BANTUAN HARI RAYA 2026 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN

BANTUAN HARI RAYA 2026 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN

Terkini! Sebagai penghargaan dan meringankan beban rakyat Malaysia dalam membuat menyambut Hari Raya Aidilfitri, Kerajaan telah mengumumkan beberapa pemberian bantuan kewangan yang akan diberikan pada bulan Mac.

Bagaimanakah semakan bantuan khas kewangan hari raya 2026? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: SEMAKAN SKAS FASA 1 2026 : TARIKH BAYARAN, KADAR BANTUAN & STATUS KELAYAKAN

BANTUAN HARI RAYA 2026

Sempena persediaan sambutan hari raya Aidilfitri, Kerajaan Madani menyediakan beberapa bantuan tunai untuk rakyat Malaysia iaitu Bantuan Kewangan Khas (BKK) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) FASA 2.

BANTUAN KEWANGAN KHAS (BKK)
PENJAWAT AWAM & PESARA
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)
FASA 2
Bantuan kepada pekerja lantikan kerajaan dalam sektor perkhidmatan awam (Penjawat Awam dan Pesara) termasuk kontrak sebagai bantuan persediaan Sambutan Perayaan Hari Raya AidilfitriPembayaran STR FASA 2 diawalkan pada bulan Mac, sebagai persediaan Sambutan Perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Bantuan Kewangan Khas (BKK) Penjawat Awam & Pesara dilaksanakan seperti berikut :

  • Pemberian BKK kepada Pegawai Awam Gred 15 dan ke bawah, dan pegawai/ kakitangan lantikan kontrak;
  • Pemberian BKK kepada pesara Kerajaan, veteran berpencen dan veteran tidak berpencen.
  • Pemberian BKK ini akan dikecualikan daripada cukai pendapatan selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 127(3A) Akta Cukai Pendapatan 1967.

JUMLAH BANTUAN HARI RAYA 2026

Bantuan Hari Raya 2026 akan disalurkan dengan amaun seperti berikut :

  • Bantuan Kewangan Khas (BKK) Penjawat Awam & Pesara :
KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN
Penjawat Awam
(Gred 15 dan ke bawah termasuk pegawai/kakitangan lantikan kontrak)
RM500
Pesara Kerajaan/Veteran
Berpencen & Tidak Berpencen
RM250
  • Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 :
KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN
Isi Rumah
berpendapatan RM2,500 ke bawah
Bermula RM150 sehingga RM600
(Bergantung kepada bilangan anak)

Untuk info lanjut boleh semak Portal Rasmi MySTR
Isi Rumah
berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000
Bermula RM100 sehingga RM250
(Bergantung kepada bilangan anak)

Untuk info lanjut boleh semak Portal Rasmi MySTR
Warga Emas Tanpa Pasangan (Bujang)
Berusia 60 tahun dan ke atas
RM150

TARIKH BAYARAN BANTUAN HARI RAYA 2026

Bantuan Hari Raya akan mula dikreditkan kepada penerima yang layak seperti berikut :

JENIS BANTUANTARIKH BAYARAN
Bantuan Kewangan Khas (BKK) Penjawat Awam13 Mac 2026
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) FASA 210 Mac 2026

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN HARI RAYA 2026

Syarat Kelayakan Bantuan Kewangan Khas (BKK) Penjawat Awam dan Pesara 2026 akan diberikan kepada individu yang menepati syarat kelayakan di bawah :

  • Pegawai Perkhidmatan Awam, Gred 15 dan ke bawah atau setara:
    • Pegawai lantikan tetap, sementara dan lantikan kontrak [Contract of Service (COS) dan Pekerja Sambilan Harian];
    • Pegawai yang bercuti bergaji penuh;
    • Pegawai yang bercuti separuh gaji;
    • Pegawai yang bercuti tanpa gaji; dan
    • Pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya, yang mana BKK ini akan dibayar oleh agensi yang meminjam pegawai berkenaan.
  • Personel mystep yang masih berkhidmat;
  • Guru interim;
  • Pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Utama B dan ke atas serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya; dan
  • Pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran, Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman.
    Pesara Kerajaan
  • Veteran berpencen dan veteran tidak berpencen dengan bayaran sebanyak RM250.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Bantuan Khas Kewangan (Penjawat Awam & Pesara) 2026 dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Bantuan Khas Kewangan (Penjawat Awam & Pesara) 2026 :

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://www.jpa.gov.my/perkhidmatan/surat-edaran/surat-edaran-pemberian-bantuan-khas-kewangan-tahun-2026 dan https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/str2026

Leave a Comment