BANTUAN ASAS SARA PDF 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Secara rasminya, Kerajaan MADANI telah mempersetujui penerusan pelaksanaan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi tahun 2025 ini. Bahkan Kerajaan juga memperluaskan pemberian kepada lebih ramai penerima yang layak.
Bagaimanakah semakan status penerima Bantuan Asas Sara? Ikuti panduan dan maklumat lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK BANTUAN MYKASIH SARA SEMAKAN STATUS : LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
KADAR BANTUAN ASAS SARA 2025
Kadar Sumbangan Bantuan Asas Sara adalah bergantung kepada kelayakan setiap kategori penerima berikut :
- PENERIMA MISKIN & MISKIN TEGAR :
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN ASAS SARA |
---|---|
ISI RUMAH | RM2,100 setahun |
WARGA EMAS | RM1,650 setahun |
BUJANG | RM600 setahun |
- PENERIMA ASAS BUKAN MISKIN :
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN ASAS SARA |
---|---|
ISI RUMAH | RM900 setahun |
WARGA EMAS | RM450 setahun |
BUJANG | – |
TARIKH SUMBANGAN BANTUAN ASAS SARA 2025
Sumbangan Bantuan Asas Sara adalah secara ansur setiap bulan dan disalurkan mengikut tarikh berikut :
PENERIMA BERSTATUS MISKIN & MISKIN TEGAR | PENERIMA BERSTATUS ASAS BUKAN MISKIN |
---|---|
15/01/2025 (Rabu) | – |
01/02/2025 (Sabtu) | – |
01/03/2025 (Sabtu) | – |
01/04/2025 (Selasa) | 01/04/2025 (Selasa) |
01/05/2025 (Khamis) | 01/05/2025 (Khamis) |
01/06/2025 (Ahad) | 01/06/2025 (Ahad) |
01/07/2025 (Selasa) | 01/07/2025 (Selasa) |
01/08/2025 (Jumaat) | 01/08/2025 (Jumaat) |
01/09/2025 (Isnin) | 01/09/2025 (Isnin) |
01/10/2025 (Rabu) | 01/10/2025 (Rabu) |
01/11/2025 (Sabtu) | 01/11/2025 (Sabtu) |
01/12/2025 (Isnin) | 01/12/2025 (Isnin) |
KAEDAH SUMBANGAN BANTUAN ASAS SARA 2025
Bantuan Asas Sara disumbangkan melalui kaedah pengkreditan tanpa tunai (cashless) menerusi akaun kad pengenalan (IC) penerima setiap bulan bagi membantu memudahkan rakyat menerima dan menggunakan bantuan untuk pembelian barangan keperluan asas setiap bulan.
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN ASAS SARA 2025
Ikuti panduan semakan status kelayakan Bantuan Asas Sara seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi STR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
BANTUAN ASAS SARA PDF 2025
Untuk maklumat lebih lanjut berkaitan Bantuan Asas Rahmah (SARA), anda boleh rujuk pada file PDF di bawah :
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.