BANTUAN KANAK KANAK BAYARAN BULANAN 2026

BANTUAN KANAK KANAK BAYARAN BULANAN 2026

Bantuan Kanak Kanak (BKK) diteruskan untuk tahun 2026 dengan pemberian bulanan bagi membantu kanak-kanak yang kehilangan penjaga dapat meneruskan kelangsungan hidup harian dengan baik dan memastikan kebajikan mereka terus terjaga.

Bagaimanakah semakan kelayakan bantuan kanak kanak jkm 2026? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: SEMAK BAYARAN SKAS SARAWAK : TARIKH, JUMLAH & STATUS PENERIMA

APA ITU BANTUAN KANAK KANAK JKM?

Bantuan kanak-kanak ialah skim bantuan persekutuan dalam bentuk tunai yang diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada keluarga / ibu bapa / penjaga bagi kanak-kanak yang kehilangan penjaga untuk memastikan mereka dapat terus tinggal bersama keluarga, kebajikan anak / kanak-kanak terjaga dan dapat meneruskan kelangsungan hidup.

Tujuan utama pelaksanaan bantuan ini adalah untuk :

  • Membantu keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak yang tiada/ kehilangan penjaga supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya
  • Membantu ibu/ bapa/ penjaga memelihara anak/ kanak-kanak yang memerlukan dan memperkukuhkan institusi keluarga termasuk yang berada di dalam tahanan/ buang daerah dalam memberi jagaan yang sempurna kepada anak/ kanak-kanak.

JUMLAH BANTUAN KANAK-KANAK JKM

Setiap penerima yang layak akan terima kadar bantuan seperti berikut :

  • Minimum : RM200 sebulan seorang (kanak-kanak);
  • Maksimum : RM1000 sebulan untuk setiap keluarga bergantung kepada jumlah anak.
UMURJUMLAH BANTUAN
6 tahun dan kebawahRM200
7 tahun hingga 18 tahunRM250

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KANAK KANAK JKM

Kelayakan penerima Bantuan Kanak-Kanak (BKK) mestilah terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
  • Keluarga / penjaga yang memberi jagaan kepada anak / kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun.
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa; atau
  • Keluarga / penjaga dan anak / kanak-kanak yang tinggal menumpang bersama ibu / bapa mereka / penjaga / saudara-mara / lain-lain layak dipertimbangkan sekiranya pendapatan bulanan pemohon tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa;
  • Anak/ kanak-kanak tiada penjaga yang layak, kerana ibu / bapa bukan warganegara / diisytiharkan bankrap atau muflis/ ibu / bapa OKU Mental, bantuan boleh diluluskan atas nama kanak-kanak berkenaan;
  • Anak / kanak-kanak yang menerima Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMBPK) / Elaun Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan apa-apa bantuan bulanan daripada JKM tidak layak menerima BKK;
  • Anak / kanak-kanak yang berumur 16 tahun ke atas yang telah bekerja sepenuh masa dan tidak bersekolah tidak layak menerima BKK; ATAU
  • Kes-kes yang melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa atau lain-lain perkara yang munasabah dan berkeperluan, boleh dipertimbang dan diluluskan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri / Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Labuan (PKMN / WPKL / WPL).

PERMOHONAN BANTUAN KANAK KANAK JKM

Kaedah permohonan bantuan kanak kanak JKM 2026 seperti berikut:

  • Permohonan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian (menggunakan borang); atau
  • Permohonan secara dalam talian (online).

Cara Permohonan Bantuan kanak-kanak JKM, online :

  1. Layari portal rasmi eBantuanJKM : https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
  2. Halaman utama eBantuanJKM akan dipaparkan
  3. Klik Butang [Daftar Permohonan Atas Talian].
  4. Pilih [Negeri] dan [Daerah] mengikut tempat tinggal anda.
  5. Kemudian, pilih [Mukim].
  6. Pemohon hendaklah mengisi maklumat [Nama Penuh, No. Kad Pengenalan Baru] seperti yang tercatat dalam Kad Pengenalan.
  7. Masukkan Kod Pengesahan seperti yang disediakan.
  8. Seterusnya, Klik Butang [Daftar].
  9. Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan, dan pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.
  10. Selesai.

DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN

Berikut merupakan dokumen yang diperlukan semasa mengemukan permohonan :

  • Salinan MyKad pemohon;
  • Salinan MyKad/ MyKid ahli keluarga yang tinggal bersama;
  • Surat/ Penyata pendapatan daripada majikan; atau
  • Akuan pendapatan daripada Penghulu/ Penggawa/ Pemimpin masyarakat atau mana-mana individu yang diangkat atau dipilih untuk memimpin dan mewakili masyarakat di peringkat setempat oleh Kerajaan sama ada di peringkat Negeri atau Persekutuan (Lampiran 4: Borang Pengesahan Pendapatan/ Pekerjaan) jika bekerja sendiri; atau
  • Pesuruhjaya Sumpah (jika bekerja sendiri);
  • Salah satu salinan bil utiliti seperti bil air/ elektrik/ telefon dan lain-lain (bagi tujuan pengesahan alamat);
  • Salinan penyata akaun bank terkini/ slip pengesahan akaun bank terkini;
  • Bagi Kanak-Kanak berumur 12 tahun ke bawah:
  • Bagi kes warganegara, akaun bersama ibu/ bapa/ penjaga;
  • Bagi kes ibu/ bapa/ penjaga bukan warganegara, akaun bersama dengan salah seorang ibu/ bapa/ penjaga warganegara.
  • Bagi ibu/ bapa/ penjaga muflis/ OKU Mental, akaun bersama dengan salah seorang ibu/ bapa/ penjaga yang tidak muflis/ OKU Mental; dan
  • Lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan (jika perlu).

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

Status Kelayakan KK 2026 boleh di semak secara online seperti berikut:

  1. Layari portal rasmi eBantuanJKM : https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
  2. Halaman utama Portal eBantuanJKM akan dipaparkan.
  3. Klik Butang [Semak Status Permohonan Talian].
  4. Masukkan [Nombor Kad Pengenalan] tanpa (-) di ruangan yang disediakan.
  5. Seterusnya, Klik Butang [Semak].
  6. Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
  7. Nama Pemohon;
  8. Nombor Kad Pengenalan;
  9. Status Bantuan / Permohonan : Sama Ada Berjaya atau Tidak
  10. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berdekatan.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/kkjkm

Leave a Comment