BANTUAN DI DALAM MYKAD – 2025 SEMAKAN STATUS

BANTUAN DI DALAM MYKAD – 2025 SEMAKAN STATUS

Sehingga kini, Kerajaan Malaysia masih lagi meneruskan pengkreditan bantuan tanpa tunai menerusi Kad Pengenalan (MyKad) rakyat Malaysia bagi membantu menampung kos perbelanjaan barangan keperluan asas pada setiap bulan untuk sepanjang tahun 2025 ini.

Ikuti cara semakan status dan maklumat lebih lanjut berkaitan Bantuan Dalam MyKad di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS STR FASA 4 – ONLINE

BANTUAN DI DALAM MYKAD

APA ITU BANTUAN DALAM MYKAD?

Program Bantuan yang dikreditkan dalam MyKad adalah merupakan inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dikreditkan bagi tujuan memudahkan rakyat membuat pembelian barangan keperluan asas pada setiap bulan tanpa perlu membuat pengeluaran tunai.

Antara barangan keperluan asas yang dapat dibeli dengan menggunakan MyKad adalah bahan makanan asas, produk kebersihan, ubat-ubatan, alatan sekolah dan sebagainya.

JUMLAH PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD

Pada tahun 2025, Kerajaan telah menambah peruntukan dan jumlah penerima yang layak menerima Bantuan Dalam MyKad seperti berikut :

TAHUN PELAKSANAANJUMLAH PENERIMA
20230.2 juta
20240.7 juta
(tambahan 0.5 juta)
20255.4 juta
(tambahan 4.7 juta)

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan Dalam MyKad :

Kelayakan Penerima Miskin & Miskin Tegar :

  • Warganegara Malaysia;
  • Pendapatan bawah garis kemiskinan semasa;
  • Lulus STR 2025 kategori isi rumah, warga emas atau bujang;
  • Tersenarai dalam rekod data e-Kasih sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar.

Kelayakan Penerima Asas Bukan Miskin :

  • Warganegara Malaysia;
  • Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan;
  • Lulus STR 2025 kategori isi rumah atau warga emas.

KADAR BANTUAN DI DALAM MYKAD

Setiap kategori akan terima Bantuan Dalam MyKad dengan kadar yang berbeza seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN ISI RUMAHKADAR KREDIT
BANTUAN DALAM MYKAD
Isi Rumah Miskin & Miskin TegarRM100 (Jan – Mac)
RM200 (Apr – Dis)
+RM100 (One-off)
(RM2,200 setahun)
Isi Rumah Asas Bukan MiskinRM100 (Apr – Dis)
+RM100 (One-off)
(RM1,000 setahun)
  • Kategori Warga Emas :
KELAYAKAN WARGA EMASKADAR KREDIT
BANTUAN DALAM MYKAD
Warga Emas Miskin & Miskin TegarRM100 (Jan – Mac)
RM150 (Apr – Dis)
+RM100 (One-off)
(RM1,750 setahun)
Warga Emas Asas Bukan MiskinRM50 (Apr – Dis)
+RM100 (One-off)
(RM550 setahun)
  • Kategori Bujang :
KELAYAKAN BUJANGKADAR KREDIT
BANTUAN DALAM MYKAD
Bujang Miskin & Miskin TegarRM50 (Jan – Dis)
+RM100 (One-off)
(RM700 setahun)
Bujang Asas Bukan MiskinRM100 (One-off)

TARIKH KREDIT BANTUAN DALAM MYKAD

Kerajaan mengkreditkan Bantuan ke dalam MyKad penerima yang layak untuk sepanjang tahun 2025 mengikut pada tarikh-tarikh yang ditetapkan seperti berikut :

KELAYAKAN
PENERIMA
TARIKH KREDIT
(SETIAP BULA)
TARIKH KREDIT
(ONE-OFF)
Miskin & Miskin Tegar15 Januari 2025
1 Februari 2025
1 Mac 2025
1 April 2025
1 Mei 2025
1 Jun 2025
1 Julai 2025
1 Ogos 2025
1 September 2025
1 Oktober 2025
1 November 2025
1 Disember 2025
31 Ogos 2025
Asas Bukan Miskin1 April 2025
1 Mei 2025
1 Jun 2025
1 Julai 2025
1 Ogos 2025
1 September 2025
1 Oktober 2025
1 November 2025
1 Disember 2025
31 Ogos 2025

SEMAKAN STATUS BANTUAN DI DALAM MYKAD

Status kelayakan Bantuan Dalam MyKad boleh disemak secara online melalui dua (2) cara, iaitu :

  • Secara online melalui Portal Rasmi MyKasih; atau
  • Secara online melalui Aplikasi MyKasih.

Ikuti cara semakan status melalui Portal Rasmi MyKasih seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan.
  3. Layarkan skrin ke bahagian tengah.
  4. Klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
  5. Bahagian semakan status akan dipaparkan.
  6. Masukkan Nombor MyKad pada ruangan yang disediakan.
  7. Klik pada butang [Semakan Status].
  8. Status kelayakan akan dipaparkan.
  9. Selesai.

Selain itu juga, anda boleh buat semakan status di aplikasi MyKasih seperti berikut :

  1. Buka aplikasi App Store / Google Play di dalam telefon bimbit anda.
  2. Muat turun aplikasi ‘MyKasih‘ dalam telefon bimbit anda.
  3. Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
  4. Anda akan dipaparkan dua (2) pilihan, iaitu [Penghargaan SARA One-Off] dan [SARA Bulanan & Penghargaan SARA One-Off].
  5. Pilih [SARA Bulanan & Penghargaan SARA One-Off].
  6. Anda akan dipaparkan ‘Welcome to the MyKasih App’.
  7. Tandakan pada ‘I have read and agreed’ di bawah.
  8. Kemudian, klik butang [CONTINUE].
  9. Klik pada butang [Check Eligibility & Balance] untuk mengetahui status.
  10. Anda akan dibawa ke halaman ‘Semakan Status’.
  11. Masukkan nombor MyKad pada ruangan yang disediakan tanpa (-) contoh : 800230113567.
  12. Tandakan pada butang [Verify you are human] dan klik [Semakan Status].
  13. Status dan Baki Bantuan dalam MyKad akan dipaparkan.
  14. Selesai.

SOALAN LAZIM BANTUAN DALAM MYKAD

  1. Bolehkah Bantuan Dalam MyKad dikeluarkan secara tunai?
    • Tidak boleh dikeluarkan secara tunai dan penerima perlu membuat belian tanpa tunai menggunakan MyKad sahaja.
  2. Adakah Bantuan Dalam MyKad boleh digunakan untuk bayar tol dan pengangkutan awam?
    • Tidak boleh. Ianya hanya boleh digunakan untuk beli barangan keperluan asas sahaja.
  3. Bagaimanakah jika cip MyKad rosak atau patah?
    • Penerima harus segera membuat gantian MyKad baharu di JPN dan hubungi pihak MyKasih.
  4. Dimanakah boleh buat belian guna Bantuan Dalam MyKad?
    • Kini lebih 7,300 kedai runcit, pasar mini dan pasar raya telah berdaftar dan menerima bayaran menggunakan MyKad (Kedai yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih).
  5. Bilakah tarikh akhir boleh guna Bantuan Dalam MyKad?
    • Bantuan Dalam MyKad boleh digunakan sehingga 31 Disember 2025 sahaja.

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kami hanya menyediakan maklumat terkini berkaitan Bantuan SARA yang dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih untuk memudahkan capaian orang ramai. Namun, sekiranya mempunyai sebarang masalah atau untuk tahu maklumat lebih lanjut, sila rujuk di bawah :

Leave a Comment