BANTUAN EKASIH ONLINE 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM200 SETIAP BULAN)

BANTUAN EKASIH ONLINE 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM200 SETIAP BULAN)

Setiap bulan bantuan sehingga RM200 dikreditkan secara automatik kepada ketua isi rumah dan ahli isi rumah yang tersenarai dalam rekod data eKasih. Kini, seramai lebih 400,000 ribu individu telah disenarai dalam rekod data eKasih bagi tahun 2026.

Bagaimanakah semakan status Bantuan eKasih online? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : AMAUN BANTUAN STR 2026 – SEMAK JUMLAH BAYARAN YANG BAKAL DITERIMA OLEH PENERIMA YANG LAYAK

APA ITU BANTUAN EKASIH?

e-Kasih bukanlah bantuan / program, tetapi ia merupakan pangkalan data yang dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) yang mengandungi data isi rumah miskin dan miskin tegar yang layak menerima pelbagai bantuan oleh Kerajaan dan agansi.

Inisiatif bantuan yang disalurkan kepada individu yang tersenarai dalam rekod data eKasih antaranya ialah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan melalui Kad Pengenalan penerima pada setiap bulan khas untuk digunakan bagi pembelian barang-barang keperluan asas.

JUMLAH BANTUAN EKASIH 2026

Jumlah Bantuan SARA yang dikreditkan mempunyai perbezaan kepada penerima yang daftar eKasih dan bukan eKasih seperti berikut :

KATEGORI
PENERIMA
JUMLAH BANTUAN
SARA
(DAFTAR EKASIH)
JUMLAH BANTUAN
SARA
(BUKAN EKASIH)
ISI RUMAHRM200 setiap bulan
hingga
RM2,400 setahun
RM100 setiap bulan
hingga
RM1,200 setahun
WARGA EMASRM150 setiap bulan
hingga
RM1,800 setahun
RM50 setiap bulan
hingga
RM600 setahun
BUJANGRM100 setiap bulan
hingga
RM1,200 setahun
RM50 setiap bulan
hingga
RM600 setahun

TARIKH KREDIT BANTUAN EKASIH 2026

Berikut merupakan tarikh pengkreditan Bantuan SARA eKasih untuk tahun 2026 :

KREDIT KEPADA
ISI RUMAH &
WARGA EMAS
KREDIT KEPADA
INDIVIDU
BUJANG
09 Januari 202616 Januari 2026
01 Februari 202601 Februari 2026
01 Mac 202601 Mac 2026
01 April 202601 April 2026
01 Mei 202601 Mei 2026
01 Jun 202601 Jun 2026
01 Julai 202601 Julai 2026
01 Ogos 202601 Ogos 2026
01 September 202601 September 2026
01 Oktober 202601 Oktober 2026
01 November 202601 November 2026
01 Disember 202601 Disember 2026

SIAPA LAYAK BANTUAN EKASIH RM200 SETIAP BULAN 2026?

Bantuan SARA eKasih sebanyak RM200 setiap bulan hanya khas untuk penerima yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :

SYARATKELAYAKAN PENERIMA
WarganegaraMalaysia
KategoriKetua Isi Rumah (KIR)
Status
Perkahwinan
Berkahwin
atau
Balu / Bercerai (ada anak)
Kadar PendapatanBawah Garis Kemiskinan (PGK)
Semasa
Pendaftaran eKasihBerdaftar dan tersenarai dalam
rekod data eKasih
(sehingga 30 Oktober 2025)
Permohonan STRLulus STR 2026

SEMAKAN STATUS BANTUAN EKASIH ONLINE 2026

Status kelayakan pendaftaran eKasih boleh disemak secara online mengikut panduan lengkap di bawah :

  1. Sila layari laman semakan eKasih di sini : https://ekasih2.icu.gov.my/.
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan tanpa (-) contoh : 700129101234.
  3. Masukkan kod kaptcha yang betul berdasarkan imej yang dipaparkan.
  4. Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
  5. Status kelayakan pendaftaran eKasih akan dipaparkan.
  6. Selesai.

Walaupun anda tidak tersenarai dalam rekod data eKasih, anda masih boleh menerima bayaran Bantuan SARA setiap bulan. Semak status anda layak atau tidak seperti di bawah :

  1. Sila layari laman rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Terus klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan tanpa (-) contoh : 700129101234.
  4. Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status kelayakan penerima SARA Bulanan akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Untuk sebarang masalah atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib melalui talian seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.sara.gov.my/.

Leave a Comment