BANTUAN EKASIH 2025 ONLINE : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Data rakyat Malaysia yang berpendapatan di bawah garis kemiskinan semasa serta berdaftar melalui e-Kasih akan digunakan oleh kerajaan untuk menyalurkan pelbagai bentuk bantuan bagi program-program pembasmian kemiskinan.
Bagaimanakah semakan status kelayakan Bantuan eKasih secara online? Ikuti panduan lengkap dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : CEK MYKASIH : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
PENGENALAN BANTUAN EKASIH 2025
eKasih bukanlah sebuah bantuan, tetapi ia merupakan pangkalan data yang dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) yang mengandungi data tentang isi rumah miskin dan miskin tegar.
Data eKasih digunakan oleh kementerian/agensi yang memberi bantuan melalui program-program pembasmian kemiskinan termasuk Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan kepada penerima e-Kasih dan bukan e-Kasih dengan kadar yang berbeza.
KADAR BANTUAN EKASIH DISALURKAN 2025
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) disalurkan dengan kadar yang berbeza kepada penerima e-Kasih dan bukan e-Kasih seperti berikut :
- Penerima Daftar e-Kasih :
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN DISALURKAN |
---|---|
Isi Rumah | RM2,100 setahun |
Warga Emas | RM1,650 setahun |
Bujang | RM600 setahun |
- Penerima Bukan e-Kasih :
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN DISALURKAN |
---|---|
Isi Rumah | RM900 setahun |
Warga Emas | RM450 setahun |
Bujang | Tiada |
TEMPOH PELAKSANAAN BANTUAN EKASIH 2025
Pelaksanaan Bantuan SARA kepada penerima e-Kasih dan bukan e-Kasih adalah melalui tempoh yang berbeza seperti berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | TEMPOH PELAKSANAAN BANTUAN |
---|---|
Penerima e-Kasih | Disalurkan setiap bulan selama tempoh 12 bulan (Januari sehingga Disember) |
Penerima Bukan e-Kasih | Disalurkan setiap bilan selama tempoh 9 bulan (April sehingga Disember) |
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN EKASIH 2025 ONLINE
Ikuti semakan status kelayakan pendaftaran e-Kasih secara online mengikut panduan berikut :
- Sila layari portal rasmi e-Kasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
- Kemudian, klik pada e-Kasih [Semakan Pendaftaran].
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
- Masukkan kod kaptcha yang betul berdasarkan imej yang dipaparkan.
- Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
- Status kelayakan akan dipaparkan :
- Disahkan – Telah dibanci
- Disemak – Dalam proses banci
- Ditolak – Tidak layak dibanci
- Baru/Daftar Terbuka – Pemohonan baru
- Selesai.
Kemudian, ketahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA (e-Kasih) melalui semakan berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan e-Kasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 603 8000 8000
- Laman Pertanyaan e-Kasih : https://www.malaysia.gov.my/portal/contact.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.