BANTUAN 100 MYKAD 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Inisiatif Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dikreditkan dalam MyKad adalah bertujuan untuk membantu rakyat memenuhi keperluan asas serta mudah untuk menerima dan menggunakan bantuan tanpa tunai (cashless).
Bagaimanakah semakan status Bantuan 100 MyKad? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN STR FASA 3 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG
KADAR BANTUAN DALAM MYKAD 2025
Berikut merupakan kadar pengkreditan Bantuan Dalam MyKad :
| KELAYAKAN PENERIMA | ISI RUMAH | WARGA EMAS | BUJANG |
|---|---|---|---|
| Sedia ada (Daftar STR & eKasih) | RM200 setiap bulan | RM150 setiap bulan | RM50 setiap bulan |
| Sedia ada (Daftar STR sahaja) | RM100 setiap bulan | RM50 setiap bulan | – |
| Sedia ada dan baharu (Semua Rakyat) | RM100 sekali bayar | RM100 sekali bayar | RM100 sekali bayar |
TARIKH KREDIT BANTUAN MYKAD 2025
Pengkreditan Bantuan Dalam MyKad dilaksanakan mengikut tarikh berikut :
| JENIS PENERIMAAN | TARIKH KREDIT BANTUAN DALAM MYKAD |
|---|---|
| Setiap bulan | 15 Januari 2025 1 Februari 2025 1 Mac 2025 1 April 2025 1 Mei 2025 1 Jun 2025 1 Julai 2025 1 Ogos 2025 1 September 2025 1 Oktober 2025 1 November 2025 1 Disember 2025 |
| Sekali bayar | 31 Ogos 2025 |
SEMAKAN STATUS BANTUAN 100 MYKAD 2025
Bagi yang ingin mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan Dalam MyKad, ikuti panduan berikut :
- Sila layari Laman Portal Rasmi SARA di pautan ini : https://www.sara.gov.my/.
- Halaman utama ‘Penghargaan SARA ‘ akan dipaparkan.
- Sila klik pada butang [Semak Kelayakan] untuk semakan status kelayakan Sumbangan Asas Rahmah RM100One-off.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Masukkan Nombor MyKad pada ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-).
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status] di bawah.
- Status kelayakan anda akan dipaparkan.
- Selesai.
SEMAKAN BAYARAN BANTUAN 100 MYKAD 2025
Status bayaran Bantuan dalam MyKad boleh disemak seperti berikut :
- Buka aplikasi App Store / Google Play di dalam telefon bimbit anda.
- Muat turun aplikasi ‘MyKasih’ dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Anda akan dipaparkan dua (2) pilihan, iaitu [Penghargaan SARA One-Off] dan [SARA Bulanan & Penghargaan SARA One-Off].
- Pilih [SARA Bulanan & Penghargaan SARA One-Off].
- Anda akan dipaparkan ‘Welcome to the MyKasih App’.
- Tandakan pada ‘I have read and agreed’ di bawah.
- Kemudian, klik butang [CONTINUE].
- Klik pada butang [Check Eligibility & Balance] untuk mengetahui status.
- Anda akan dibawa ke halaman ‘Semakan Status’.
- Masukkan nombor MyKad pada ruangan yang disediakan tanpa (-) contoh : 800230113567.
- Tandakan pada butang [Verify you are human] dan klik [Semakan Status].
- Status dan bayaran Bantuan dalam MyKad akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.