitan Bantuan MAIK, sila ikuti penjelasan di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN MYKASIH RM200 : SEMAK SEGERA

SENARAI JENIS BANTUAN MAIK 2025

Terdapat pelbagai jenis Bantuan MAIK yang disediakan bagi membantu rakyat Kelantan yang memerlukan. Antara Bantuan MAIK yang disediakan adalah seperti berikut :

JENIS BANTUAN MAIKKETERANGAN BERKAITAN BANTUAN
Bantuan KewanganWang tunai diberikan untuk membantu
golongan miskin dan berpendapatan
rendah untuk meringankan bebanan
kewangan
Bantuan PendidikanMenyediakan sokongan kewangan
kepada anak-anak yang kurang
berkemampuan untuk melanjutkan
pelajaran
Bantuan Rawatan KesihatanUntuk menampung kos rawatan
perubatan bagi golongan yang
memerlukan
Bantuan Bencana AlamBantuan segera kepada mangsa
bencana alam seperti banjir dan
tanah runtuh

SYARAT PENERIMA BANTUAN MAIK 2025

Hanya rakyat yang memenuhi syarat kelayakan sahaja layak terima Bantuan MAIK. Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan Bantuan MAIK :

SYARATKELAYAKAN PENERIMA
WarganegaraMalaysia
PendapatanBerpendapatan rendah
atau fakir miskin
Golongan SasaranAsnaf zakat, fakir miskin,
anak yatim, ibu tunggal,
OKU dan golongan yang
memerlukan bantuan
KediamanMenetap secara tetap
di Negeri Kelantan
Peringkat Umur18 tahun dan ke atas

CARA MOHON BANTUAN MAIK KELANTAN

Bagi yang ingin kemukakan permohonan Bantuan MAIK, sila ikuti panduan cara mohon yang lengkap seperti berikut :

  1. Layari laman web rasmi MAIK di pautan ini : https://eagihan.e-maik.my/Default.
  2. Daftar akaun menggunakan maklumat peribadi yang tepat, seperti alamat emel dan nombor telefon yang aktif.
  3. Pilih jenis bantuan yang diperlukan sama ada bantuan kewangan, pendidikan, kesihatan, atau bantuan bencana alam.
  4. Lengkapkan borang permohonan dengan maklumat yang lengkap dan tepat.
  5. Muat Naik Dokumen Sokongan seperti :
    • Salinan Kad Pengenalan;
    • Bukti penyata pendapatan / dokumen kewangan;
    • Surat pengesahan status anak yatim (jika berkenaan);
    • Surat pengesahan ibu tunggal (jika berkenaan).
  6. Klik butang [Hantar Permohonan].
  7. Selesai.

*Pemohon boleh menyemak status permohonan secara online di portal MAIK dan menerima pemberitahuan kelulusan melalui emel atau SMS.

TIPS BERJAYA MOHON BANTUAN MAIK

Pastinya pemohon yang mengemukakan permohonan ingin lulus dan berjaya menerima Bantuan MAIK. Berikut dikongsi tips untuk lulus permohonan Bantuan MAIK :

  • Maklumat yang diisi perlulah lengkap dan betul tanpa sebarang kesilapan.
  • Dokumen yang dimuat naik perlulah jelas dan lengkap dengan kapasiti yang ditetapkan.
  • Teliti sekali lagi maklumat yang diisi supaya tiada maklumat yang tertinggal.
  • Rujuk panduan dan arahan berkaitan proses permohonan yang betul.

KEMUDAHAN MOHON BANTUAN MAIK KELANTAN

Pihak MAIK Kelantan telah menyediakan kemudahan untuk pemohon bantuan tanpa secara atas talian (online) seperti berikut :

MANFAATKETERANGAN LANJUT
Proses Mudah & CepatPermohonan dilakukan sepenuhnya
secara online tanpa perlu hadir ke MAIK
Akses Dari Mana-manaBoleh diakses di mana-mana termasuk
penduduk di luar bandar
Sistem TelusPemohon boleh pantau status
permohonan secara langsung tanpa
keraguaan
Kemudahan SemakanPemohon boleh semak status melalui
portal tanpa perlu hubungi MAIK

SOALAN LAZIM (FAQ) BANTUAN MAIK

  1. Siapakah yang layak memohon Bantuan MAIK?
    • Bantuan MAIK boleh dimohon oleh golongan yang memerlukan, seperti asnaf zakat, fakir miskin, ibu tunggal, OKU, dan anak yatim yang menetap di Kelantan.
  2. Adakah perlu hadir ke pejabat MAIK untuk memohon bantuan?
    • Tidak perlu, permohonan boleh dibuat sepenuhnya secara online, tanpa perlu hadir ke pejabat MAIK.
  3. Bantuan MAIK telah dimohon, adakah perlu hubungi pihak MAIK untuk tahu status kelayakan?
    • Tidak perlu hubungi pihak MAIK. Semakan boleh dilakukan di Portal MAIK dan SMS akan dihantar sekiranya anda layak.
  4. Apa yang perlu dilakukan sekiranya permohonan Bantuan MAIK tidak berjaya?
    • Sila hubungi pihak MAIK untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut dan cuba kemukakan semula permohonan dengan maklumat yang lebih lengkap.
  5. Adakah Bantuan MAIK dibayar secara tunai?
    • Bantuan akan disalurkan dalam bentuk wang tunai atau barangan keperluan, bergantung pada jenis bantuan yang dipohon.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini berkaitan Bantuan MAIK adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MAIK Kelantan. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan MAIK, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • Alamat : Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, Kompleks Islam Darul Naim, Lundang, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu, Kelantan
  • E-Mel : [email protected]
  • Talian MAIK : 09-7481512 / 09-7485512

Leave a Comment