BANTUAN IBU BERSALIN SARAWAK : SEMAKAN & PERMOHONAN

BANTUAN IBU BERSALIN SARAWAK : SEMAKAN & PERMOHONAN

Satu inisiatif kewangan tunai telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak untuk membantu para ibu mengandung di Sarawak agar dapat meringankan beban kewangan yang dihadapi sejurus melahirkan anak serta membantu memenuhi keperluan ibu berpantang.

Bagaimanakah semakan dan permohonan bantuan ibu bersalin sarawak? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: JUMLAH BANTUAN STR FASA 1 2026 : SEMAK KADAR BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH KEPADA PENERIMA YANG LAYAK

APA ITU BANTUAN IBU BERSALIN SARAWAK

Bantuan Ibu Bersalin (BIB) ialah bantuan kewangan Kerajaan Negeri Sarawak kepada semua ibu mengandung berwarganegara Sarawak yang bakal melahirkan anak.

Bantuan ini adalah bertujuan untuk membantu memenuhi keperluan para ibu selepas melahirkan anak untuk mendapatkan pemakanan sihat, serta penjagaan diri yang baik dalam tempoh berpantang.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Syarat Kelayakan BIB Sarawak 2025, terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Ibu mengandung;
  • Pemegang MyKAD Sarawak berstatus ‘K’; atau
  • Isteri kepada pemegang MyKAD Sarawak yang berstatus “K”;
  • Melahirkan bayi di dalam atau di luar Sarawak; dan
  • Usia kandungan berusia 22 minggu ke atas.

Catatan : Permohonan bantuan boleh mula dilakukan semasa usia kandungan berusia 22 minggu ke atas sehingga tempoh 3 bulan selepas bersalin.

KADAR BANTUAN IBU BERSALIN SARAWAK

Bantuan tunai akan diberikan kepada semua ibu mengandung yang memenuhi syarat kelayakan bantuan dengan kadar yang diberikan adalah sebanyak RM450.

PERMOHONAN BANTUAN IBU BERSALIN SARAWAK

BIB Sarawak boleh di mohon secara online seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi iSarawakCare : https://isarawakcare.sarawak.gov.my/apply-now/
  2. ⁠Halaman utama Portal iSarawakCare akan dipaparkan – Klik [Login SarawakPass]
  3. Scan QR Kod menggunakan Aplikasi SarawakPass – Jika tidak mempunyai SarawakPass, anda dikehendaki daftar terlebih dahulu.
  4. ⁠Tekan pada butang [Bantuan Ibu Bersalin] dan Isikan Maklumat Pemohon dengan lengkap dan tepat di ruangan yang disediakan.
  5. Kemudian, tekan butang [Save] untuk hantar permohonan anda.
  6. Klik [View Application] untuk semakan permohonan yang telah dihantar.
  7. ⁠Selesai.

Catatan : Proses permohonan akan mengambil masa di antara 7 hingga 14 hari waktu bekerja. Jika layak, pemohon akan menerima notifikasi pembayaran melalui emel.

DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN

Antara dokumen sokongan yang diperlukan untuk permohonan BIB Sarawak, seperti berikut :

  • Salinan Kad Pengenalan atau Passport Ibu.
  • Salinan Kad Pengenalan atau Passport Pasangan.
  • Salinan Sijil Perkahwinan, jika pemohon bukan berstatus ‘K’.
  • Salinan Muka Hadapan Buku Rekod Kesihatan Ibu.
  • Salinan Penyata Akaun Bank Terkini.
  • Salinan Nota Discaj atau Sijil Kelahiran Bayi atau Surat Pengesahan mengandung 22 minggu ke atas dari pegawai perubatan.

Catatan : Salinan dokumen sokongan mestilah disahkan oleh pegawai Kerajaan Persekutuan atau Negeri (Kumpulan A Gred 41 dan ke atas) atau Ketua Kaum atau Ketuan Masyaratkat.

SEMAKAN PERMOHONAN

Status Permohonan BIB Sarawak boleh di semak secara online seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi iSarawakCare : https://isarawakcare.sarawak.gov.my/apply-now/
  2. ⁠Halaman utama Portal iSarawakCare akan dipaparkan – Klik [Login SarawakPass]
  3. Scan QR Kod menggunakan Aplikasi SarawakPass – Jika tidak mempunyai SarawakPass, anda dikehendaki daftar terlebih dahulu.
  4. Tekan pada butang [Bantuan Ibu Bersalin] dan Klik [Timeline] untuk menyemak status permohonan anda.
  5. Maklumat Status Kelayakan dan Pembayaran akan dipaparkan.
  6. Atau pemohon boleh WhatsApp (mesej sahaja) di talian : +6014-6881398
  7. Selesai.

INFO LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Bantuan Ibu Bersalin (BIB) Sarawak 2025, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Leave a Comment