BANTUAN 100 MYKAD LOGIN 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Hampir semua rakyat Malaysia bakal menerima bayaran Bantuan dalam MyKad dengan jumlah sebanyak RM100 setiap seorang dan bantuan tersebut boleh digunakan untuk memenuhi keperluan asas seperti barang dapur dan keperluan harian sebagainya.
Bagaimanakah semakan status Bantuan 100 MyKad? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : CARA CEK MYKASIH : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN SARA
JUMLAH BAYARAN BANTUAN MYKAD 2025
Bantuan yang dibayar dalam MyKad adalah secara ansur setiap bulan dan secara sekaligus (tambahan) adalah mengikut jumlah berikut :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN BANTUAN MYKAD MISKIN TEGAR (SETIAP BULAN) | JUMLAH BAYARAN BANTUAN MYKAD BUKAN MISKIN (SETIAP BULAN) | JUMLAH BAYARAN BANTUAN MYKAD SEMUA RAKYAT (SEKALIGUS) |
---|---|---|---|
ISI RUMAH | RM100 – RM200 | RM100 | RM100 |
WARGA EMAS | RM100 – RM150 | RM50 | RM100 |
BUJANG | RM50 | – | RM100 |
TARIKH BAYARAN BANTUAN 100 MYKAD 2025
Berikut adalah tarikh bayaran Bantuan Dalam MyKad setiap bulan dan juga tarikh bayaran sekaligus :
JENIS PENERIMAAN | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Setiap bulan | 15/01/2025 (Rabu) 01/02/2025 (Sabtu) 01/03/2025 (Sabtu) 01/04/2025 (Selasa) 01/05/2025 (Khamis) 01/06/2025 (Ahad) 01/07/2025 (Selasa) 01/08/2025 (Jumaat) 01/09/2025 (Isnin) 01/10/2025 (Rabu) 01/11/2025 (Sabtu) 01/12/2025 (Isnin) |
Sekaligus | 31/12/2025 (Ahad) |
SEMAKAN STATUS BANTUAN 100 MYKAD LOGIN 2025
Ikuti panduan semakan status penerima Bantuan Dalam MyKad seperti berikut :
- Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kan dipaparkan.
- Selesai.
*Untuk semakan status penerima RM100 sekaligus adalah bermula pada 21 Ogos 2025.
KEGUNAAN BANTUAN 100 MYKAD 2025
Antara kegunaan Bantuan dalam MyKad adalah khas untuk pembelian barangan keperluan asas seperti berikut :
- Barang dapur (Contoh : Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera).
- Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
- Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
- Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
- Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, sabun cecair mandian dan tuala wanita).
- Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
- Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah dan alat tulis).
- Produk kebersihan rumah (Contoh : Sabun pencuci pinggan, sabun / serbuk pencuci pakaian dan pencuci lantai).
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.