BANTUAN 100 SEBULAN MYKAD 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

BANTUAN 100 SEBULAN MYKAD 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Kira-kira seramai 3.9 juta penerima yang telah menggunakan Bantuan dalam MyKad dan seramai 1.5 juta masih belum menggunakannya untuk pembelian barangan keperluan asas seperti barang dapur, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barang sekolah.

Bagaimanakah semak status penerima Bantuan 100 sebulan MyKad? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN MYKAD MADANI : SEMAK STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

CARA GUNA BANTUAN 100 SEBULAN MYKAD

Hanya penerima yang disahkan layak sahaja boleh menggunakan Bantuan dalam MyKad seperti berikut :

  1. Kunjungi kedai runcit atau pasaraya yang terpilih berhampiran anda.
  2. Pilih barangan keperluan asas yang anda ingin beli (mengikut barangan yang diluluskan).
  3. Di kaunter bayaran, berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima.
  4. Barangan yang dipilih akan diimbas oleh juruwang.
  5. Bayaran dengan menggunakan MyKad akan disahkan.
  6. Resit bayaran akan diberikan.

KRITERIA PENERIMA BANTUAN 100 SEBULAN MYKAD 2025

Bantuan RM100 sebulan yang dikreditkan dalam MyKad adalah khas untuk individu yang menepati kriteria seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Isi rumah berpasangan (ada / tiada anak) atau ibubapa tunggal (ada anak);
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori isi rumah.

JADUAL PENGKREDITAN BANTUAN 100 SEBULAN MYKAD 2025

Pengkreditan Bantuan RM100 dalam MyKad adalah pada tarikh yang dijadualkan seperti berikut :

TARIKH PENGKREDITANJUMLAH BANTUAN
1 April 2025RM100
1 Mei 2025RM100
1 Jun 2025RM100
1 Julai 2025RM100
1 Ogos 2025RM100
1 September 2025RM100
1 Oktober 2025RM100
1 November 2025RM100
1 Disember 2025RM100
*Nota : Penerima perlu menggunakannya sebelum 31 Disember 2025.

CARA SEMAK STATUS PENERIMA BANTUAN 100 SEBULAN MYKAD 2025

Berikut merupakan cara semak status penerima sama ada layak atau tidak Bantuan RM100 dalam MyKad :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Selesai.

Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].

  1. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
  2. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  4. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  7. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  8. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  10. Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
  11. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :

Leave a Comment