BANTUAN KHAS AIDILFITRI 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM250 & RM500)
Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang beberapa hari sahaja lagi. Seiring dengan itu, pastinya semua sedang sibuk membuat persiapan untuk meraikannya. Bagi meringankan bebanan kewangan, Kerajaan mula menyalurkan Bantuan Khas Aidilfitri kepada yang layak.
Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima Bantuan Khas Aidilfitri? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : SYARAT KELAYAKAN PENGELUARAN KWSP 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENGELUARNA AKAUN 1 & 2 & 3
APA ITU BANTUAN KHAS AIDILFITRI?
Bantuan Khas Aidilfitri iaitu Bantuan Khas Kewangan (BKK) yang khusus disalurkan kepada penjawat awam dan pesara / veteran untuk membantu menampung kos perbelanjaan sempena menyambut hari perayaan Aidilfitri.
KADAR BANTUAN KHAS AIDILFITRI
Kerajaan menyalurkan Bantuan Khas Aidilfitri mengikut kategori dan kelayakan penerima seperti berikut :
| KELAYAKAN PENERIMA | KADAR BANTUAN |
|---|---|
| Penjawat Awam : -Gred 56 ke bawah -Lantikan Kontrak -MySTEP | RM500 setiap seorang |
| Pesara / Veteran : -Berpencen -Tidak berpencen | RM250 setiap seorang |
TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS AIDILFITRI 2026
Penjawat awam dan pesara / veteran akan secara automatik menerima bayaran Bantuan Khas Aidilfitri pada tarikh yang ditetapkan seperti berikut :
| JENIS BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Bantuan Khas Aidilfitri | 13 Mac 2026 (Jumaat) |
CARA TERIMA BANTUAN KHAS AIDILFITRI
Kerajaan melaksanakan bayaran Bantuan Khas Aidilfitri kepada penjawat awam dan pesara melalui cara bayaran yang sama, iaitu :
| KADAR BANTUAN | CARA TERIMA BAYARAN |
|---|---|
| RM250 / RM500 | Pengkreditan terus ke dalam akaun gaji (penjawat awam / pesara) |
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN KHAS AIDILFITRI
Tidak semua rakyat Malaysia layak menerima Bantuan Khas Aidilfitri, kerana ianya terhad diberikan kepada yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Merupakan Penjawat Awam :
- Gred 56 ke bawah;
- Lantikan Kontrak;
- MySTEP
- Merupakan Pesara / Veteran :
- Berpencen / Tidak Berpencen.
MAKLUMAT LANJUT
Maklumat dalam artikel ini adalah dirujuk daripada pengumuman Bantuan Khas Kewangan (BKK). oleh itu, untuk maklumat lebih lanjut berkaitan bantuan di atas, sila semak di :
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mof.gov.my/portal/ms/berita/pengumuman/bantuan-khas-kewangan-aidilfitri-tahun-2026-kepada-individu-contract-for-service.