BANTUAN LESEN PERCUMA 2025 MADANI : PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SECARA ONLINE (PANDUAN LENGKAP)

BANTUAN LESEN PERCUMA 2025 MADANI : PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SECARA ONLINE (PANDUAN LENGKAP)

Segala kos yuran bagi mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) akan ditanggung oleh kerajaan melalui Program MyLesen B2 (Bantuan Lesen Percuma) yang dilaksanakan khas kepada rakyat yang kurang berkemampuan (B40) mendapatkan lesen secara sah.

Bagaimanakah permohonan dan semakan status kelayakan Bantuan Lesen Percuma? Ikuti panduan lengkap di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN 100 SEBULAN MYKAD : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

OBJEKTIF BANTUAN LESEN PERCUMA 2025 MADANI

Antara objektif utama pelaksanaan Bantuan Lesen Percuma adalah untuk :

  • Meringankan beban golongan kurang berkemampuan B40 untuk mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2 (Motosikal).
  • Meningkatkan keselamatan jalan raya melalui pemilikan Lesen Memandu serta latihan dan kemahiran memandu yang disediakan.
  • Menggalakkan dan memupuk masyarakat untuk memandu kenderaan secara sah di sisi undang-undang serta melahirkan penunggang motosikal yang kompeten.
  • Meningkatkan peluang dan kebolehpasaran pekerjaan bagi golongan B40 yang memerlukan lesen untuk bekerja.

SYARAT KELAYAKAN PEMOHON BANTUAN LESEN PERCUMA 2025 MADANI

Untuk memohon Bantuan Lesen Percuma, pemohon perlulah memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Sihat dari segi fizikal dan mental;
  • Golongan Belia (Berusia 16 hingga 35 tahun);
  • Terdiri daripada Golongan Keluarga Berpendapatan Rendah (B40);
  • Pelajar Sekolah Menengah, Lepasan SPM, Graduan Institut Pengajian Tinggi atau Golongan Belia;
  • Tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan.
  • Bebas daripada senarai hitam oleh mana-mana Mahkamah, JPJ, dan PDRM semasa mengemukakan permohonan.

PANDUAN PERMOHONAN BANTUAN LESEN PERCUMA 2025 MADANI

Ikuti cara permohonan Bantuan Lesen Percuma seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi JPJ; atau klik pautan di sini : https://www.jpj.gov.my/.
  2. Dapatkan borang Permohonan Lesen Percuma MyLESEN B2 2025 Terkini.
  3. Kemudian, Isi maklumat permohonan di ruangan yang disediakan dengan lengkap.
  4. Sertakan sekali dokumen sokongan yang diperlukan seperti :
    • [Kad Pengenalan], [Keputusan Ujian Saringan Kesihatan], dan [Gambar Pasport].
  5. Setelah itu, pemohon hendaklah memilih Pusat Latihan Memandu yang berdekatan untuk menjalani Latihan Praktikal dan Hantar borang tersebut.
  6. Kemudian, Pihak JPJ akan mengatur jadual latihan memandu dan memaklumkan tarikh ujian praktikal.
  7. Selesai.

*NOTA : Pemohon perlu hadir pada kesemua tarikh yang ditetapkan untuk memastikan permohonan anda tidak terbatal.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN LESEN PERCUMA 2025 MADANI

Status kelayakan permohonan Bantuan Lesen Percuma bagi setiap individu yang layak akan dimaklumkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dari semasa ke semasa beserta dengan jadual latihan.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyLesen B2, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.jpj.gov.my/wp-content/uploads/2025/04/SOALAN-LAZIM-PROGRAM-MYLESEN-B2-.pdf.

Leave a Comment