SEMAKAN BANTUAN DALAM IC 200 (PENERIMA 2025)
Barang-barang keperluan seperti barang dapur, ubat-ubatan, produk kebersihan dan sebagainya dapat ditampung dengan adanya Bantuan RM200 yang dikreditkan dalam IC ketua isi rumah yang layak pada setiap bulan.
Ketahui cara semakan status penerima dan info lebih lanjut berkaitan Bantuan Dalam IC di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN STR FASA 4 (JUMLAH & BAYARAN)

SIAPA YANG LAYAK 200?
Berikut merupakan syarat dan kriteria kelayakan penerima Bantuan Dalam IC RM200 :
- Warganegara Malaysia;
- Ketua isi rumah;
- Pendapatan bawah RM2,500 atau Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah; dan
- Tersenarai dalam rekod data eKasih sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar.
TARIKH KREDIT BANTUAN DALAM IC 200
Pengkreditan Bantua Dalam IC adalah pada setiap bulan mengikut tarikh berikut :
TARIKH KREDIT | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
15 Januari 2025 | RM100 |
1 Februari 2025 | RM100 |
1 Mac 2025 | RM100 |
1 April 2025 | RM200 |
1 Mei 2025 | RM200 |
1 Jun 2025 | RM200 |
1 Julai 2025 | RM200 |
1 Ogos 2025 | RM200 |
1 September 2025 | RM200 |
1 Oktober 2025 | RM200 |
1 November 2025 | RM200 |
1 Disember 2025 | RM200 |
SENARAI BARANG BOLEH BELI GUNA BANTUAN DALAM IC
Antara barang yang boleh dibeli guna Bantua Dalam IC adalah seperti berikut :
- Barang dapur (Contoh : Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera).
- Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
- Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
- Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
- Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, sabun cecair mandian dan tuala wanita).
- Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
- Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah dan alat tulis).
- Produk kebersihan rumah (Contoh : Sabun pencuci pinggan, sabun / serbuk pencuci pakaian dan pencuci lantai).
CARA GUNA BANTUAN DALAM IC
Penerima yang layak boleh guna Bantuan Dalam IC mengikut cara berikut :
LANGKAH | CARA GUNA BANTUAN DALAM IC |
---|---|
1. | Kunjungi kedai runcit / pasar mini / pasar raya terpilih menerima bayaran guna IC (MyKasih) |
2. | Pilih barang-barang yang diluluskan mengikut label MyKasih pada rak tanda harga |
3. | Pergi ke kaunter yang menerima bayaran guna IC atau ‘MyKasih’ |
4. | Berikan IC kepada juruwang untuk sahkan penerima MyKasih |
5. | Juruwang akan imbas semua barang yang lulus MyKasih |
6. | Bayar guna IC |
7. | Ambil resit bayaran untuk rujuk baki yang ada dalam IC |
SEMAKAN BANTUAN DALAM IC 200
Bagi yang ingin ketahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan Dalam IC, ikuti cara semak berikut :
- Layari laman web rasmi Sumbangan Asas Rahmah (MyKasih) : https://www.mykasih.com.my/.
- Halaman utama akan dipaparkan.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
- Masukkan nombor Kad Pengenalan pada ruangan yang disediakan.
- Contoh : 700230112345.
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status] di bawah.
- Status kelayakan anda akan dipaparkan.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) BANTUAN DALAM IC
Antara soalan lazim (faq) yang sering menjadi tanda tanya oleh penerima adalah seperti berikut :
- Adakah baki kredit MyKasih dalam IC boleh dibawa ke bulan seterusnya?
- Ya, baki atau kredit Bantuan MyKasih yang masih ada dalam IC akan dibawa ke bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama bulan semasa.
- Bolehkah penerima membeli barang menggunakan IC di negeri lain?
- Ya, asalkan kedai tersebut tersenarai sebagai rakan niaga MyKasih yang sah, walaupun berada di negeri berbeza.
- Apa yang perlu dibuat jika transaksi IC gagal di kedai?
- Penerima perlu semak status IC di portal MyKasih atau hubungi talian khidmat pelanggan MyKasih untuk pengesahan teknikal.
- Bagaimana kalau IC rosak?
- Penerima perlu membuat penggantian IC di JPN dan maklumkan kepada pihak MyKasih.
- Adakah semua kedai runcit di Malaysia terima MyKasih?
- Tidak. Hanya kedai, pasar raya dan pasar mini yang berdaftar dengan program MyKasih sahaja yang menerima penggunaan kredit bantuan ini.
INFO LANJUT
Segala info daripada artikel ini adalah dirujuk terus daripada Portal Rasmi MyKasih. Bagi yang ingin info yang lebih lanjut, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]