BANTUAN DALAM IC RM100 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Identity Card / Kad Pengenalan (IC) rakyat Malaysia dilengkapi dengan ciri-ciri tambahan khas seperti dapat menerima dan menyimpan wang untuk kegunaan tanpa tunai (cashless) bagi pembayaran yang tertentu dengan selamat dan mudah.
Bagaimanakah semak status Bantuan Dalam IC RM100? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BAKI SARA ONE OFF : CARA SEMAKAN ONLINE BAYARAN BANTUAN RM100
SENARAI FUNGSI LAIN IC
Selain digunakan sebagai kad pengenalan diri sebagai Warganegara Malaysia, IC juga berfungsi untuk :
- Penerimaan Bantuan Kerajaan :
- Menerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas.
- Urusan Rasmi Kerajaan :
- Setiap urusan rasmi di agensi Kerajaan memerlukan pengesahan kad pengenalan (IC).
- Keluar Negara :
- Untuk ke luar Negara, individu perlu mengepilkan kad pengenalan (IC) bersama pasport bagi pengesahan identiti di imigresen.
- Sistem Touch ‘n Go (TnG) :
- Pembayaran tol dan pembayaran pengangkutan awam boleh menggunakan kad pengenalan (IC) bagi transaksi tanpa tunai.
KEGUNAAN BANTUAN DALAM IC RM100 2025
Antara kegunaan Bantuan yang dikreditkan dalam IC adalah untuk pembelian barangan keperluan asas seperti berikut :
- Barang dapur (Contoh : Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera).
- Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
- Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
- Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
- Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, sabun cecair mandian dan tuala wanita).
- Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
- Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah dan alat tulis).
- Produk kebersihan rumah (Contoh : Sabun pencuci pinggan, sabun / serbuk pencuci pakaian dan pencuci lantai).
*Peringatan Penting : Bantuan Dalam IC tidak boleh dipindah milik dan perlu digunakan untuk pembelian secara tanpa tunai (cashless) sahaja.
JADUAL BAYARAN BANTUAN DALAM IC RM100 2025
Kerajaan melaksanakan bayaran Bantuan Dalam IC penerima mengikut jadual berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | BAYARAN SETIAP BULAN (15 JANUARI HINGGA 1 MAC 2025) | BAYARAN SETIAP BULAN (1 APRIL HINGGA 1 DISEMBER 2025) | BAYARAN SEKALIGUS (31 OGOS 2025) |
---|---|---|---|
Penerima Sedia Ada (STR dan eKasih) | Isi Rumah : RM100 Warga Emas : RM100 Bujang : RM50 | Isi Rumah : RM200 Warga Emas : RM150 Bujang : RM50 | Semua : RM100 |
Penerima Sedia Ada (STR sahaja) | – | Isi Rumah : RM100 Warga Emas : RM50 Bujang : – | Semua : RM100 |
Semua Rakyat | – | – | Semua : RM100 |
SEMAK STATUS BANTUAN DALAM IC RM100 2025
Status kelayakan Bantuan Dalam IC boleh disemak seperti berikut :
- Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam IC akan dipaparkan.
- Selesai.
*Nota : Untuk semakan penerima Bantuan Dalam IC RM100 Untuk Semua adalah dibuka bermula 21 Ogos 2025.
SEMAK BAKI BANTUAN DALAM IC RM100 2025
Semakan baki bayaran Bantuan Dalam IC boleh disemak melalui tiga (3) cara, iaitu :
- Melalui Aplikasi Touch ‘n Go eWallet :
- Muat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
- Bagi yang telah mempunyai aplikasi dan akaun, buka aplikasi tersebut.
- Klik pada ikon [TNG Card].
- Kemudian, pilih butang [Add New Card].
- Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan (MyKad).
- Masukkan juga nama pengguna dengan penuh.
- Klik pada butang [Submit].
- Status duit dalam MyKad akan dipaparkan.
- Selesai.
- Melalui Mesin Kiosk Touch ‘n Go :
- Kunjungi kiosk TnG yang tersedia di lokasi seperti pusat membeli-belah dan stesen pengangkutan awam.
- Letakkan kad pengenalan (MyKad) bahagian depan pada pengimbas di kiosk.
- Baki duit dalam IC akan dipaparkan.
- Selesai.
- Melalui Mesin Tambah Nilai di Stesen Minyak / Kedai Serbaneka :
- Kunjungi Stesen Minyak / Kedai Serbaneka yang menyediakan mesin tambah nilai Touch ‘n Go.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk imbasan baki dalam MyKad.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.