BANTUAN KEPERLUAN ASAS RM900 SETIAP 3 BULAN – SEMAK KELAYAKAN ANDA SEGERA
Pelbagai manfaat yang dapat diperolehi melalui Program Sentuhan Kasih Rakyat SABAH, terutamanya dalam mendapatkan barang asas bagi menyokong keperluan harian.
Bagaimanakah semak bantuan keperluan asas rm900 setiap 3 bulan? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN MYKASIH SETIAP BULAN : ADAKAH ANDA LAYAK? SEMAK SEKARANG

APA ITU BANTUAN KEPERLUAN ASAS RM900?
Bantuan Keperluan Asas RM900 merupakan bantuan Sabah / PADANS / SYUKUR (Sentuhan Kasih Rakyat) dalam bentuk wang tunai bertujuan :
- Meringankan beban kewangan penerima, khususnya untuk mendapatkan barang keperluan asas.
- Membantu menjalani kehidupan yang lebih selesa; dan
- Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Negeri Sabah.
SIAPA YANG LAYAK?
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Beralamat dan bermastautin di Negeri Sabah sekurang-kurangnya satu tahun;
- Berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024;
- Pemegang Kad Pengenalan berstatus ‘H’;
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) setakat 31 Disember 2024;
- Ketua Isi Rumah (KIR) belum tersenarai dalam sistem eKasih tetapi pendapatan isi rumah mengikut Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
JUMLAH BANTUAN
Kadar bantuan Sabah adalah sebanyak RM300 bagi setiap bulan. Namun, penyaluran kepada penerima akan dilakukan secara berfasa dengan bayaran sebanyak RM900 bagi setiap fasa iaitu bersamaan dengan jumlah bayaran untuk tiga (3) bulan serentak seperti berikut:
FASA PEMBAYARAN | JUMLAH BAYARAN |
---|---|
Fasa 1 | RM900 |
Fasa 2 | RM900 |
Fasa 3 | RM900 |
Fasa 4 | RM900 |
TARIKH BAYARAN
Pembayaran Bantuan SABAH 2025 adalah seperti berikut
FASA PEMBAYARAN | JADUAL BAYARAN |
---|---|
Fasa 1 | Januari – Mac 2025 |
Fasa 2 | April – Jun 2025 |
Fasa 3 | Julai – September 2025 |
Fasa 4 | Oktober – Disember 2025 |
Nota Penting : Tarikh Pembayaran akan dimumumkan melalui notifikasi SMS kepada penerima yang layak.
BANTUAN KEPERLUAN ASAS RM900
Status ‘Layak’ atau ‘Tidak’ Bantuan Sabah boleh disemak seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi Semakan Kelayakan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 di : https://syukur.sabah.gov.my/
- Halaman utama Portal Semakan Program Sentuhan Kasih Rakyat akan dipaparkan.
- Klik [Teruskan] pada pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] diruangan yang disediakan.
- Kemudian, Klik [Semakan Status].
- Status Kelayakan Penerima akan di paparkan di sini ‘Layak’ atau ‘Tidak’.
- Sekiranya disahkan ‘Layak’, bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
- Selesai.
KAEDAH BAYARAN
Bantuan SABAH akan disalurkan seperti berikut:
JENIS PENERIMA | KAEDAH BAYARAN |
---|---|
Mempunyai Akaun Bank | Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan |
Tiada Akaun Bank atau Status ‘Gagal Kredit’ | Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) Atau Pengkreditan menerusi akaun e-Wallet YONO Superapp |
SENARAI BANTUAN KEPERLUAN ASAS BOLEH DIBELI
Antara barang asas yang boleh dibeli menggunakan bantuan ini termasuk:
- Makanan asas : beras, gula, minyak masak, tepung, garam, telur.
- Makanan tambahan : bihun, mee, roti, makanan tin, kicap, sos.
- Barang kebersihan asas : sabun mandi, sabun basuh.
SOALAN LAZIM (FAQ) BANTUAN SABAH
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan BANTUAN SABAH 2025:
- Siapa yang layak Bantuan Keperluan Asas SABAH RM900?
- KIR yang disenaraikan sebagai miskin / miskin tegar dalam PADANS atau eKasih sehingga 31 Disember 2024.
- Bagaimana semakan status boleh dibuat?
- Semakan boleh dibuat melalui Portal Rasmi SYUKUR di https://syukur.sabah.gov.my/ dengan hanya menggunakan Nombor Kad Pengenalan /MyKad.
- Adakah bantuan ini dalam bentuk wang tunai?
- Bantuan RM900 boleh diagihkan dalam bentuk tunai melalui akaun bank penerima atau dituntut secara tunai di BSN berdekatan.
Tarikh pembayaran akan diumumkan melalui SMS kepada penerima yang layak.
- Bantuan RM900 boleh diagihkan dalam bentuk tunai melalui akaun bank penerima atau dituntut secara tunai di BSN berdekatan.
- Bila tarikh bayaran bantuan Sabah RM900?
- Bayaran akan dibuat secara berperingkat sepanjang tahun 2025 mengikut jadual rasmi pembayaran.
- Barang apa yang boleh dibeli dengan bantuan ini?
- Pelbagai barang yang boleh dibeli terutamanya barang keperluan asas seperti beras, minyak masak, tepung, susu, telur untuk kegunaan harian.
RUJUKAN
Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan SYUKUR SABAH, anda boleh rujuk saluran berikut:
- Talian Bantuan: 088 338 338
- Portal Rasmi SYUKUR : https://padans.sabah.gov.my/
- e-Mel : [email protected]