BANTUAN HASIL 2026 : (FASA 2) CEK KELAYAKAN & BAYARAN SEKARANG
Daripada 5 juta penerima sedia ada, terdapat pertambahan seramai 200,000 ribu penerima baharu yang disahkan layak menerima bayaran Bantuan Hasil STR untuk Fasa ke-2 yang akan mula dilaksanakan 10 Mac 2026 dan berperingkat.
Bagaimanakah cek kelayakan dan bayaran Bantuan Hasil? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK SYUKUR SABAH 2026 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN
APA ITU BANTUAN HASIL?
Bantuan Hasil adalah merupakan Sumbangan Tunai Rahmah yang disalurkan khusus kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana seperti B40 dan M40 bagi membantu meringankan bebanan kewangan dari semasa ke semasa kerana ianya disalurkan secara berfasa.
NILAI BAYARAN BANTUAN HASIL 2026
Berikut merupakan nilai keseluruhan bayaran Bantuan Hasil untuk tahun 2026 :
- Kategori Isi Rumah :
| KELAYAKAN ISI RUMAH | NILAI BAYARAN 2026 |
|---|---|
| Isi Rumah B40 (pendapatan bawah RM2,500 sebulan) | Tiada anak : RM700 1 – 2 anak : RM1,200 3 – 4 anak : RM1,700 >5 anak : RM2,200 |
| Isi Rumah M40 (pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 sebulan) | Tiada anak : RM200 1 – 2 anak : RM450 3 – 4 anak : RM700 >5 anak : RM950 |
- Kategori Bujang :
| KELAYAKAN BUJANG | NILAI BAYARAN 2026 |
|---|---|
| Bujang Berumur 21 hingga 59 tahun | – |
| Bujang Berumur 60 tahun dan ke atas | RM600 |
Untuk tahu berapa nilai bayaran Fasa 2, sila buat semakan melalui laman rasmi.
JADUAL BAYARAN BANTUAN HASIL 2026
Pembayaran Bantuan Hasil dilaksanakan mengikut tarikh yang dijadualkan seperti berikut :
| PERINGKAT FASA | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Fasa 1 | Mulai 20 Januari 2026 |
| Fasa 2 | Mulai 10 Mac 2026 |
| Fasa 3 | Belum diumumkan |
| Fasa 4 | Belum diumumkan |
CARA TERIMA BANTUAN HASIL 2026
Terdapat dua (2) cara terima bayaran Bantuan Hasil yang disediakan mengikut kelayakan dan keperluan penerima :
| KELAYAKAN PENERIMA | CARA TERIMA BAYARAN |
|---|---|
| Penerima mempunyai akaun bank | Bayaran secara pengkreditan tunai terus ke dalam akaun bank penerima |
| Penerima tiada akaun bank atau Status ‘Gagal Kredit’ | Bayaran secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat |
CEK KELAYAKAN & BAYARAN BANTUAN HASIL (FASA 2)
Untuk ketahui status kelayakan dan maklumat bayaran Bantuan Hasil Fasa 2, sila ikuti cara semak yang mudah secara online melalui laman rasmi di bawah :
- Layari laman rasmi Bantuan Hasil di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama tersebut, klik pada [Log Masuk].
- Masukkan nombor Kad Pengenalan pemohon.
- Sila ikut format (tanpa tanda sengkang dan tanpa jarak).
- Terus klik pada butang [Semak].
- Nama pemohon akan dipaparkan sebagai ‘Kata Kunci Keselamatan’.
- Klik pada butang [Ya] jika ianya betul.
- Masukkan Kata Laluan pengguna yang sah.
- Klik pula pada butang [Log Masuk].
- Papan pemuka pemohon akan dipaparkan.
- Pergi ke bahagian [Semakan Permohona].
- Status kelayakan dan bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan Hasil (STR), sila rujuk pihak berwajib melalui talian dan e-mel yang rasmi seperti tertera di bawah :
- Talian Rasmi HASiL : 1800 88 2747
- Talian Rasmi MOF : 03 8882 4565 / 4566
- E-mel Rasmi : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Info/MaklumatTerkini.