BANTUAN AWAL RAMADHAN 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

BANTUAN AWAL RAMADHAN 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Seluruh umat Islam terutamanya di Malaysia akan menyambut bulan Ramadhan 1447H yang dijangka bermula pada 19 Februari 2026. Oleh itu, bagi membantu meringankan bebanan kewangan rakyat, khususnya golongan asnaf, fakir miskin, ibu tunggal dan orang kurang upaya, Bantuan Awal Ramadhan akan disalurkan.

Bagaimanakah semakan status penerima Bantuan Awal Ramadhan? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK SARA UNTUK SEMUA RM100 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

PENGENALAN BANTUAN AWAL RAMADHAN

Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat mulia bagi semua umat Islam di seluruh dunia kerana wajib berpuasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Oleh itu, Kerajaan dan beberapa institusi zakat serta badan kebajikan lain akan menyediakan penyaluran bantuan kewangan untuk membantu dalam membuat persiapan untuk menyambut bulan Ramadhan yang penuh bermakna.

SENARAI BANTUAN AWAL RAMADHAN 2026

Untuk bulan Ramdhan 2026/1447H, terdapat beberapa senarai Bantuan Awal Ramadhan yang disediakan, antaranya ialah :

BIL.BANTUAN AWAL RAMADHAN
1.Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
2.MAINPP (Pulau Pinang)
3.NAIM (Melaka)
4.MAIWP (Wilayah Persekutuan)
5.MAIDAM (Terengganu)
6.Lain-lain

KADAR BANTUAN AWAL RAMADHAN 2026

Bagi membantu meringankan bebanan kewangan, kadar Bantuan Awal Ramadhan yang disediakan oleh Kerajaan (Sumbangan Asas Rahmah One-Off) dan institusi Majlis Agama bagi setiap negeri adalah berbeza seperti berikut :

JENIS BANTUANKADAR PENYALURAN
Sumbangan Asas Rahmah (SARA)RM100 setiap seorang
MAINPP (Pulau Pinang)RM700 setiap seorang
(RM100 setiap satu hamper makanan)
NAIM (Melaka)RM400 (ketua keluarga)
RM100 (tanggungan)
MAIWP (Wilayah Persekutuan)Bermula RM200 / lebih
(bergantung bilangan tanggungan)
MAIDAM (Terengganu)RM300 hingga RM700 seisi rumah
(bergantung bilangan tanggungan)
Lain-lainPerlu disemak mengikut negeri
masing-masing
*Catatan : Sumbangan Asas Rahmah (SARA) diberikan kepada semua rakyat dewasa Malaysia. Namun, bantuan daripada MAINPP, NAIM, MAIWP, MAIDAM dan lain-lain Majlis Agama adalah khas untuk golongan ansaf, fakir miskin, ibu tunggal dan orang kurang upaya sahaja.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN AWAL RAMADHAN

Untuk ketahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan Awal Ramadhan bagi penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh disemak secara online melalui laman web rasmi seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan laman web rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
  5. Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
  6. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status kelayakan penerima SARA One-Off akan dipaparkan.
  8. Selesai.

Bagi rakyat dari negeri Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur / Labuan), Terengganu dan lain-lain negeri boleh mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan Awal Ramadhan (Zakat) melalui laman web seperti :

RUJUKAN LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan lebih lanjut berkaitan Bantuan Awal Ramadhan (Zakat), anda boleh rujuk pihak berwajib seperti Majlis Agama bagi setiap negeri.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarka sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/ & di Portal Majlis Agama setiap negeri.

Leave a Comment