BANTUAN KHAS KEWANGAN 2026 RM500 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA

BANTUAN KHAS KEWANGAN 2026 RM500 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA

Terkini! Sebagai penghargaan dan persiapan rakyat Malaysia menyambut Hari Raya Aidilfitri, Kerajaan mengumumkan Bantuan Kewangan Khas (BKK) kepada semua penjawat awam dan pesara di Malaysia.

Bagaimanakah semakan bantuan khas kewangan 2026 rm500? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: SEMAK PLKN 2026 ONLINE : CEK SENARAI NAMA SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK JADI PESERTA SESI 2/2026

BANTUAN KHAS KEWANGAN 2026

YAB Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan Bantuan Kewangan Khas (BKK) untuk tahun 2026 kepada pekerja lantikan kerajaan dalam sektor perkhidmatan awam (Penjawat Awam dan Pesara) termasuk kontrak sebagai bantuan persediaan Sambutan Perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Bantuan BKK 2026 ini dilaksanakan seperti berikut :

  • Pemberian BKK kepada Pegawai Awam Gred 15 dan ke bawah, dan pegawai/ kakitangan lantikan kontrak;
  • Pemberian BKK kepada pesara Kerajaan, veteran berpencen dan veteran tidak berpencen.
  • Pemberian BKK ini akan dikecualikan daripada cukai pendapatan selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 127(3A) Akta Cukai Pendapatan 1967.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KHAS KEWANGAN 2026

Bantuan Kewangan Khas (BKK) 2026 akan diberikan kepada individu yang menepati syarat kelayakan di bawah :

  • Pegawai Perkhidmatan Awam, Gred 15 dan ke bawah atau setara:
    • Pegawai lantikan tetap, sementara dan lantikan kontrak [Contract of Service (COS) dan Pekerja Sambilan Harian];
    • Pegawai yang bercuti bergaji penuh;
    • Pegawai yang bercuti separuh gaji;
    • Pegawai yang bercuti tanpa gaji; dan
    • Pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya, yang mana BKK ini akan dibayar oleh agensi yang meminjam pegawai berkenaan.
  • Personel mystep yang masih berkhidmat;
  • Guru interim;
  • Pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Utama B dan ke atas serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya; dan
  • Pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran, Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman.
  • Pesara Kerajaan :

      JUMLAH & TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS KEWANGAN 2026

      Bantuan Khas Kewangan Kerajaan (BKK) 2026 akan dilaksanakan seperti berikut :

      KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUANTARIKH BAYARAN
      Penjawat Awam
      (Gred 15 dan ke bawah termasuk pegawai/kakitangan lantikan kontrak)
      RM50013 Mac 2026
      Pesara Kerajaan
      Berpencen & Tidak Berpencen
      RM25013 Mac 2026

      MAKLUMAT LANJUT

      Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Bantuan Khas Kewangan (Penjawat Awam & Pesara) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

      PENAFIAN

      Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

      Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

      Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

      Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
      https://www.jpa.gov.my/perkhidmatan/surat-edaran/surat-edaran-pemberian-bantuan-khas-kewangan-tahun-2026

      Leave a Comment