BANTUAN EKASIH 2026 RM200 SETIAP BULAN : AKAN DIBAYAR KEPADA PEMOHON YANG LEPAS KELAYAKAN (SEMAK STATUS SEKARANG)

BANTUAN EKASIH 2026 RM200 SETIAP BULAN : AKAN DIBAYAR KEPADA PEMOHON YANG LEPAS KELAYAKAN (SEMAK STATUS SEKARANG)

RM200 setiap bulan dikreditkan secara automatik ke dalam Kad Pengenalan diri penerima yang layak eKasih dan jika penerima tidak menggunakannya, baki RM200 akan dibawa ke bulan berikutnya sehingga jumlah terkumpul sebanyak RM2,400 setahun akan dibayar.

Bagaimanakah semak status penerima Bantuan eKasih RM200 setiap bulan? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : STR 2026 LOGIN : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN FASA 1

SIAPA LAYAK BANTUAN EKASIH RM200 SETIAP BULAN

Bukan semua rakyat terima bayaran Bantuan sebanyak RM200 setiap bulan kerana ianya hanya diberikan kepada mereka yang benar-benar layak serta menepati kriteria kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

KRITERIAKELAYAKAN PENERIMA
WarganegaraMalaysia
KategoriKetua Isi Rumah (KIR)
Status
Perkahwinan
Berkahwin (ada / tiada anak)
atau
Balu (ada anak)
atau
Bercerai (ada anak)
Kadar
Pendapatan
Pendapatan Bawah
Garis Kemiskinan (PGK)
semasa
Permohonan
STR 2026
Lulus sebagai kategori
Isi Rumah B40
*Nota : Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah yang ditetapkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) sebagai pengukuran kepada status kemiskinan bagi sesuatu isi rumah yang berdaftar dalam Sistem eKasih.

TEMPOH KREDIT BANTUAN EKASIH 2026 RM200 SETIAP BULAN

Pengkreditan Bantuan RM200 setiap bulan untuk tahun 2026 telah ditetapkan kepada penerima eKasih yang layak mengikut jadual seperti tertera di bawah :

TEMPOH KREDITJUMLAH
BANTUAN
TARIKH KREDIT
12 bulan
(Januari hingga
Disember)
RM200 setiap bulan9 Januari 2026
1 Februari 2026
1 Mac 2026
1 April 2026
1 Mei 2026
1 Jun 2026
1 Julai 2026
1 Ogos 2026
1 September 2026
1 Oktober 2026
1 November 2026
1 Disember 2026

SEMAK STATUS BANTUAN EKASIH 2026

Bagi yang telah mendaftar eKasih atau belum mendaftar, anda boleh ketahui sama ada anda tersenarai atau tidak dalam pangkalan data eKasih dengan membuat semakan status seperti berikut :

  1. Sila layari laman web rasmi eKasih di sini : https://ekasih2.icu.gov.my/.
  2. Halaman semakan status eKasih akan dipaparkan.
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada ruang yang disediakan.
    • Tanpa jarak & tanpa sengkang (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
  4. Masukkan Kod Kaptcha berdasarkan imej yang disediakan.
  5. Klik pada butang [Klik Untuk Carian].
  6. Status kelayakan pendaftaran eKasih akan dipaparkan.
  7. Selesai.

SEMAK STATUS BANTUAN RM200 SETIAP BULAN

Setelah mengetahui status kelayakan pendaftaran eKasih, anda perlu mengetahui status sama ada layak atau tidak terima bayaran Bantuan SARA sebanyak RM200 setiap bulan mengikut cara semakan di bawah :

  1. Sila layari laman web rasmi SARA di sini : https://www.sara.gov.my/.
  2. Halaman utama SARA akan dipaparkan.
  3. Terus klik pada butang [Semak Kelayakan].
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada ruang ‘No. MyKad*’.
    • Tanpa jarak & tanpa sengkang (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
  5. Sahkan verifikasi dengan klik pada kotak [Verify you are human].
  6. Klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status kelayakan penerima Bantuan SARA RM200 setiap bulan akan dipaparkan.
  8. Selesai.

Bagi penerima yang layak Bantuan SARA RM200 setiap bulan, status akan dipaparkan seperti berikut :

Nama ProgramSARA Bulanan 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula09/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki Terkumpul Setakat Hari Ini (RM)200.00

INFO LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.sara.gov.my/.

Leave a Comment