BANTUAN 2026 : SENARAI & SEMAKAN STATUS KELAYAKAN & PERMOHONAN

BANTUAN 2026 : SENARAI & SEMAKAN STATUS KELAYAKAN & PERMOHONAN

Pelbagai Inisiatif Kerajaan untuk membantu golongan B40 dan M40 dalam meringan beban kos sara hidup yang dihadapi, termasuk menyediakan bantuan tunai serta bantuan tanpa tunai untuk memenuhi keperluan asas penerima.

Bagaimanakah semakan senarai bantuan 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: BANTUAN TUNAI RAHMAH 2026 : SEMAKAN, PERMOHONAN, JUMLAH

BANTUAN 2026

SENARAI BANTUAN 2026

Bantuan Utama Kerajaan kepada golongan B40 dan M40 bagi tahun 2026 adalah seperti berikut:

  • Sumbangan Tunai Rahmah (STR); dan
  • Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN 2026

Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan 2026 mestilah terdiri daripada :

  1. Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
      menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

KADAR KELAYAKAN BANTUAN 2026

Jumlah Bantuan yang akan disalurkan kepada penerima yang layak adalah seperti berikut:

  • Isi Rumah Berpendapatan RM 2500 Kebawah
Bilangan AnakKadar STR
(Setahun)
Kadar SARA
(Setahun)
Total Keseluruhan
(STR + SARA)
Tiada Anak (0)RM700RM1,200RM1,900
Anak 1 hingga 2RM1,200RM1,200RM2,400
Anak 3 hingga 4RM1,700RM1,200RM2,900
Anak 5 ke atasRM2,200RM1,200RM3,400
  • Isi Rumah Berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000
Bilangan AnakKadar STR
(Setahun)
Kadar SARA
(Setahun)
Total Keseluruhan
(STR + SARA)
Tiada Anak (0)RM200RM1,200RM1,400
Anak 1 hingga 2RM450RM1,200RM1,650
Anak 3 hingga 4RM700RM1,200RM1,900
Anak 5 ke atasRM950RM1,200RM2,150
  • Warga Emas Tiada Pasangan
Kadar STR
(Setahun)
Kadar SARA
(Setahun)
Total Keseluruhan
(STR + SARA)
RM600RM600RM1,200
  • Bujang
Kadar STR
(Setahun)
Kadar SARA
(Setahun)
Total Keseluruhan
(STR + SARA)
RM600RM600

PERMOHONAN BANTUAN 2026

Permohonan STR & SARA 2026 adalah seperti berikut :

  1. Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Klik butang Permohonan Baharu bagi membuat Permohonan Baharu.
  3. Lengkapkan maklumat Permohonan.
  4. Pemohon hendaklah mengisi maklumat, pemohon, pasangan, anak, waris dengan tepat dan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  5. Klik butang TERUSKAN setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
  6. Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang Sahkan Captcha.
  7. Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/].
  8. Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan. Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan berikut akan dipaparkan:
    • Klik butang YA jika ingin membuat pendaftaran ID MySTR. Rujuk Panduan Pengguna Daftar MySTR 2026.
    • Klik butang KEMUDIAN jika tidak ingin membuat pendaftaran ID MySTR.
    • Klik butang CETAK jika ingin membuat cetakan salinan permohonan.
  9. Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan.
  10. Untuk semakan lulus atau tidak permohonan, semakan status boleh dilakukan di Portal yang sama.
  11. Selesai.

Untuk makluman, bantuan SARA akan disalurkan secara automatik kepada individu yang lulus dan penerima STR tanpa sebarang permohonan diperlukan.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN

Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online seperti berikut:

Semakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :

  1. Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
  3. Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR].
  4. Klik [Log Masuk dengan MyDigital ID] bagi yang ada akaun; atau
  5. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  6. Tekan pada butang [Log Masuk].
  7. Seterusnya, klik [Semak] untuk pengesahan Nombor Kad Pengenalan.
  8. ‘Frasa keselamatan’ akan dipaparkan.
  9. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  10. Masukkan kata laluan yang betul.
  11. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  12. [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
  13. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
  14. Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
  15. Selesai.

Semakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula
    • Tarikh Program Berakhir
    • Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
  9. Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
  10. Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
  11. ⁠Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) BANTUAN 2026

Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan bantuan 2026:

  1. Adakah semua bantuan 2026 memerlukan bantuan?
    • Tidak. Permohonan STR hanya diperlukan untuk penerima baharu, dan SARA tidak memerlukan permohonan kerana kelayakan secara automatik jika penerima layak STR.
  2. Bagaimanakah semakan kelayakan penerima bantuan 2026?
    • Anda boleh membuat semakan status kelayakan, kadar bayaran yang layak diterima di Portal Rasmi Bantuan (Portal SARA atau Portal MySTR).
  3. Adakah bantuan disalurkan ke akaun bank penerima.
    • Ya. Bantuan STR disalurkan terus ke akaun bank penerima, manakala SARA disalurkan secara tanpa tunai melalui MyKad penerima khusus untuk perbelanjaan barangan asas.
  4. Bagaimana jika status menunjukkan tidak lulus?
    • Jika anda memenuhi syarat kelayakan, anda boleh membuat rayuan bantuan dalam tempoh yang ditetapkan atau kemaskini maklumat peribadi jika tidak membuat kemaskini selama tiga tahun berturut-turut.
  5. Bilakah pengumum rasmi bantuan 2026 dihebahkan?
    • Pelaksanaan bantuan 2026 (STR dan SARA) dibentangkan dalam belanjawan 2026 baru-baru ini.

INFO LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Bantuan 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
  • Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
  • e-Mel : [email protected]
  • Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih
  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • e-Mel : [email protected]

Leave a Comment