BANTUAN ASAS RAHMAH STR SARA 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Sepanjang tahun 2026, Kerajaan akan menyalurkan Bantuan Asas Rahmah (STR dan SARA) dengan melibatkan peruntukan sehingga RM15 billion khusus untuk rakyat dari golongan berpendapatan rendah seperti B40 dan M40 supaya dapat menampung kos sara hidup dari semasa ke semasa.
Bagaimanakah semakan status penerima Bantuan Asas Rahmah STR SARA? Ikuti panduan dan baca info lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN AM 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM150 & RM500)
PENGENALAN BANTUAN ASAS RAHMAH STR SARA
Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) adalah merupakan bantuan tambahan yang disalurkan kepada penerima Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) bertujuan untuk membantu menampung kos perbelanjaan keperluan asas setiap bulan.
CARA PENERIMAAN BANTUAN ASAS RAHMAH STR SARA
Cara penerimaan Bantuan STR dan Bantuan SARA adalah berbeza dilaksanakan seperti berikut :
| JENIS BANTUAN | CARA PENERIMAAN |
|---|---|
| Bantuan STR | Tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau kredit melalui akaun bank penerima |
| Bantuan SARA | Kredit melalui Kad Pengenalan penerima yang boleh digunakan untuk beli barang keperluan asas secara tanpa tunai (cashless) |
KADAR BANTUAN ASAS RAHMAH STR SARA 2026
Setiap kategori akan menerima Bantuan STR dan SARA dengan kadar yang berbeza seperti berikut :
- Isi Rumah B40 :
| JENIS BANTUAN | KADAR BAYARAN |
|---|---|
| Bantuan STR | Tiada anak : RM700 1-2 anak : RM1,200 3-4 anak : RM1,700 >5 anak : RM2,200 |
| Bantuan SARA | Daftar eKasih : RM2,400 atau Bukan eKasih : RM1,200 |
- Isi Rumah M40 :
| JENIS BANTUAN | KADAR BAYARAN |
|---|---|
| Bantuan STR | Tiada anak : RM200 1-2 anak : RM450 3-4 anak : RM700 >5 anak : RM950 |
| Bantuan SARA | RM1,200 |
- Warga Emas :
| JENIS BANTUAN | KADAR BAYARAN |
|---|---|
| Bantuan STR | RM600 |
| Bantuan SARA | Daftar eKasih : RM1,800 atau Bukan eKasih : RM600 |
- Bujang :
| JENIS BANTUAN | KADAR BAYARAN |
|---|---|
| Bantuan STR | Tiada |
| Bantuan SARA | Daftar eKasih : RM1,200 atau Bukan eKasih : RM600 |
JADUAL BAYARAN BANTUAN ASAS RAHMAH STR SARA
Pembayaran Bantuan Asas Rahmah (STR dan SARA) dilaksanakan mengikut tarikh yang dijadualkan seperti berikut :
| JENIS BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Bantuan STR | Fasa 1 : 20 Januari 2026 Fasa 2 : 10 Mac 2026 Fasa 3 : Belum diketahui Fasa 4 : Belum diketahui |
| Bantuan SARA | 9-16 Januari 2026 1 Februari 2026 1 Mac 2026 1 April 2026 1 Mei 2026 1 Jun 2026 1 Julai 2026 1 Ogos 2026 1 September 2026 1 Oktober 2026 1 November 2026 1 Disember 2026 |
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN ASAS RAHMAH 2026
Untuk tahu sama ada anda layak atau tidak terima bayaran Bantuan Asas Rahmah (STR dan SARA), ikuti panduan lengkap cara semakan online seperti berikut :
- Panduan Semakan Status Penerima Bantuan STR :
- Layari laman web rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login.
- Masukkan nombor Kad Pengenalan anda.
- Klik pada butang [Semak].
- Kata Kunci Keselamatan anda akan dipaparkan.
- Jika betul, klik pada butang [Ya].
- Masukkan Kata Laluan anda yang sah.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Profil permohonan anda akan dipaparkan.
- Terus ke bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan bayaran STR akan dipaparkan.
- Selesai.
- Panduan Semakan Status Penerima Bantuan SARA :
- Layari laman web rasmi SARA di sini : https://www.sara.gov.my/.
- Klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
- Tandakan pada kotak [Verify you are human].
- Tunggu pengesahan anda disahkan.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan bayaran SARA akan dipaparkan.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800
- Alamat E-mel : [email protected]
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/index.html.