SEMAKAN BANTUAN DALAM IC RM200 2025
Hanya IC (Kad Pengenalan) Ketua Isi Rumah yang terpilih sahaja layak untuk menerima Bantuan RM200 setiap bulan dalam IC dan boleh dibelanjakan untuk beli apa sahaja barang keperluan asas harian untuk seisi keluarga.
Anda boleh menyemak status kelayakan dan maklumat Bantuan Dalam IC RM200 lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : LESEN MEMANDU PERCUMA PERMOHONAN (2025)

SIAPA YANG LAYAK?
Bantuan RM200 hanya dikreditkan dalam IC individu yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan sahaja. Berikut merupakan syarat dan kriteria kelayakan penerima :
SYARAT | KRITERIA KELAYAKAN |
---|---|
Warganegara | Malaysia |
Status | Ketua isi rumah (ada atau tiada anak) |
Pendapatan | Tidak melebihi RM2,500 atau bawah garis PGK semasa |
STR & eKasih | Lulus STR dan tersenarai dalam rekod data eKasih |
TARIKH & JADUAL KREDIT BANTUAN DALAM IC 2025
Pengkreditan Bantuan Dalam IC adalah dilaksanakan pada setiap bulan kepada ketua isi rumah yang layak mengikut jadual yang ditetapkan. Berikut merupakan tarikh kredit Bantuan RM200 Dalam IC pada setiap bulan :
TARIKH KREDIT | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
15 Januari 2025 | RM100 |
1 Februari 2025 | RM100 |
1 Mac 2025 | RM100 |
1 April 2025 | RM200 |
1 Mei 2025 | RM200 |
1 Jun 2025 | RM200 |
1 Julai 2025 | RM200 |
1 Ogos 2025 | RM200 |
1 September 2025 | RM200 |
1 Oktober 2025 | RM200 |
1 November 2025 | RM200 |
1 Disember 2025 | RM200 |
CARA GUNA KREDIT BANTUAN DALAM IC
Penerima yang layak perlu menggunakan Bantuan RM200 yang dikreditkan dalam IC untuk beli barang keperluan asas seperti barang dapur, produk kebersihan, ubat-ubatan, alatan sekolah dan sebagainya yang berlabel ‘SARA MyKasih’.
Ikuti cara guna kredit Bantuan Dalam IC seperti berikut :
LANGKAH | CARA GUNA KREDIT BANTUAN DALAM IC |
---|---|
1. | Kunjungi kedai runcit / pasar mini / pasar raya terpilih (terima SARA MyKasih) |
2. | Pilih barang yang ingin dibeli (pastikan ada label SARA MyKasih) |
3. | Pergi ke kaunter yang ada sistem ‘SARA MyKasih’ untuk bayaran guna IC |
4. | Berikan IC kepada juruwang untuk sahkan |
5. | Setiap barang yang dipilih akan diimbas oleh juruwang dengan guna sistem SARA MyKasih |
6. | Bayar guna IC anda |
7. | Resit bayaran akan diberikan untuk rujuk baki dalam IC |
SEMAKAN BANTUAN DALAM IC RM200 2025
Anda boleh ketahui status kelayakan sama ada layak atau tidak anda sebagai penerima Bantuan Dalam IC. Ikuti cara semakan status yang lengkap seperti berikut :
- Layari laman web rasmi Sumbangan Asas Rahmah (MyKasih).
- Halaman utama akan dipaparkan.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
- Masukkan nombor Kad Pengenalan pada ruangan yang disediakan.
- *Format tanpa sengkang (-) Kad Pengenalan (Contoh : 700230112345).
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status] di bawah.
- Status kelayakan anda akan dipaparkan.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) BANTUAN DALAM IC
Baca soalan-soalan lazim (faq) berkaitan Bantuan Dalam IC seperti berikut :
- Adakah semua IC Ketua Isi Rumah layak terima Bantuan RM200?
- Tidak. Hanya Ketua Isi Rumah yang lulus STR dan berdaftar dengan eKasih sahaja layak terima RM200 sebulan.
- Bilakah boleh guna Bantuan Dalam IC?
- Bermula 15 Januari 2025 dan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025.
- Apakah akan terjadi sekiranya penerima tidak guna Bantuan RM200 pada bulan Ogos?
- Bantuan RM200 dan baki yang ada akan dibawa ke bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama kredit baru bulan semasa.
- Bolehkah Bantuan Dalam IC dikeluarkan secara tunai?
- Tidak boleh. Penerima hanya boleh gunakannya untuk beli barang secara tanpa tunai (cashless) guna IC sahaja.
- Bolehkah Bantuan Dalam IC digunakan untuk bayar bil klinik?
- Ianya hanya boleh digunakan untuk beli ubat-ubatan di premis yang mempunyai sistem bayaran SARA MyKasih sahaja.
INFO LANJUT
Semua info yang dikongsikan dalam artikel ini adalah dirujuk sepenuhnya daripada Portal Rasmi SARA MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Alamat E-mel : [email protected]