BANTUAN EKASIH 2026 : PEMOHON YANG LAYAK AKAN TERIMA BAYARAN SETIAP BULAN RM200 DALAM IC – SEMAK STATUS & SEGERA DAFTAR
Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan serta tersenarai dalam rekod data di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri akan terima bayaran dengan kadar tertinggi dalam IC setiap bulan sepanjang tahun 2026.
Bagaimanakah cara daftar & semak status Bantuan eKasih 2026? Rujuk panduan dan info lanjut di bawah.
APA ITU BANTUAN EKASIH?
eKasih bukanlah bantuan atau program, namun ianya merupakan sebuah pangkalan data yang mengandungi data isi rumah ‘Miskin dan Miskin Tegar’ yang benar-benar layak untuk terima pelbagai bentuk bantuan daripada kerajaan atau mana-mana agensi untuk program pembasmian kemiskinan.
Kerajaan menggunakan data eKasih untuk menyalurkan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara automatik dengan kadar yang maksimum supaya penerima eKasih dapat menampung kos sara hidup dan memenuhi keperluan asas setiap bulan.
KADAR BANTUAN EKASIH 2026
Setiap kategori ‘Isi Rumah’, ‘Warga Emas’ dan ‘Bujang’ yang berdaftar dengan eKasih akan terima kadar Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan kadar yang maksimum (tertingi) berbanding yang tidak mendaftar eKasih seperti berikut :
- KATEGORI ‘ISI RUMAH’ :
- eKasih : RM200 setiap bulan hingga RM2,400 setahun.
- Bukan eKasih : RM100 setiap bulan hingga RM1,200 setahun.
- KATEGORI ‘WARGA EMAS’ :
- eKasih : RM150 setiap bulan hingga RM1,800 setahun.
- Bukan eKasih : RM50 setiap bulan hingga RM600 setahun.
- KATEGORI ‘BUJANG’ :
- eKasih : RM100 setiap bulan hingga RM1,200 setahun.
- Bukan eKasih : RM50 setiap bulan hingga RM600 setahun.
SYARAT LAYAK DAFTAR BANTUAN EKASIH
Sebelum anda membuat pendaftaran Bantuan eKasih, pastikan anda memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan supaya pendaftaran dapat diproses dan diterima sebagai penerima yang layak.
Berikut merupakan syarat layak untuk daftar Bantuan eKasih :
- Warganegara Malaysia.
- Menetap di dalam Malaysia.
- Ketua Isi Rumah (KIR) / Ahli Isi Rumah (AIR).
- Pendapatan Bawah Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin semasa.
Catatan :
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah yang ditetapkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) sebagai pengukuran kepada status kemiskinan bagi sesuatu isi rumah yang berdaftar dalam Sistem eKasih.
CARA DAFTAR BANTUAN EKASIH
Jika anda memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, anda boleh mendaftar Bantuan eKasih dengan mudah terus ke Sistem eKasih mengikut panduan yang kami sediakan seperti berikut :
- Sila klik pada pautan laman web rasmi di sini :https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx.
- Pada halaman tersebut, layarkan skrin ke bawah dan klik butang [Pendaftaran eKasih].
- Butiran Proses Kerja Permohonan Untuk Didaftarkan Ke Sistem eKasih akan dipaparkan.
- Baca dengan teliti dan kenalpasti syarat kelayakan anda.
- Seterusnya, hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda.
- Pendaftaran boleh dibuat melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau
- Hubungi talian Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) :
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7455000
- PPN Sarawak : 082-446582
- PPN Sabah : 088-484800
- Selesai.
SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN EKASIH
Setelah berjaya mendaftar Bantuan eKasih, anda boleh menyemak status kelayakan untuk tahu kepastian sama ada anda layak atau tidak sebagai penerima Bantuan eKasih untuk tahun 2026. Ikuti cara semak status kelayakan seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi eKasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
- Kemudian, klik pada eKasih [Semakan Pendaftaran].
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
- Masukkan kod kaptcha yang betul berdasarkan imej yang dipaparkan.
- Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
PERINCIAN LANJUT
Apa yang kami kongsikan dalam artikel ini berkaitan Bantuan SARA kepada penerima yang daftar eKasih adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Untuk perincian yang lebih lanjut, pihak tuan / puan boleh buat rujukan di bawah :
- Laman Pertanyaan e-Kasih : https://www.malaysia.gov.my/portal/contact.
- Talian Rasmi SARA : 03 7720 1800.