BANTUAN KASIH JOHOR : SEMAK KELAYAKAN & BAYARAN FASA 3 2026

BANTUAN KASIH JOHOR : SEMAK KELAYAKAN & BAYARAN FASA 3 2026

YAB Menteri Besar Negeri Johor mengumumkan Bantuan Kasih Johor (BKJ), dalam Belanjawan Johor 2026 di mana bantuan tunai akan diberikan secara one-off kepada pekerja ekonomi Gig di Johor.

Bagaimanakah semak kelayakan dan bayaran bantuan kasih johor fasa 3? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: BANTUAN SARA BUJANG 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA

PENGENALAN BANTUAN

Salah satu inisiatif Kerajaan Negeri Johor untuk membantu rakyatnya ialah melalui pelaksanaan BKJ iaitu bantuan tunai yang diberikan secara one-off kepada Pemandu E-Hailing, P-Hailing Kereta Sewa dan Teksi yang layak.

Inisiatif bantuan ini dilaksanakan seperti berikut :

Nama ProgramBantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 3
Kadar BantuanRM200 (one-off)
KelayakanPemandu e-Hailing, p-Hailing, Pemandu Kereta Sewa/Teksi,

OBJEKTIF BANTUAN KASIH JOHOR

Tujuan utama pelaksanaan BKJ, FASA 3 adalah untuk :

  • Meringankan beban kos sara hidup golongan sasar yang terkesan dengan peningkatan harga barang serta ekonomi yang tidak menentu.
  • Sebagai tanda penghargaan dan keprihatinan Kerajaan Negeri Johor terhadap kebajikan barisan hadapan ekonomi gig dan sektor pengangkutan awam di Negeri Johor.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KASIH JOHOR

Penerima BKJ 2026, mestilah terdiri daripada kategori berikut :

  • Anak Kelahiran Negeri Johor; atau
  • Bermastautin di Johor;
  • Mempunyai lesen memandu dan permit/kad pendaftaran yang sah daripada agensi yang menyediakan perkhidmatan seperti :
    • Pemandu e-Hailing;
    • p-Hailing;
    • Pemandu Kereta Sewa/Teksi
  • Berdaftar dalam pangkalan data yang disahkan oleh pihak berkuasa atau syarikat operator masing-masing.

SEMAK KELAYAKAN PENERIMA

Status kelayakan penerima Bantuan Johor, Fasa 3 boleh di semak secara online seperti berikut :

JENIS BANTUANPAUTAN
Bantuan Kasih Johorhttps://bkj.paj.com.my/
  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan BKJ Fasa 3 di pautan di atas.
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Masukkan Nombor MyKad anda yang diisi tanpa (-) di ruangan yang telah disediakan.
  4. Seterusnya, tekan butang (Semak Status).
  5. ⁠Sekiranya berjaya, anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
  6. “Sukacita memaklumkan bahawa anda berjaya menerima Bantuan Tunai One-Off RM 200 Pemandu E-Hailing, P-Hailing & Pemandu Teksi Fasa 3.”
  7. Tarikh dan Lokasi agihan mengikut kawasan DUN masing-masing juga akan dipaparkan.
  8. Cetak dan simpan salinan maklumat sebagai rujukan semasa pengambilan bantuan di DUN.
  9. ⁠Selesai.

PERMOHONAN BANTUAN KASIH JOHOR 2026

Kelayakan penerima untuk Pemandu E-Hailing, P-Hailing & Pemandu Teksi Fasa 3 bagi tahun 2026 adalah secara automatik berdasarkan pangkalan data sedia ada sebelum ini, dan tiada permohonan baharu dibuka.

Jika anda adalah pemandu atau penghantar yang aktif dan maklumat anda sudah dikemaskini dengan syarikat operator masing-masing, nama anda secara automatik akan masuk ke dalam sistem semakan BKJ.

TARIKH BAYARAN

Tarikh pelaksanaan bantuan Fasa 3, 2026 belum diumumkan, namun kini dalam proses pelaksanaan, dan akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

KAEDAH BAYARAN

Bantuan Johor RM200 ONE-OFF akan disalurkan dengan kaedah seperti berikut :

KAEDAH PEMBAYARANMEDIUM PEMBAYARAN
Pengkreditan Terus/TunaiPengkreditan ke Dalam Akaun Bank
Agihan Mengikut DUNPemberian tunai/fizikal mengikut kawasan DUN masing-masing

INFO LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Bantuan Kasih Johor 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://www.johor.gov.my/bantuan-kasih-bangsa-johor

Leave a Comment