BANTUAN DALAM IC 100 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara bulanan melalui penggunaan MyKad kepada 5.4 juta penerima kini diperluaskan negeri Sabah dan Sarawak mulai tahun 2025.
Bagaimanakah semakan status penerima bantuan dalam ic rm 100? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN RM100 ONE OFF : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
SIAPAKAH YANG LAYAK BANTUAN DALAM IC
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA MyKasih 2025:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
Individu yang memenuhi syarat kelayakan akan secara automatik menerima kredit SARA melalui MyKad.
AMAUN KELAYAKAN BANTUAN DALAM IC 2025
Jumlah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan kepada penerima seperti berikut:
- Lulus STR & Berstatus eKasih
| KATEGORI PENERIMA | AMAUN BULANAN (RM) |
|---|---|
| Isi Rumah | RM2,100 Setahun RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM200/bulan (bermula April – Disember) |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM1,650 Setahun RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM150/bulan (bermula April – Disember) |
| Bujang | RM600 Setahun RM50/bulan (bermula Januari – Disember) |
- Lulus STR & Bukan eKasih
| KATEGORI PENERIMA | AMAUN BULANAN (RM) |
|---|---|
| Isi Rumah | RM900 Setahun RM100/bulan (bermula April – Disember) |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM450 Setahun RM50/bulan (bermula April – Disember) |
MANFAAT BANTUAN DALAM IC
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) atau MyKasih yang disalurkan secara bulanan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima membolehkan penerima untuk membeli 90,000 jenis barangan keperluan asas dengan pembayaran menggunakan MyKad di 4,100 premis berdaftar.
KATEGORI BARANGAN ASAS MENGGUNAKAN IC
Berikut merupakan kategori barangan yang diluluskan dengan pembayaran menggunakan MyKad:
- Makanan Asas : Beras / Roti / Telur / Minyak Masak / Tepung
- Makanan : Biskut / Mee Segera
- Minuman : Susu / Milo / The / Nescafe
- Makanan Dalam tin : Sardin / Tuna / Kacang panggang
- Bahan perasa : Sos / Kicap / Gula / Garam
- Produk Kebersihan Diri : Ubat Gigi / Sabun Cecair Mandian / Tuala Wanita
- Ubat-ubatan : Panadol / Ubat Batuk
- Barangan Persekolahan : Alat tulis / Pakaian Seragam Sekolah / Kasut Sekolah
- Produk Kebersihan Rumah : Sabun Pencuci Pinggan Mangkuk / Sabun Pencuci Lantai / Sabun Pencuci Pakaian
CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN DALAM IC RM 100 ONLINE
Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih; atau
- Portal Rasmi MySTR
Semakan di Portal MyKasih (Penerima Berstatus eKasih):
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2025
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 1/04/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
Semakan di Portal MySTR (Penerima Bukan eKasih):
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara