BANTUAN KOMPUTER 2026 : PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS KELAYAKAN

BANTUAN KOMPUTER 2026 : PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS KELAYAKAN

Permohonan bantuan komputer riba secara percuma untuk membantu proses pembelajaran para pelajar IPT yang memerlukan kini dibuka. Semua pelajar yang memenuhi syarat kelayakan, digalakkan untuk membuat permohonan segera bagi memanfaatkan peluang dan kemudahan yang disediakan.

Bagaimanakah permohonan dan semakan status kelayakan bantuan komputer 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: MY KASIH SARA 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM200 & RM100 SETIAP BULAN)

PENGENALAN BANTUAN KOMPUTER

Bantuan Komputer atau Bantuan Ihsan Komputer (BAIK SABAH) ialah inisiatif Kerajaan Negeri Sabah untuk membantu para pelajar yang kurang berkemampuan dan berpendapatan rendah untuk mendapatkan kemudahan komputer demi menyokong proses pembelajaran yang lebih efektif dan kondusif.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KOMPUTER 2026

Syarat Kelayakan Bantuan Ihsan Komputer (BAIK SABAH), terdiri daripada :

  • Berstatus Bumiputera Sabah;
  • Pelajar-pelajar IPTA dan IPTS sepenuh masa;
  • Pelajar Asasi, Matrikulasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda;
  • Terdiri daripada keluarga B40 (pendapatan RM4,850 dan ke bawah) atau eKasih;

Catatan : Satu (1) komputer hanya untuk satu (1) Ketua Isi Rumah (KIR) sahaja.

CARA PERMOHONAN BANTUAN KOMPUTER 2026

Permohonan Bantuan Ihsan Komputer (BAIK SABAH) boleh dilakukan seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi Bantuan Ihsan Komputer (BAIK SABAH) : https://baik.sabah.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Tekan [permohonan]
  4. ⁠Sekiranya anda belum daftar, klik [belum daftar].
  5. Isikan maklumat seperti Nama Penuh, Nombor Kad Pengenalan, e-Mel, dan Kata Laluan di ruangan yang disediakan.
  6. Klik [daftar].
  7. Setelah pendaftaran selesai, klik [permohonan] untuk log masuk dan membuat permohonan.
  8. Log Masuk Sistem dengan masukkan [Nombor Kad Pengenalan] dan [Kata Laluan] di ruangan yang telah disediakan.
  9. Klik [Log Masuk].
  10. ⁠Setelah berjaya Log Masuk, isikan maklumat yang diperlukan untuk permohonan Bantuan Ihsan Komputer (BAIK SABAH) dengan lengkap.
  11. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  12. Klik [hantar] dan [Cetak] untu tujuan rujukan.
  13. ⁠Selesai.

TARIKH PERMOHONAN BANTUAN KOMPUTER 2026

Permohonan Bantuan Ihsan Komputer (BAIK SABAH) boleh dibuat dalam tempoh masa berikut :

TARIKH PERMOHONAN DIBUKA TARIKH PERMOHONAN DITUTUP
1 April 2026, (Rabu)Belum diumumkan

DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN

Berikut merupakan dokumen penting yang perlu disediakan semasa membuat permohoan Bantuan Ihsan Komputer (BAIK SABAH) :

  • Surat Beranak (Pemohon & Ibu Bapa);
  • Salinan Kad Pengenalan/Sijil Cerai/Sijil Kematian (Pemohon & Ibu Bapa);
  • Slip Gaji Ibu Bapa / Surat Pengesahan Bekerja (Disahkan Oleh Pegawai Daerah);
  • Surat Tawaran Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) ;
  • Surat Pengesahan Telah Berdaftar daripada Universiti Tempat Belajar pemohon.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Bantuan Ihsan Komputer (BAIK SABAH), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri : 088-369872 / 088-369164 / 088-369897/088-369890
  • Portal Rasmi Bantuan Ihsan Komputer (BAIK SABAH) : https://baik.sabah.gov.my/

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://baik.sabah.gov.my/

Leave a Comment