BANTUAN DALAM MYKAD 2100 2025 : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 akan disalurkan kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan secara automatik dengan jumlah bayaran yang diberikan berdasarkan kategori dan kelayakan yang diluluskan.
Bagaimanakah semak kelayakan bantuan dalam mykad 2100? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: TARIKH MASUK BAYARAN STR FASA 3 2025 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA SEKARANG
APA ITU BANTUAN DALAM MYKAD
Bantuan dalam MyKad merujuk kepada Sumbangan Asas Rahmah (SARA) atau MyKasih, iaitu bantuan secara tanpa tunai yang diberikan kepada penerima untuk membeli barangan keperluan asas seperti makanan, produk kebersihan diri, ubat-ubatan, barangan kebersihan rumah dan peralatan sekolah.
Pembelian hanya boleh dibuat di pasar raya berdaftar menggunakan kredit SARA melalui MyKad (IC) tanpa melibatkan wang tunai.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
Individu yang memenuhi syarat kelayakan akan secara automatik menerima kredit SARA melalui MyKad.
AMAUN BANTUAN DALAM MYKAD
Kadar Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan dalam MyKad penerima seperti berikut:
- Penerima STR (Berstatus eKasih)
KATEGORI PENERIMA | AMAUN BULANAN (RM) |
---|---|
Isi Rumah | RM2,100 Setahun RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM200/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM1,650 Setahun RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM150/bulan (bermula April – Disember) |
Bujang | RM600 Setahun RM50/bulan (bermula Januari – Disember) |
- Penerima STR (Bukan eKasih)
KATEGORI PENERIMA | AMAUN BULANAN (RM) |
---|---|
Isi Rumah | RM900 Setahun RM100/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM450 Setahun RM50/bulan (bermula April – Disember) |
SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN DALAM MYKAD 2100
Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih; atau
- Portal Rasmi MySTR
Semak di Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
Semak di Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara