BANTUAN BINGKAS SELANGOR (2026) : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN & CARA PERMOHONAN BARU
Manfaat Bantuan BINGKAS (Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor) diperluaskan kepada lebih ramai keluarga di Selangor supaya dapat meningkatkan kestabilan kewangan serta mengurangkan cabaran ekonomi untuk penduduk di Selangor.
Bagaimanakah semakan status kelayakan & cara permohonan baru Bantuan BINGKAS Selangor? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN LESEN PERCUMA 2026 : CARA REGISTER PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS KELAYAKAN
JUMLAH KREDIT BANTUAN BINGKAS
Semua pemohon yang layak akan menerima pengkreditan Bantuan BINGKAS dengan jumlah yang sama seperti berikut :
| JUMLAH SEBULAN | JUMLAH SETAHUN |
|---|---|
| RM300 | RM3,600 |
PROSES KREDIT BANTUAN BINGKAS SELANGOR
Berikut merupakan proses pengkreditan Bantuan BINGKAS kepada pemohon yang layak :
- Permohonan diluluskan ✅
- Muat turun aplikasi ‘Selangkah’.
- Bantuan dikreditkan dalam akaun e-Wallet Selangkah.
- RM300 setiap bulan secara automatik.
FUNGSI KREDIT BANTUAN BINGKAS
Setelah menerima kredit Bantuan BINGKAS, pemohon boleh menggunakannya untuk beli barang keperluan asas seperti berikut :
- Barang dapur (Contoh : Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera).
- Barang dapur basah (Contoh : Sayuran, buah-buahan, daging, ayam, ikan dan sebagainya).
- Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
- Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
- Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
- Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, sabun cecair mandian dan tuala wanita).
- Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
- Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah dan alat tulis).
- Produk kebersihan rumah (Contoh : Sabun pencuci pinggan, sabun / serbuk pencuci pakaian dan pencuci lantai).
TARIKH MOHON BANTUAN BINGKAS
Rakyat Selangor boleh memohon Bantuan BINGKAS mengikut tarikh seperti berikut :
| TARIKH PERMOHONAN DIBUKA | TARIKH PERMOHONAN DITUTUP |
|---|---|
| 1 November 2025, Sabtu | Belum diketahui |
KRITERIA PENERIMA BANTUAN BINGKAS
Namun sebelum memohon, pemohon perlu mengetahui sama adalah layak atau tidak berdasarkan kritria berikut :
- Pemohon Warganegara Malaysia;
- Lahir di Selangor atau menetap di Selangor lebih 10 tahun;
- Berkahwin atau ibu / bapa tunggal;
- Mempunyai anak / tanggungan minima 2 orang yang berumur 18 tahun ke bawah;
- Pendapatan isi rumah bawah RM5,000 sebulan;
- Pemilih / pengundi berdaftar di Selangor.
CARA PERMOHONAN BARU BANTUAN BINGKAS
Ikuti panduan lengkap cara permohonan baru Bantuan BINGKAS seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi BINGKAS di pautan ini :https://bingkasselangor.com/.
- Halaman utama BINGKAS akan dipaparkan.
- Terus klik pada butang [Log Masuk].
- Masukkan nombor ID dan kata laluan dan klik [Log Masuk] bagi yang telah mempunyai akaun.
- Bagi yang tiada akaun, sila klik butang [Daftar Akaun Selangkah Baru] dan daftar akaun anda.
- Seterusnya, klik pada butang [Buat Permohonan].
- Masukkan butiran peribadi, alamat kediaman, status perkahwinan dan klik [Hantar].
- Masukkan pula maklumat pekerjaan dan pendapatan dan klik butang [Hantar].
- Klik pula pada butang [Tambah Anak] untuk masukan butiran anak / tanggungan.
- *Ulang klik butang [Tambah Anak] untuk isi butiran anak seterusnya.
- Muat naik salinan Kad Pengenalan / MyKid anak dan klik [Simpan].
- Setelah selesai, klik butang [Hantar].
- Tandakan pada kotak Maklumat Bantuan yang diterima dan klik [Hantar].
- Seterusnya, klik butang [Choose File] untuk muat naik dokumen sokongan yang diperlukan dan klik [Hantar].
- Tandakan pada kotak Persetujuan dan klik butang [Hantar].
- Permohonan telah berjaya dihantar.
- Selesai.
SEMAKAN STATUS BANTUAN BINGKAS
Setelah memohon, pemohon boleh menyemak status kelayakan sama ada ‘Layak’ atau ‘Tidak Layak’ terima bayaran Bantuan BINGKAS seperti berikut :
- Muat turun aplikasi ‘Selangkah’ melalui Apps Store / Play Store dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Daftarkan akaun anda.
- Masukkan maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
- Log Masuk akaun yang telah didaftarkan.
- Buka bahagian [BINGKAS].
- Semak status kelayakan anda.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Kesemua maklumat dalam artikel ini ditulis berdasarkan sumber yang sahih daripada Portal Rasmi BINGKAS. Oleh itu, untuk maklumat lebih lanjut berkaitan Bantuan BINGKAS, pihak tuan / puan boleh buat rujukan lanjut di bawah :
- Laman Soalan Lazim BINGKAS : https://bingkasselangor.com/soalan-lazim.
- Laman Pertanyaan BINGKAS : https://bingkasselangor.com/hubungi-kami.