BANTUAN BANJIR JKM 2025 : SEMAK SYARAT KELAYAKAN PEMOHON & CARA MEMOHON
Kini, bencana banjir sedang melanda beberapa buah negeri dan bagi membantu meringankan bebanan mangsa banjir yang menghadapi kerosakan rumah, kehilangan harta benda dan sebagainya, Bantuan Banjir akan disalurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan NADMA.
Bagaimanakah semak kelayakan & cara mohon Bantuan Banjir JKM? Ikuti panduan lengkap dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : JADUAL BAYARAN BANTUAN STR TAMBAHAN 2026 : SEMAK TARIKH PEMBAYARAN AKAN DISALURKAN KEPADA PENERIMA
KADAR BANTUAN BANJIR JKM 2025
Berdasarkan maklumat yang diperolehi, Bantuan Banjir atau Bantuan Wang Ihsan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membantu mangsa bencana banjir adalah sebanyak berikut :
- RM1,000 setiap ketua isi rumah yang terjejas akibat banjir;
- RM10,000 bagi yang berlaku kematian akibat banjir.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN BANJIR JKM 2025
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan untuk memohon Bantuan Banjir daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) :
- Pemohon mestilah Warganegara Malaysia;
- Merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) semasa bencana berlaku;
- Menumpang atau mendiami rumah persendirian (kediaman sendiri) ketika bencana berlaku;
- Berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di bawah JKM;
- Hanya satu (1) rumah bagi setiap pemohon tanpa mengira bilangan ahli isi rumah (AIR).
CARA MEMOHON BANTUAN BANJIR JKM 2025
Untuk mendapatkan Bantuan Banjir di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mangsa banjir boleh memohon melalui tiga (3) cara mudah, iaitu :
- Mendaftar di Pusat Pemindahan Sementara (PPS); atau
- Melalui aplikasi MyIBJKM; atau
- Memohon di Pejabat Daerah dengan mengisi borang dan menyerahkan bukti kerosakan.
Berikut adalah cara memohon Bantuan Banjir melalui aplikasi MyIBJKM :
- Muat turun aplikasi MyIBJKM dalam telefon pintar anda.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Bagi yang telah mempunyai akaun, masukkan nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan.
- Bagi yang tiada akaun, sila klik pada butang [Pendaftaran].
- Pada bahagian pendaftaran, masukkan :
- Nombor Kad pengenalan (tanpa -).
- Ciptakan Kata laluan.
- Sahkan Kata laluan tersebut.
- Tandakan butang [Perakuan].
- Klik butang [Seterusnya].
- Masukkan alamat e-mel dan nombor telefon yang aktif digunakan.
- Kemudian, klik butang [Seterusnya].
- Isikan alamat surat menyurat mengikut alamat semasa anda.
- Klik pula pada butang [Seterusnya].
- Pendaftaran telah berjaya, sila log masuk.
- Kembali ke bahagian log masuk dan isi nombor kad pengenalan dan kata laluan anda.
- Klik butang [log Masuk].
- Pilih PPS terdekat anda.
- Berpindah ke PPS terdekat anda dan daftarkan KIR dan bilangan ahli keluarga kepada petugas JKM.
- Pejabat Daerah akan mengesahkan permohonan.
- Kemudian, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri akan mengesahkan perakuan permohonan.
- Bantuan Wang Ihsan akan diagihkan kepada ketua isi rumah (KIR) yang layak.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT JKM
Pihak kami hanya menulis artikel yang berkaitan Bantuan Banjir untuk memudahkan carian orang awam. Namun, sekiranya terdapat sebarang masalah atau pertanyaan lebih lanjut berkaitan maklumat di atas, sila rujuk pihak JKM yang berwajib di talian berikut :
- Talian Kasih JKM : 15999 (24 jam)
- Talian WhatsApp JKM : 019-26159999
- Talian JKM : 03 – 8000 8000
- Faks : 03 – 8323 2045