BANTUAN ASAS RAHMAH 100 – SEMAK DUIT DALAM MYKAD ANDA SEGERA
Sedikit sebanyak Bantuan Asas Rahmah yang dikreditkan sebanyak RM100 dapat membantu menampung kos pembelian barangan keperluan asas seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.
Bagaimanakah semak duit Bantuan Asas Rahmah 100 masuk dalam MyKad? Ikuti penjelasan lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN IC RM100 SARA – SEMAK KELAYAKAN ANDA SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
JUMLAH DUIT BANTUAN ASAS RAHMAH DIMASUKAN
Setiap kategori akan menerima duit Bantuan Asas Rahmah sebanyak berikut :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH DUIT BANTUAN ASAS RAHMAH |
---|---|
Bujang | RM100 setiap seorang |
Isi Rumah | RM100 suami dan RM100 isteri |
Warga Emas | RM100 setiap seorang |
TARIKH DUIT BANTUAN ASAS RAHMAH MASUK
Berikut merupakan tarikh masuk duit Bantuan Asas Rahmah RM100 dan tarikh akhir guna :
TARIKH DUIT RM100 MASUK | TARIKH AKHIR GUNA RM100 |
---|---|
31 Ogos 2025 (Ahad) | 31 Disember 2025 (Rabu) |
CARA DUIT BANTUAN ASAS RAHMAH MASUK
Duit Bantuan Asas Rahmah RM100 akan dimasukkan kepada setiap seorang rakyat melalui cara berikut :
NEGERI PENERIMA | CARA DUIT BANTUAN ASAS RAHMAH RM100 MASUK |
---|---|
Semenanjung Malaysia | Dimasukkan secara tanpa tunai dalam akaun Kad Pengenalan (MyKad) penerima sekaligus (One-Off) |
Sabah, Sarawak dan W.P Labuan | Dimasukkan secara tanpa tunai dalam akaun Kad Pengenalan (MyKad) penerima sekaligus (One-Off) |
SEMAK DUIT BANTUAN ASAS RAHMAH 100
Berikut merupakan panduan cara semak sama ada duit Bantuan Asas Rahmah masuk dalam MyKad :
- Buka aplikasi App Store / Google Play di dalam telefon bimbit anda.
- Muat turun aplikasi ‘MyKasih‘ dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Anda akan dipaparkan dua (2) pilihan, iaitu :
- [Penghargaan SARA One-Off] dan
- [SARA Bulanan & Penghargaan SARA One-Off].
- Pilih [Penghargaan SARA One-Off] atau [SARA Bulanan & Penghargaan SARA One-Off].
- Anda akan dipaparkan ‘Welcome to the MyKasih App’.
- Tandakan pada ‘I have read and agreed’ di bawah.
- Kemudian, klik butang [CONTINUE].
- Klik pada butang [Check Eligibility & Balance] untuk mengetahui status duit dalam IC.
- Anda akan dibawa ke halaman ‘Semakan Status’.
- Masukkan nombor MyKad pada ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-).
- Tandakan pada butang [Verify you are human] dan klik [Semakan Status].
- Status Bantuan Asas Rahmah (SARA) Dalam MyKad akan dipaparkan.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) BANTUAN ASAS RAHMAH
Antara soalan-soalan lazim (faq) berkaitan Bantuan Asas Rahmah adalah :
- Adakah perlu kemukakan permohonan untuk terima Bantuan Asas Rahmah?
- Tidak perlu kemukakan sebarang permohonan kerana ianya diberikan secara automatik kepada yang layak.
- Siapakah layak terima Bantuan Asas Rahmah RM100 One-off?
- Rakyat Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas (sehingga 31 Julai 2025).
- Adakah rakyat berumur lebih 60 tahun juga layak terima Bantuan Asas Rahmah?
- Ya, ianya diberikan kepada rakyat dewasa berumur 18 tahun dan ke atas.
- Bagaimanakah cara guna Bantuan Asas Rahmah RM100 Dalam MyKad?
- Penerima perlu pilih barang keperluan asas di kedai terpilih dan tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima dan bayaran menggunakan MyKad.
RUJUKAN
Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah dirujuk daripada laman rasmi Bantuan Asas Rahmah (SARA). Oleh itu, sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan Asas Rahmah, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]