BANTUAN BULANAN WARGA EMAS : SEMAK STATUS KELAYAKAN

BANTUAN BULANAN WARGA EMAS : SEMAK STATUS KELAYAKAN

Kebajikan Warga Emas terus dipelihara supaya mereka dapat menikmati hidup yang aman dan mencukupi keperluan seharian. Oleh itu, Bantuan Setiap Bulan untuk Warga Emas disalurkan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Ketahui status kelayakan, jumlah bayaran dan info lebih lanjut Bantuan Bulanan Warga Emas di bawah.

BACA JUGA : SUBSIDI MINYAK RON95 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA

BANTUAN BULANAN WARGA EMAS

APA ITU BANTUAN WARGA EMAS?

BWE adalah singkatan daripada Bantuan Warga Emas yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) khas disalurkan secara ansur pada setiap bulan kepada warga emas yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan.

Dengan adanya Bantuan Warga Emas setiap bulan ini, dapat membantu memenuhi keperluan asas harian Warga Emas dan dapat meneruskan kelangsungan hidup di dalam arus pemodenan yang kian meningkat.

SIAPA YANG LAYAK?

  • Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
  • Berumur 60 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan bawah Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Tegar Semasa;
  • Warga Emas tiada anak / tinggal / menumpang ahli keluarga yang berpendapatan melebihi PGK semasa;
  • Bukan yang tinggal di institusi kendalian JKM atau Pusat Jagaan harian / berkediaman (yang menerima Geran Rangsum) dan pemberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma;
  • Kes-kes yang melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per kapita Miskin Tegar atau lain-lain keperluan yang munasabah akan dipertimbangkan dan diluluskan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri / Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Labuan (PKMN / WPKL / WPL).

JUMLAH BANTUAN BULANAN WARGA EMAS

Melalui Belanjawan 2025, pihak Kerajaan MADANI telah menaikkan jumlah Bantuan Bulanan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) untuk Warga Emas daripada RM500 sebulan bagi tahun 2024 kepada RM600 sebulan bagi tahun 2025.

JENIS BANTUANJUMLAH BAYARAN
Bantuan Bulanan JKM
(Warga Emas)
RM600 sebulan

CARA MOHON BANTUAN WARGA EMAS

Permohonan Bantuan Warga Emas (BWE) boleh dikemukakan melalui dua (2) cara iaitu :

  • Permohonan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian ; atau
  • Permohonan secara dalam talian (online) melalui Portal Rasmi JKM.

Ikuti cara permohonan Bantuan Warga Emas secara atas talian (online) seperti berikut :

  1. Layari portal rasmi eBantuanJKM, di pautan https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/
  2. Halaman utama Portal JKM akan dipaparkan
  3. Klik Butang [Daftar Permohonan Atas Talian].
  4. Pilih [Negeri] dan [Daerah] mengikut tempat tinggal anda.
  5. Kemudian, pilih [Mukim].
  6. Pemohon hendaklah mengisi maklumat [Nama Penuh, No. Kad Pengenalan Baru] seperti yang tercatat dalam Kad Pengenalan.
  7. Masukkan Kod Pengesahan seperti yang disediakan.
  8. Seterusnya, Klik Butang [Daftar].
  9. Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan, dan pemohon boleh klik butang [Cetak] jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.
  10. Selesai.

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

Bagi membolehkan permohonan diproses dan dibuat penilaian, pemohon perlu menyediakan dokumen sokongan yang diperlukan seperti berikut :

  • Salinan MyKad pemohon;
  • Salinan MyKad ahli keluarga yang tinggal bersama;
  • Surat penyata pendapatan daripada majikan (jika ada);
  • Pengesahan pendapatan daripada penghulu / penggawa / ketua kampung / JPKK / MPKK;
  • Pesuruhjaya sumpah (jika bekerja sendiri);
  • Salinan bil utiliti seperti bil air / bil elektrik / telefon / Astro (salah satu) untuk sahkan alamat kediaman;
  • Salinan penyata akaun bank terkini / slip pengesahan akaun bank terkini; dan
  • Lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan (jika perlu)

CARA SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN BULANAN WARGA EMAS

Setelah permohonan dibuat, anda boleh ketahui status kelayakan sama ada layak atau tidak terima Bantuan Warga Emas melalui semakan atas talian (online) seperti berikut :

  1. Layari laman Portal Rasmi JKM di sini : https://ebantuanjkm.gov.my/spbk/login.jsp.
  2. Halaman eBantuan JKM akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Semakan Status Permohonan Talian].
  4. Masukkan [No. Kad Pengenalan] pada ruangan yang disediakan.
  5. Klik pada butang [Semak] di bawah.
  6. Status permohonan Bantuan Warga Emas (BWE) JKM akan dipaparkan.
  7. Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) BANTUAN WARGA EMAS

Ramai antara pemohon sering mengajukan soalan-soalan yang berkaitan Bantuan Warga Emas (BWE) seperti berikut :

  1. Bagaimanakah cara penerimaan bayaran Bantuan Warga Emas?
    • Pihak JKM akan menyalurkan bayaran Bantuan Warga Emas melalui akaun bank penerima atau pemberian secara tunai di kaunter JKM terdekat.
  2. Bilakah penerima akan menerima bayaran Bantuan Warga Emas?
    • Penerima yang disahkan layak akan dimaklumkan tarikh-tarikh penerimaan bayaran Bantuan Warga Emas oleh pihak JKM.
  3. Berapakah jumlah bayaran Bantuan Warga Emas?
    • Jumlah bayaran Bantuan Warga Emas bagi tahun 2025 adalah sebanyak RM600 sebulan.
  4. Berapa lamakah proses permohonan Bantuan Warga Emas akan diluluskan?
    • Lazimnya proses permohonan Bantuan Warga Emas akan mengambil masa antara 2 hingga ke 4 minggu (bergantung kelengkapan dokumen dan siasatan oleh pegawai JKM).
  5. Bolehkah Warga Emas yang berpendapatan melebihi Garis Kemiskinan semasa (PGK) memohon Bantuan Bulanan ini?
    • Jika memenuhi syarat kelayakan dan terdapat kes-kes tertentu, ianya akan dipertimbangkan dan diluluskan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang persoalan atau maklumat lebih lanjut berkaitan Bantuan Warga Emas (BWE), sila rujuk pihak JKM melalui talian rasmi berikut :

Leave a Comment