BANTUAN BARANG DAPUR MYKASIH 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Melalui Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA), penerima boleh membeli barangan terpilih seperti barangan dapur di pasar raya berdaftar menggunakan MyKad bagi memenuhi keperluan asas.
Bagaimanakah semakan status layak atau tidak penerima bantuan barang dapur mykasih 2025? Ikuti Info lanjut disini.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BARANG DAPUR MYKASIH 2025
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Penerima Sedia Ada;
- Berstatus Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data e-Kasih;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
- Penerima Baharu
- Bukan penerima eKasih;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
JUMLAH BANTUAN MYKASIH 2025
Kadar Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih disalurkan seperti berikut:
PENERIMA BERSTATUS EKASIH | PENERIMA BUKAN EKASIH |
---|---|
Isi Rumah RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM200/bulan (bermula April – Disember) | Isi Rumah RM100/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM150/bulan (bermula April – Disember) | Warga Emas Tiada Pasangan RM50/bulan (bermula April – Disember) |
Bujang RM50/bulan (bermula Januari – Disember) | – |
CARA PENGKREDITAN BANTUAN MYKASIH 2025
Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan menerima kredit bulanan melalui MyKad khusus untuk membeli 14 Kategori Produk Barangan Keperluan Asas yang diluluskan termasuk barang dapur di pasar raya atau kedai runcit berdaftar dengan pembayaran menggunakan MyKad (IC).
CARA PEMBELIAN BARANG DAPUR MYKASIH GUNA MYKAD
Individu yang ‘Lulus’ dan ‘Penerima’ Sumbangan Asas Rahmah boleh dapatkan barangan keperluan asas seperti berikut:
- Kunjungi kedai atau pasaraya berdaftar SARA MyKasih yang berhampiran.
- Pilih barangan keperluan / barang dapur (berdasarkan 14 kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah MyKasih di rak tanda harga).
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
- Simpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
SENARAI BARANG DAPUR MYKASIH 2025
Berikut merupakan barangan keperluan dapur yang diluluskan pembayaran menggunakan MyKad:
- Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
- Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
- Telur : Nutriplus / QL eggs / CP
- Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
- Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
- Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
- Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
- Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
- Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup
- Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta

SENARAI KEDAI BERDAFTAR MYKASIH
Terdapat lebih 3,700 kedai dan pasar raya terpilih yang berdaftar SARA di seluruh Malaysia termasuk:
- Mydin
- Giant
- Econsave
- The Store
- Pacific
- Milimewa
- 99 Speedmart
- Lotus Stores (Tesco)
- Lulu Supermarket
- Pasar raya dan pasar mini bebas yang berhampiran tempat tinggal penerima
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara