BANTUAN DI DALAM IC 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA
Pengkreditan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih melalui IC (Kad Pengenalan) penerima adalah supaya rakyat dapat membeli barang-barang keperluan asas dengan mudah dan selamat tanpa perlu buat pengeluaran tunai.
Ikuti cara semak status kelayakan penerima dan maklumat lebih lanjut berkaitan Bantuan Dalam IC dalam artikel ini.
BACA JUGA : TARIKH MYSTR FASA 4 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
PENGENALAN BANTUAN DI DALAM IC
Inisiatif Bantuan yang dikreditkan dalam IC adalah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih yang merupakan bantuan tambahan tanpa tunai bagi membantu meringankan bebanan dan menampung kos perbelanjaan barangan keperluan asas pada setiap bulan.
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN DALAM IC
Terdapat dua (2) kelayakan penerima yang ditetapkan layak terima Bantuan Dalam IC, iaitu :
- Penerima Miskin & Miskin Tegar :
- Warganegara Malaysia;
- Kategori : Isi Rumah, Warga Emas (tiada pasangan) dan Bujang;
- Pendapatan bawah garis kemiskinan semasa (PGK);
- Tersenarai dalam rekod data eKasih;
- Lulus permohonan STR 2025.
- Penerima Asas Bukan Miskin :
- Warganegara Malaysia;
- Kategori : Isi Rumah dan Warga Emas (tiada pasangan);
- Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan;
- Lulus permohonan STR 2025.
TARIKH KREDIT BANTUAN DI DALAM IC 2025
Kerajaan MADANI mengkreditkan Bantuan SARA dalam IC penerima mengikut pada tarikh berikut :
- Penerima Miskin & Miskin Tegar :
BIL. | TARIKH KREDIT |
---|---|
1. | 15/01/2025 |
2. | 01/02/2025 |
3. | 01/03/2025 |
4. | 01/04/2025 |
5. | 01/05/2025 |
6. | 01/06/2025 |
7. | 01/07/2025 |
8. | 01/08/2025 |
9. | 01/09/2025 |
10. | 01/10/2025 |
11. | 01/11/2025 |
12. | 01/12/2025 |
- Penerima Asas Bukan Miskin :
BIL. | TARIKH KREDIT |
---|---|
1. | 01/04/2025 |
2. | 01/05/2025 |
3. | 01/06/2025 |
4. | 01/07/2025 |
5. | 01/08/2025 |
6. | 01/09/2025 |
7. | 01/10/2025 |
8. | 01/11/2025 |
9. | 01/12/2025 |
TARIKH SAH GUNA BANTUAN DALAM IC
Penggunaan Bantuan Dalam IC sah digunakan mengikut tarikh-tarikh berikut :
🗓️ Tarikh Sah Guna Bantuan Dalam IC :
- 15 Januari 2025 (Penerima Miskin & Miskin Tegar) dan 1 hari bulan pada setiap bulan.
- 1 April 2025 (Penerima Asas Bukan Miskin) dan 1 hari bulan pada setiap bulan.
- 31 Disember 2025 (semua penerima) tamat menggunakan Bantuan Dalam IC.

JUMLAH KREDIT BANTUAN DALAM IC 2025
Pengkreditan Bantuan Dalam IC Penerima Miskin & Miskin Tegar :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH KREDIT |
---|---|
Isi Rumah | RM100 (Jan – Mac) RM200 (Apr – Dis) |
Warga Emas | RM100 (Jan – Mac) RM150 (Apr – Dis) |
Bujang | RM50 (Jan – Dis) |
Pengkreditan Bantuan Dalam IC Penerima Asas Bukan Miskin :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH KREDIT |
---|---|
Isi Rumah | RM100 (Apr – Dis) |
Warga Emas | RM50 (Apr – Dis) |
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN DALAM IC
Untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan Dalam IC, ikuti panduan cara semakan seperti berikut :
Cara Semak Status Melalui Portal Rasmi MyKasih :
- Layari Portal Rasmi Mykasih : https://mykasih.com.my/.
- Klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan nombor IC pada ruangan yang disediakan.
- Klik pada butang [Semaka Status].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
Cara Semak Status Melalui Aplikasi MyKasih :
Untuk lebih mudah, anda boleh menyemak status melalui aplikasi MyKasih yang boleh dimuat turun secara percuma daripada Google Play Store / Apple App Store / Huawei App Gallery.
CARA BELI BARANG GUNA BANTUAN DALAM IC
Hanya penerima yang layak boleh membuat pembelian barangan keperluan guna IC Seperti berikut :
- Kunjungi pasar raya / kedai runcit / pasar mini berhampiran anda (berdaftar MyKasih).
- Pilih barang keperluan yang ingin dibeli.
- Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran guna IC (MyKasih).
- Berikan IC kepada juruwang untuk sahkan bayaran.
- Resit bayaran akan diberikan untuk semak baki dalam IC.
MAKLUMAT LANJUT
Maklumat yang kami tulis dan kongsikan dalam artikel ini adalah dirujuk sepenuhnya daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai masalah dan ingin mengetahui maklumat lebih lanjut, sila rujuk di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]