BAKI BUDI95 : CARA SEMAK

BAKI BUDI95 : CARA SEMAK

BUDI95 atau rasminya BUDI MADANI RON95 adalah merupakan inisiatif subsidi petrol RON95 bersasar RM1.99 seliter yang dilancarkan bermula 30 September 2025 oleh Kerajaan Malaysia dan status kelayakan dan baki boleh disemak bermula 25 September 2025.

Status terkini kuota yang diberikan kepada setiap pemegang MyKad yang layak adalah sebanyak 300 liter dan boleh disemak melalui aplikasi-aplikasi syarikat minyak seperti Setel, CaltexGo, Petron, Touch n Go (TnG) dan sebagainya.

Ikuti maklumat lebih lanjut berkaitan BUDI95 dalam artikel ini.

BACA JUGA : SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA : SEMAKAN STATUS MYKASIH

BUDI95

PENGENALAN BUDI95

BUDI MADANI RON95 adalah sebuah inisiatif program penurunan harga minyak petrol RON95 daripada RM2.05 seliter kepada RM1.99 seliter dengan melaksanakan subsidi secara bersasar kepada rakyat Malaysia yang benar-benar layak tanpa mengira tahap pendapatan.

Pelaksanaan BUDI95 adalah bertujuan untuk memastikan subsidi yang disampaikan ini benar-benar samapai kepada rakyat Malaysia tanpa sebarang ketirisan. Selain itu juga, ianya demi mengelakkan berlaku pembaziran subsidi.

Bawah Program BUDI95 :

  • Harga subsidi untuk rakyat Malaysia yang layak RM1.99 seliter.
  • Dilaksanakan bermula 30 September 2025.
  • Kuota subsidi setiap bulan 300 liter setiap penerima.
  • Rakyat Malaysia yang berumur 16 tahun dan ke atas serta mempunyai lesen memandu yang sah dan aktif.

CARA SEMAK BUDI95

Tiga (3) cara semak status kelayakan BUDI95 :

  1. Portal Rasmi : https://www.budi95.gov.my/.
  2. Aplikasi syarikat minyak : Setel / CaltexGo / Petron / Touch n Go.
  3. Stesen minyak terdekat.

*Hanya perlu memasukkan nombor Kad Pengenalan untuk semakan.

Bermula 30 September 2025, Baki subsidi akan dipaparkan secara harian.

BUDI95

CARA SEMAK BAKI BUDI95 MELALUI PORTAL RASMI

  1. Layari Portal Rasmi BUDI95 di sini : https://www.budi95.gov.my/.
  2. Klik pada butang [Semak Kelayakan Individu].
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada ruangan yang disediakan.
  4. Sahkan [Verify as human].
  5. Klik pada butang [Semak Kelayakan].
  6. Status kelayakan dan baki subsidi akan dipaparkan (jika layak).
  7. Selesai.

Setiap 1 hari bulan, kuota subsidi 300 liter sebulan akan diperbaharui secara automatik.

CARA SEMAK BAKI BUDI95 MELALUI APLIKASI

Semakan Baki Melalui Aplikasi Setel

  1. Muat turun aplikasi Setel di Google Play Store / Apple App Store / Huawei App Gallery.
  2. Daftarkan akaun anda mengikut maklumat yang diperlukan.
  3. Sahkan akaun anda dengan proses verifikasi (Mykad dan swafoto).
  4. Klik pada ikon [BUDI95].
  5. Klik pada butang [Check Eligibility].
  6. Status kelayakan dan baki kuota subsidi akan dipaparkan (jika layak).
  7. Selesai.

Semakan Baki Melalui Aplikasi Touch n Go

  1. Muat turun aplikasi Touch n Go dalam telefon pintar anda.
  2. Daftarkan akaun anda.
  3. Sahkan akaun dengan verifikasi maklumat anda dengan tepat.
  4. Klik pada ikon [BUDI95].
  5. Status kelayakan dan baki kuota akan dipaparkan secara automatik.
  6. Selesai.

Selain itu, anda boleh semak baki subsidi pada resit yang diberikan distesen minyak selepas anda membuat pembelian minyak dengan subsidi.

BAKI BUDI95

KADAR KUOTA SUBSIDI RON95

Ingin tahu berapa penjimatan yang dapat jika isi minyak dengan subsidi BUDI95? Sila lihat contoh kiraan di bawah :

  • Jika anda isi minyak petrol RON95 dengan harga RM50, harga di pam akan dipaparkan sebanyak RM65.33. Namun, anda hanya perlu membayar RM50 sahaja dan paparan harga tersebut adalah harga pasaran tanpa subsidi.

Anda akan jimat sebanyak RM15.33 jika isi minyak dengan subsidi BUDI95.

Secara puratanya, jika anda biasa mengisi minyak RM50 setiap kali isian penuh, dengan kuota 300 liter sebulan, anda boleh mengisi sebanyak 11 kali iaitu bersamaan RM597 sebulan.

Namun, jika anda mengisi lebih dari kuota subsidi 300 sebulan, anda perlu membayar harga minyak mengikut harga pasaran tanpa subsidi iaitu RM2.60 seliter.

JUMLAH ISIAN
(LITER)
HARGA RON95
SUBSIDI
(RM1.99 SELITER)
HARGA RON95
TANPA SUBSIDI
(RM2.60 SELITER)
5.025 literRM10RM13.07
25.125 literRM50RM65.33
50.251 literRM100RM130.65

SOALAN LAZIM BUDI95

  1. Berapakah jumlah kuota subsidi BUDI95 yang diberikan setiap penerima?
    • Setiap penerima diberikan kuota subsidi sebanyak 300 liter setiap bulan.
  2. Bagaimanakah jika kuota subsidi habis digunakan?
    • Penerima perlu membayar minyak tanpa subsidi iaitu RM2.60 seliter.
  3. Adakah setiap kali isian minyak, penerima perlu membuat pengesahan guna MyKad?
    • Ya, namun sekiranya penerima menggunakan aplikasi untuk isi minyak, penerima hanya perlu buat pengesahan sekali sahaja.
  4. Bolehkah penerima membuat pembelian minyak dengan subsidi lebih sekali dalam sehari?
    • Ya boleh, tiada sekatan yang ditetapkan pada setiap hari.
  5. Dimanakah stesen minyak yang boleh tebus subsidi BUDI95?
    • Di semua stesen minyak Malaysia seperti Petronas, Caltex, Shell, Petron dan sebagainya.

INFO LANJUT

Informasi yang kami sediakan dalam artikel ini adalah dirujuk daripada portal rasmi BUDI95. Sekiranya anda mempunyai masalah atau pertanyaan lanjut, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Talian Khidmat Pelanggan BUDI MADANI : 1300-88-9595
  • Talian ChatBox : +603-2631 4595

Leave a Comment