BANTUAN DALAM MYKAD 900 2025 : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

BANTUAN DALAM MYKAD 900 2025 : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

Golongan isi rumah khususnya yang berpendapatan rendah (B40) dan pendapatan sederhana (M40) yang berdaftar sebagai penerima Sumbangan Tunai Rahmah tahun lalu akan secara automatik layak untuk menerima pengkreditan Bantuan Dalam MyKad sebanyak RM900 pada tahun ini.

Bagaimanakah semak kelayakan Bantuan Dalam MyKad RM900? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : APAKAH SENARAI BARANG MYKASIH : PANDUAN LENGKAP CARA GUNA DAN BELI BANTUAN DALAM MYKAD

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD 900 2025

Antara syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan Dalam MyKad yang bernilai RM900 adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah.

SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD 900 2025

Semak kelayakan anda sebagai penerima Bantuan Dalam MyKad sebanyak RM900 melalui pautan di bawah :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tiada Rekod Ditemui’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

JADUAL KREDIT BANTUAN DALAM MYKAD 900 2025

Kerajaan akan mengkreditkan Bantuan Dalam MyKad penerima sebanyak RM900 secara ansur setiap bulan mengikut tarikh yang dijadualkan seperti berikut :

BIL.TARIKH KREDITJUMLAH BANTUAN
1.01/04/2025 (Selasa)RM100
2.01/05/2025 (Khamis)RM100
3.01/06/2025 (Ahad)RM100
4.01/07/2025 (Selasa)RM100
5.01/08/2025 (Jumaat)RM100
6.01/09/2025 (Isnin)RM100
7.01/10/2025 (Rabu)RM100
8.01/11/2025 (Sabtu)RM100
9.01/12/2025 (Isnin)RM100
= RM900

KEGUNAAN BANTUAN DALAM MYKAD 2025

Bantuan yang dikreditkan dalam MyKad adalah khas untuk pembelian barangan keperluan asas seperti berikut :

  • Barang dapur : Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin dan bahan perasa.
  • Produk kebersihan : Ubat gigi, sabun cecair mandian dan tuala wanita.
  • Barang sekolah : Pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah dan alat tulis.
  • Ubat-ubatan : Panadol, ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment