BANTUAN BINGKAS SELANGOR 2026 : PERMOHONAN BARU & SEMAKAN STATUS KELAYAKAN (RM300 SETIAP BULAN)

BANTUAN BINGKAS SELANGOR 2026 : PERMOHONAN BARU & SEMAKAN STATUS KELAYAKAN (RM300 SETIAP BULAN)

Dengan pembayaran sebanyak RM300 setiap bulan melalui Bantuan BINGKAS, dapat sedikit sebanyak membantu meringankan bebanan kewangan dan menampung kos sara hidup rakyat khususnya di Negeri Selangor.

Bagaimanakah cara permohonan baru & semakan status Bantuan BINGKAS Selangor? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : PERMOHONAN LESEN PERCUMA 2026 : REGISTER/DAFTAR ONLINE SEKARANG (PANDUAN LENGKAP)

APA ITU BANTUAN BINGKAS SELANGOR?

BINGKAS adalah ringkasan daripada Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor sebanyak RM300 sebulan yang disasarkan kepada keluarga berpendapatan rendah di negeri Selangor melalui e-Dompet dan digunakan untuk membeli barangan keperluan asas setiap bulan.

Antara barang yang boleh dibeli guna Bantuan BINGKAS adalah :

  • Beras.
  • Mi dan Bihun.
  • Roti.
  • Biskut.
  • Telur.
  • Gula dan Garam.
  • Rempah ratus, Sos, Kicap dan sebagainya.
  • Tepung.
  • Minyak masak.
  • Sayuran dan buah-buahan.
  • Daging ayam, lembu dan, kambing dan ikan.
  • Produk tenusu – susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis.
  • Ubat-ubatan
  • Sabun, kelengkapan mandian dan bahan pencuci.
  • Lampin pakai buang.
  • Barangan persekolahan – kasut, beg, buku alat tulis, pakaian seragam dan sebagainya.
  • Perihal pendidikan – buku sekolah / akademik.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN BINGKAS SELANGOR

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan BINGKAS Selangor :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lahir di Selangor; atau
  • Menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
  • Merupakan pengundi berdaftar di Selangor;
  • Mempunyai anak / tanggungan minima 2 orang yang berumur 18 tahun dan bawah;
  • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan.

PERMOHONAN BARU BANTUAN BINGKAS SELANGOR 2026

Bermula 1 November 2025, individu yang memenuhi syarat boleh kemukakan permohonan Bantuan BINGKAS Selangor seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi BINGKAS di pautan ini :https://bingkasselangor.com/.
  2. Halaman utama BINGKAS akan dipaparkan.
  3. Terus klik pada butang [Log Masuk].
  4. Masukkan nombor Nombor Telefon dan Kata Laluan dan klik [Log Masuk] bagi yang telah mempunyai akaun.
  5. Bagi yang tiada akaun, sila klik butang [Daftar Akaun Selangkah Baru] dan daftar akaun anda.
  6. Seterusnya, klik pada butang [Buat Permohonan].
  7. Masukkan butiran peribadi, alamat kediaman, status perkahwinan dan klik [Hantar].
  8. Masukkan pula maklumat pekerjaan dan pendapatan dan klik butang [Hantar].
  9. Klik pula pada butang [Tambah Anak] untuk masukan butiran anak / tanggungan.
    • *Ulang klik butang [Tambah Anak] untuk isi butiran anak seterusnya.
  10. Muat naik salinan Kad Pengenalan / MyKid salah seorang anak dan klik [Simpan].
  11. Setelah selesai, klik butang [Hantar].
  12. Tandakan pada kotak Maklumat Bantuan yang diterima dan klik [Hantar].
  13. Seterusnya, klik butang [Choose File] untuk muat naik dokumen sokongan yang diperlukan dan klik [Hantar].
  14. Tandakan pada kotak Persetujuan dan klik butang [Hantar].
  15. Permohonan telah berjaya dihantar.
  16. Selesai.

DOKUMEN TAMBAHAN PERMOHONAN BANTUAN BINGKAS

Pemohon juga perlu sertakan dokumen tambahan untuk permohonan Bantuan BINGKAS seperti berikut :

  • Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan Pasangan);
  • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Surat Hak Jagaan (anak-anak);
  • Salinan Sijil Kematian / Penceraian / Laporan Polis (untuk ibu / bapa tunggal);
  • Salinan Slip Gaji / Pencen terkini (untuk penjawat awam / pesara);
  • Salinan penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta);
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada ketua Komuniti sepertu ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN BINGKAS SELANGOR

Setelah berjaya memohon, pemohon boleh membuat semakan status kelayakan seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi BINGKAS di pautan ini : https://bingkasselangor.com/.
  2. Halaman utama BINGKAS akan dipaparkan.
  3. Terus klik pada butang [Log Masuk].
  4. Masukkan Nombor Telefon dan Kata Laluan yang anda daftarkan.
  5. Klik butang [Log Masuk].
  6. Terus klik pada [Semakan Status Kelayakan].
  7. Status kelayakan permohonan akan dipaparkan.
  8. Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) BANTUAN BINGKAS

  1. Adakah Bantuan BINGKAS hanya diberikan kepada rakyat Selangor sahaja?
    • Bantuan BINGKAS terbuka kepada rakyat yang lahir di Selangor dan bermastautin di Negeri Selangor lebih 10 tahun.
  2. Bilakah bayaran Bantuan BINGKAS dilaksanakan?
    • Bayaran Bantuan BINGKAS dilaksanakan setiap bulan bermula pada bulan Januari dan seterusnya sehingga bulan Disember. Namun, tarikh bayaran akan dimaklumkan kepada penerima.
  3. Berapakah jumlah bayaran Bantuan BINGKAS Selangor?
    • Bantuan BINGKAS Selangor dibayar sebanyak RM300 setiap bulan.
  4. Bagaimanakah jika baki Bantuan BINGKAS pada bulan sebelumnya tidak habis digunakan?
    • Baki Bantuan BINGKAS pada bulan sebelumnya yang tidak habis digunakan tidak akan dibawa ke bulan seterusnya.
  5. Bilakah permohonan Bantuan BINGKAS untuk tahun 2026 dibuka?
    • Permohonan Bantuan BINGKAS untuk tahun 2026 dibuka bermula 1 November 2025.

INFO LANJUT

Segala informasi yang kami sediakan dalam artikel ini adalah dirujuk daripada sumber sahih melalui Portal Rasmi BINGKAS. Untuk sebarang pertanyaan atau info lebih lanjut, sila rujuk pihak BINGKAS seperti di bawah :

Leave a Comment