BANTUAN B40 SETIAP BULAN : 2025 SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Bantuan bulanan di bawah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 membolehkan penerima yang layak dapat menikmati bantuan dalam bentuk keperluan asas yang boleh diperoleh di lebih 7,300 kedai berdaftar di seluruh Malaysia.
Bagaimanakah semakan status bantuan b40 setiap bulan? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN BULANAN DALAM MYKAD : 2025 SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

APA ITU BANTUAN B40 SETIAP BULAN?
Bantuan bulanan B40 merujuk kepada bantuan bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diberikan kepada golongan berpendapatan rendah secara bulanan melalui MyKad (Kad Pengenalan) untuk perbelanjaan barangan keperluan asas di kedai dan pasar raya berdaftar di seluruh Malaysia.
SIAPA YANG LAYAK?
Kelayakan penerima SARA 2025 adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus eKasih;
- Tersenarai dalam data eKasih (Miskin dan Miskin Tegar);
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
SEMAKAN BANTUAN B40 SETIAP BULAN
Semakan Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online kaedah seperti berikut :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2025
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 1/04/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
AMAUN BANTUAN B40 SETIAP BULAN
- Penerima STR & BERSTATUS eKasih
KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN SETAHUN | KADAR BAYARAN SETIAP BULAN |
---|---|---|
Isi Rumah | RM2,100 | RM100 (Januari – Mac) RM200 (April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM1,650 | RM100 (Januari – Mac) RM150 (April – Disember) |
Bujang | RM600 | RM50 (Januari – Disember) |
- Penerima STR Sahaja (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN SETAHUN | KADAR BAYARAN SETIAP BULAN |
---|---|---|
Isi Rumah | RM900 | RM100 (April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM450 | RM50 (April – Disember) |
KEGUNAAN BANTUAN
Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 14 kategori produk yang diluluskan di bawah Program SARA seperti:
- Produk Kebersihan;
- Ubat-ubatan;
- Barangan Sekolah;
- Beras;
- Roti;
- Telur;
- Minyak Masak;
- Tepung;
- Biskut;
- Mi segera;
- Minuman;
- Makanan dalam tin;
- Bahan perasa;
- Produk Kebersihan Rumah.
CARA GUNA BANTUAN
Penerima boleh menggunakan kredit bantuan untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:
- Bawa MyKad dan Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA.
- Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Barangan Keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) SARA
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan MyKasih (SARA) 2025:
- Apa itu bantuan bulanan setiap bulan B40?
- Bantuan setiap bulan B40 merujuk kepada SARA yang diberikan kepada golongan berpendapatan rendah (B40) secara bulanan melalui MyKad secara untuk memenuhi keperluan asas bulanan.
- Bagaimana cara semakan kelayakan dibuat?
- Anda boleh menyemak status kelayakan secara online di Portal Rasmi SARA.
- Berapa jumlah bantuan bulanan yang diberikan?
- Isi rumah menerima sehingga RM200 sebulan, manakala bujang / warga emas menerima bayaran sehingga RM150 sebulan.
- Adakah bantuan ini dalam bentuk tunai?
- Tidak. Bantuan SARA disalurkan secara tanpa tunai melalui MyKad penerima untuk membeli barangan asas
- Di mana bantuan ini boleh digunakan?
- Di lebih 7,300 kedai runcit dan pasar raya berdaftar di bawah Program SARA.
INFO LANJUT
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]