BANTUAN EWALLET RM300 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN & REGISTER PERMOHONAN
Sebagai sokongan kepada keluarga-keluarga yang memerlukan, terutama penduduk di Selangor dalam mendepani cabaran ekonomi, Program BINGKAS diteruskan lagi bagi tahun 2026 sebagai bantuan keperluan asas kepada penerima.
Bagaimanakah semakan bantuan ewallet rm300 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN KELAYAKAN MYKASIH 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BANTUAN SARA
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN EWALLET 2026
Syarat Kelayakan Bantuan BINGKAS 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Pemilih berdaftar di Selangor;
- Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
- Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000.00 dan ke bawah;
- Keluarga yang mempunyai anak/tanggungan minimum dua (2) orang berusia 18 tahun ke bawah.
MANFAAT BANTUAN EWALLET RM300 2026
Pelbagai manfaat melalui pelaksanaan BINGKAS, antaranya adalah :
- Bantuan bulanan rm300;
- Penyaluran secara tanpa tunai (cashless) melalui e-WALLET;
- Digunakan untuk membeli barang keperluan asas yang diluluskan;
- Boleh diguna di kedai berdaftar di Seluruh Malaysia;
- Baki tidak akan dibawa ke bulan seterusnya.
BANTUAN EWALLET RM300 2026
Permohonan BINGKAS tahun 2026 akan dibuka semula pada 1 November 2025 (SABTU).
CARA PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS
Permohonan dan Semakan Status Permohonan BINGKAS boleh dilakukan melalui dua (2) kaedah seperti berikut :
- Portal Rasmi BINGKAS; atau
- Aplikasi Selangkah.
DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN
Antara dokumen sokongan yang diperlukan untuk permohonan BINGKAS, seperti berikut :
- Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan);
- Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Surat Hak Jagaan (Anak-anak / Tanggungan).
- Salinan Sijil Kematian / Bercerai / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal).
- Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara).
- Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta).
- Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti spt ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).
- Salinan Bukti Pemilih Berdaftar di Selangor.
CARA GUNA BANTUAN EWALLET
Penerima boleh menggunakan Bantuan BINGKAS untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai berdaftar dengan cara seperti berikut:
- Kunjungi Kedai Berdaftar di bawah Program BINGKAS yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan Asas yang ingin dibeli.
- Tunjuk ID anda di Aplikasi Selangkah kepada juruwang untuk pengesahan.
- Juruwang akan membuat semakan barangan yang dibeli.
- Tekan butang bayar, dan masukkan pin 6 digit untuk pengesahan pembayaran.
- Tunjukkan Kod QR dalam Aplikasi Selangkah kepada juruwang untuk diimbas bagi tujuan pembayaran.
- Selesai.
SENARAI KEDAI BERDAFTAR
Terdapat banyak kedai berdaftar di bawah Program BINGKAS terutama di Selangor untuk penerima menggunakan eWallet BINGKAS termasuk pasar raya besar seperti Lotus, 99 Speedmart. Untuk melihat senarai kedai penuh, anda boleh semak di laman rasmi BINGKAS di https://bingkasselangor.com/senarai-kedai/
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 1800-22-6600
- Portal BINGKAS : https://bingkasselangor.com/