BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2026 : PERMOHONAN, SEMAKAN STATUS, TARIKH & JUMLAH BAYARAN
Berdasarkan Belanjawan 2026 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa Kerajaan bersetuju memperuntukan sebanyak RM800 juta untuk meneruskan lagi Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada semua pelajar sekolah.
Bagaimanakah permohonan, semakan status, tarikh dan jumlah bayaran Bantuan Awal Persekolahan 2026? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : MYSTR ONLINE : SEMAKAN STATUS, KEMASKINI & PERMOHONAN BARU
PENGENALAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) adalah merupakan sebuah bantuan kewangan yang diberikan oleh Kerajaan kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah untuk mengurangkan bebanan perbelanjaan ibu bapa untuk permulaan awal tahun persekolahan.
Selain peruntukan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) untuk 5.2 juta pelajar sekolah rendah dan menengah, Kerajaan juga menyediakan Biasiswa Kecik Persekutuan, Bantuan Rancangan Makanan Tambahan dan Bantuan Am Persekolahan untuk membantu pelajar yang memerlukan.
TUJUAN PEMBERIAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN
Setiap awal tahun, Kerajaan akan mengagihkan Bantuan Awal Persekolahan kepada setiap pelajar di semua sekolah untuk membantu ibu bapa yang berpendapatan rendah menampung kos perbelanjaan barangan sekolah seperti :
- Buku;
- Pakaian Seragam;
- Kasut Sekolah;
- Beg; dan
- Alat Tulis.
Dengan adanya Bantuan Awal Persekolahan, dapat mengurangkan kadar keciciran pelajar akibat masalah kewangan keluarga.
JUMLAH BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2026
Semua pelajar dari sekolah rendah atau menengah akan menerima bayaran Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dengan jumlah yang sama tanpa mengira kadar pendapatan ibu bapa. Berikut merupakan jumlah bayaran Bantuan Awal Persekolahan (BAP) :
JENIS BANTUAN | KADAR BAYARAN (RM) |
---|---|
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2026 | RM150 setiap pelajar (dibayar secara sekaligus) |
SIAPA YANG LAYAK TERIMA?
Pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada semua pelajar adalah berdasarkan syarat-syarat kelayakan seperti berikut :
- Pelajar Warganegara Malaysia;
- Pelajar tahun 1 hingga tingkatan 6 sesi 2026 / 2027;
- Bersekolah di :
- Sekolah Kerajaan (SK);
- Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK);
- Sekolah Agama;
- Sekolah Swasta yang berdaftar dengan KPM tidak termasuk sekolah antarabangsa dan sekolah ekspatriat;
- Kolej PERMATA;
- Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih;
- Sekolah Intergriti;
- Sekolah Henry Gurney.
CARA AGIHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN
Berdasarkan Belanjawan 2026 yang dibentangkan, Bantuan Awal Persekolahan (BAP) akan diagihkan secara tunai di setiap sekolah masing-masing melalui guru kepada ibu bapa untuk memastikan jalinan baik hubungan antara guru dan ibu bapa demi pendidikan para pelajar.
TARIKH AGIHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN
Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) lazimnya dilaksanakan pada awal tahun sesi persekolahan bermula. Namun tarikh agihan untuk tahun 2026 masih belum diumumkan dan akan diketahui melalui sekolah masing-masing.
PERMOHONAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN
Kerajaan menyalurkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) secara automatik kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan. Namun, para guru akan memberikan borang kepada ibu bapa untuk tandatangan sebagai tanda telah menerima Bantuan Awal Persekolahan.
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya sekada berkongsikan informasi berkaitan Bantuan Kerajaan Malaysia yang terkini sahaja untuk memudahkan carian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia : https://www.moe.gov.my/
- Talian Kementerian Pendidika Malaysia : 03-8000 8000
- e-Mel : [email protected]