BANTUAN EWALLET DALAM MYKAD 2025 – SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

BANTUAN EWALLET DALAM MYKAD 2025 – SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

Bantuan RM100 ONE-OFF akan disalurkan secara automatik kepada 22 juta rakyat dewasa Malaysia secara tanpa tunai (cashless) melalui pengkreditan terus ke dalam MyKad penerima tanpa memerlukan sebarang permohonan.

Bagaimanakah semakan status layak atau tidak bantuan ewallet dalam mykad? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: PENGELUARAN DUIT KWSP TERBARU 2025 – SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENGELUARAN AKAUN 1 & 2 & 3

PENGENALAN BANTUAN EWALLET DALAM MYKAD

Dalam ucapan penghargaan kepada rakyat pada 23 Julai 2025, YAB Perdana Menteri mengumumkan bantuan RM100 ONE-OFF akan diberikan secara tanpa tunai (cashless) kepada semua rakyat dewasa Malaysia melalui Program SARA dan dikreditkan terus ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima.

SIAPA YANG LAYAK?

Kelayakan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 setiap bulan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar dalam rekod Sistem eKasih;
    • Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
  3. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
    • Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

Catatan : Bantuan RM100 ONE-OFF akan disalurkan secara automatik kepada SETIAP rakyat dewasa Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas, tanpa sebarang permohonan diperlukan.

TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN EWALLET DALAM MYKAD

Penyaluran bantuan SARA kepada penerima yang layak adalah setiap bulan mengikut jumlah yang telah ditetapkan berdasarkan kategori masing-masing seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATARIKH BAYARAN
SARA BULANAN
TARIKH BAYARAN
RM100 ONE-OFF
Lulus STR & Berstatus eKasihJanuari – Disember 202531 Ogos 2025
Lulus STR SahajaApril – Disember 202531 Ogos 2025

MANFAAT PELAKSANAAN BANTUAN

Bantuan RM100 ONE-OFF yang dilaksanakan di bawah Program SARA melalui MyKad (Kad Pengenalan), boleh dibelanjakan di lebih 7,300 premis runcit berdaftar diseluruh Malaysia, bagi mendapatkan Barangan Keperluan yang diluluskan seperti seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mee segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan diri, produk kebersihan rumah, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

BANTUAN EWALLET DALAM MYKAD

Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online di Portal Rasmi SARA seperti berikut:

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA RM100 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Penghargaan SARA Bantuan Tunai RM100 One-off untuk Rakyat Malaysia yang layak.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Penghargaan SARA
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula : 31/08/2025
    • Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
    • Baki (RM) : 100.00
  9. Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
  10. Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
  11. ⁠Selesai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PENGHARGAAN%20SUMBANGAN%20ASAS%20RAHMAH%20(SARA).pdf

Leave a Comment