BANTUAN LESEN MEMANDU PERCUMA : PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS

BANTUAN LESEN MEMANDU PERCUMA : PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS

Ramai antara penunggang motorsikal dan pemandu kereta yang tidak mempunyai Lesen Memandu Malaysia (LMM) yang sah dan aktif. Oleh itu, Pihak Kerajaan memperkenalkan inisiatif Bantuan Lesen Memandu secara percuma kelas B2 (Motorsikal) kepada golongan B40 yang layak.

Ketahui cara permohonan, semakan status dan info lebih lanjut berkaitan Bantuan Lesen Memandu di bawah.

BACA JUGA : SEMAK KELAYAKAN SUBSIDI BUDI95 : CHECK LAYAK ATAU TIDAK

BANTUAN LESEN MEMANDU PERCUMA

SIAPA YANG LAYAK?

Penerima Bantuan Lesen Memandu dipilih berdasarkan syarat dan kriteria kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Sihat dari segi fizikal dan mental;
  • Golongan Belia (Berusia 16 hingga 35 tahun);
  • Terdiri daripada Golongan Keluarga Berpendapatan Rendah (B40);
  • Pelajar Sekolah Menengah, Lepasan SPM, Graduan Institut Pengajian Tinggi atau Golongan Belia;
  • Tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan.
  • Bebas daripada senarai hitam oleh mana-mana Mahkamah, JPJ, dan PDRM semasa mengemukakan permohonan.

TARIKH PERMOHONAN DIBUKA

Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) masih belum mengumumkan sebarang tarikh permohonan Bantuan Lesen Memandu yang dibuka pada tahun 2025. Namun, rakyat perlu menyemak makluman terkini di Portal Rasmi JPJ setiap negeri dari semasa ke semasa kerana permohonan biasanya adalah terhad.

CARA PERMOHONAN BANTUAN LESEN MEMANDU PERCUMA

Permohonan Bantuan Lesen Memandu boleh dikemukakan mengikut panduan yang lengkap seperti berikut :

  1. Dapatkan borang Permohonan Lesen Percuma MyLESEN B2 2025 Terkini.
  2. Kemudian, Isi maklumat permohonan di ruangan yang disediakan dengan lengkap.
  3. Sertakan sekali dokumen sokongan yang diperlukan.
  4. Setelah itu, pemohon hendaklah memilih Pusat Latihan Memandu yang berdekatan untuk menjalani Latihan Praktikal. Hantar borang tersebut.
  5. Apabila permohonan diluluskan, Pihak JPJ akan mengatur jadual latihan memandu dan memaklumkan tarikh ujian praktikal. (Pastikan pemohon hadir pada tarikh yang ditetapkan untuk memastikan permohonan anda tidak terbatal).
  6. Selesai.

*Permohonan perlulah dikemukakan mengikut tarikh yang dibuka sahaja.

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

Berikut merupakan antara beberapa dokumen sokongan yang lazimnya diperlukan untuk permohonan Bantuan Lesen Memandu :

  • Salinan kad pengenalan;
  • Bukti penerimaan bantuan kerajaan;
  • Surat pengesahan pendapatan isi rumah; dan
  • Gambar berukuran pasport terkini.

CARA SEMAKAN STATUS BANTUAN LESEN MEMANDU

Setelah permohonan Bantuan Lesen Memandu diluluskan, Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memaklumkan status kepada peserta bahawa mereka ‘Layak’ dan akan disertakan dengan jadual untuk latihan dan ujian pratikal.

SOALAN LAZIM (FAQ) BANTUAN LESEN MEMANDU

  1. Apakah jenis lesen memandu yang ditawarkan dalam Program Bantuan Lesen Percuma?
    • Lesen yang ditawarkan secara percuma adalah kelas B2 (Motorsikal).
  2. Bilakah permohonan Bantuan Lesen Percuma 2025 dibuka?
    • Permohonan dibuka mengikut Jabatan Pengangkutan Jalan berbeza pada setiap negeri.
  3. Adakah semua fi dan yuran Lesen Memandu ditaja oleh Kerajaan sepenuhnya?
    • Ya, Kos yuran peserta yang melibatkan fi latihan, amali dan ujian akan ditaja sepenuhnya.
    • Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.
  4. Bagaimanakah jika individu yang layak tidak hadir ke latihan dan ujian pada tarikh yang ditetapkan?
    • Jika individu tidak hadir ke latihan atau ujian pada tarikh yang ditetapkan, permohonan akan terbatal serta-merta.
  5. Berapakah umur yang boleh memohon Bantuan Lesen Memandu?
    • Hanya pemohon yang berumur 16 sehingga 35 tahun sahaja.

Untuk soalan lazim lebih lanjut : https://www.jpj.gov.my/wp-content/uploads/2025/04/SOALAN-LAZIM-PROGRAM-MYLESEN-B2-.pdf.

INFO LANJUT

Semua info-info berkaitan Bantuan Lesen Memandu (MyLesen B2) di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi JPJ. Sekiranya anda mempunyai masalah atau pertanyaan lanjut, sila ajukan kepada :

Leave a Comment