BANTUAN BULANAN SARA : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA SETIAP BULAN

BANTUAN BULANAN SARA : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA SETIAP BULAN

Di bawah inisiatif Payung Rahmah, Kerajaan Madani meneruskan pemberian Bantuan Bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk membantu meringankan bebanan kos sara hidup terutamanya untuk perbelanjaan barang keperluan asas setiap bulan.

Bagaimanakah semak kelayakan penerima Bantuan Bulanan SARA? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : MYSALAM SEMAK STATUS KELAYAKAN & TUNTUTAN 2026

BERAPA RAMAI PENERIMA BANTUAN BULANAN SARA?

Berdasarkan rekod setakat ini, penerima yang layak menerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bayaran bulanan adalah seramai 8.1 juta penerima yang merangkumi kategori berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH PENERIMA
YANG LAYAK
Isi Rumah
(berpasangan / tunggal ada anak)
3.7 juta penerima
Warga Emas
(tiada pasangan)
1.3 juta penerima
Bujang
(belum berkahwin / balu / bercerai
tiada anak)
3.1 juta penerima

SEMAK KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN BULANAN SARA

Rakyat Malaysia disarankan untuk menyemak status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA kerana ianya dikreditkan secara automatik ke dalam Kad Pengenalan penerima yang terpilih layak.

Ikuti panduan lengkap cara semak kelayakan melalui Portal Rasmi seperti berikut :

PORTAL RASMIPAUTAN
Sumbangan Asas Rahmah
(SARA)
https://www.sara.gov.my/
  1. Pergi ke Portal Rasmi Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan klik pautan di atas.
  2. Anda akan dipaparkan ke Portal Rasmi tersebut.
  3. Sila klik pada butang [Semak Kelayakan].
  4. Masukkan nombor Kad Pengenalan anda.
    • *Tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>
      • Contoh : 90033011234.
  5. Tandakan pada kotak [ / ] Verify you are human.
  6. Klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status kelayakan bayaran SARA Bulanan akan dipaparkan.
  8. Selesai.

Contoh paparan status penerima yang layak SARA Bulanan :

Nama ProgramSARA Bulanan 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula09/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki Terkumpul Setakat Hari Ini (RM)200.00

JUMLAH BANTUAN BULANAN SARA

Namun bagaimanapun, supaya Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) diterima dengan adil, Kerajaan menyalurkan bayaran setiap bulan dengan jumlah yang berbeza mengikut kategori dan kelayakan penerima seperti berikut :

KATEGORI & KELAYAKAN
PENERIMA
JUMLAH BAYARAN
BULANAN
Isi Rumah Daftar eKasihRM200 sebulan
Warga Emas Daftar eKasihRM150 sebulan
Bujang Daftar eKasihRM100 sebulan
Isi Rumah Bukan eKasihRM100 sebulan
Warga Emas Bukan eKasihRM50 sebulan
Bujang Bukan eKasihRM50 sebulan

TARIKH BAYARAN BANTUAN BULANAN SARA

Sebulan sekali 8.1 juta penerima yang layak akan secara automatik menerima bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui Kad Pengenalan mengikut tarikh-tarikh yang dijadualkan seperti berikut :

BIL.TARIKH BAYARAN SARA
1.09 & 16/01/2026 (Jumaat)
2.01/02/2026 (Ahad)
3.01/03/2026 (Ahad)
4.01/04/2026 (Rabu)
5.01/05/2026 (Jumaat)
6.01/06/2026 (Isnin)
7.01/07/2026 (Rabu)
8.01/08/2026 (Sabtu)
9.01/09/2026 (Selasa)
10.01/10/2026 (Khamis)
11.01/11/2026 (Ahad)
12.01/12/2026 (Selasa)
*Nota : Jika penerima tidak menggunakan Bantuan SARA pada bulan sebelum ini, baki tersebut akan dibawa ke bulan berikutnya dan boleh digunakan bersama kredit semasa sebelum 31/12/2026.

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.

Leave a Comment