BANTUAN ASAS SARA HIDUP 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

BANTUAN ASAS SARA HIDUP 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Kos sara hidup kini semakin meningkat oleh faktor desakan ekonomi. Oleh itu, bagi membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat terutamanya golongan rentan yang memerlukan, Kerajaan terus menyalurkan Bantuan Asas Sara Hidup sepanjang tahun ini.

Bagaimanakah semakan status layak atau tidak Bantuan Asas Sara Hidup? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : MYKASIH SEMAKAN STATUS 2026 LAYAK ATAU TIDAK

APA ITU BANTUAN ASAS SARA HIDUP?

Inisiatif Bantuan Asas Sara Hidup adalah dibawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diperkenalkan oleh Kerajaan MADANI sebagai bantuan tambahan untuk membantu meringankan bebanan kos sara hidup bagi perbelanjaan barang keperluan asas harian rakyat.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA

Kerajaan menyalurkan Bantuan Asas Sara Hidup ini kepada dua (2) golongan, iaitu :

  • Golongan Miskin dan Miskin Tegar; dan
  • Golongan Asas Bukan Miskin (M40).

Kedua-dua golongan ini mestilah memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

SYARATKELAYAKAN PENERIMA
MISKIN TEGAR
KELAYAKAN PENERIMA
BUKAN MISKIN
Warga
negara
MalaysiaMalaysia
Had UmurIsi rumah :
18 tahun ke atas

Warga emas :
60 tahun ke atas

Bujang :
21 – 59 tahun
Isi rumah :
18 tahun ke atas

Warga emas :
60 tahun ke atas

Bujang :
21- 59 tahun
Status
Perkahwinan
Berkahwin
atau
Bujang / Balu / Bercerai
Berkahwin
atau
Bujang / Balu / Bercerai
Kadar
Pendapatan
Bawah Garis
Kemiskinan (PGK)
dan
tersenarai dalam
rekod data e-Kasih
RM2,501
sehingga
RM5,000
Status STR
2026
Lulus PermohonanLulus Permohonan

KADAR BANTUAN ASAS SARA HIDUP 2026

Setiap kategori akan menerima Bantuan Asas Sara Hidup dengan kadar yang selayaknya seperti berikut :

  • Bayaran Kepada Penerima Miskin & Miskin Tegar :
KATEGORI PENERIMAKADAR BAYARAN
Isi RumahRM2,400 setahun
(RM200 sebulan)
Warga EmasRM1,800 setahun
(RM150 sebulan)
BujangRM1,200 setahun
(RM100 sebulan)
  • Bayaran Kepada Penerima Asas Bukan Miskin :
KATEGORI PENERIMAKADAR BAYARAN
Isi RumahRM1,200 setahun
(RM100 sebulan)
Warga EmasRM600 setahun
(RM50 sebulan)
BujangRM600 setahun
(RM50 sebulan)

CARA BAYARAN BANTUAN ASAS SARA HIDUP

Berikut merupakan cara bayaran Bantuan Asas Sara Hidup kepada semua penerima yang layak :

CARA BAYARANPLATFORM PENERIMAAN
Bayaran secara tanpa tunai
(cashless) kredit automatik
Kad Pengenalan Diri
(MyKad)
*NOTA : Kad Pengenalan hanya boleh digunakan untuk pengesahan bayaran barang keperluan asas di kedai terpilih dan tidak boleh membuat pengeluaran tunai mahupun membuat bayaran bagi pengangkutan awam.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN ASAS SARA HIDUP

Untuk yang belum mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan Asas Sara Hidup, sila buat semakan status melalui laman web rasmi seperti berikut :

  1. Lawati laman web rasmi Bantuan Asas Sara Hidup.
  2. Pada halaman utama lamab web tersebut, klik [Semak Kelayakan].
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan diri anda.
    • Tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-).
      • Contoh : 700230112345.
  4. Klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  6. Selesai.

TARIKH BAYARAN BANTUAN ASAS SARA HIDUP 2026

Jika disahkan layak, semua penerima akan menerima bayaran Bantuan Asas Sara Hidup setiap bulan mengikut tarikh seperti berikut :

🗓️ Tarikh Bayaran :

  • 09/01/2026 & 16/01/2026 (Jumaat)
  • 01/02/2026 (Ahad)
  • 01/03/2026 (Ahad)
  • 01/04/2026 (Rabu)
  • 01/05/2026 (Jumaat)
  • 01/06/2026 (Isnin)
  • 01/07/2026 (Rabu)
  • 01/08/2026 (Sabtu)
  • 01/09/2026 (Selasa)
  • 01/10/2026 (Khamis)
  • 01/11/2026 (Ahad)
  • 01/12/2026 (Selasa)

INFO LANJUT

Untuk sebarang masalah atau pertanyaan lebih lanjut berkaitan Bantuan Asas Sara Hidup, sila ajukan kepada pihak berkuasa melalui talian, e-mel dan laman rasmi seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.

Leave a Comment