BAJET 2026 PENJAWAT AWAM : BONUS, KENAIKAN GAJI, BANTUAN

BAJET 2026 PENJAWAT AWAM : BONUS, KENAIKAN GAJI, BANTUAN

Tentunya dalam Belanjawan / Bajet 2026 yang akan dibentangkan esok (10 Oktober 2025) terdapat juga pelbagai manfaat yang akan diberikan kepada Penjawat Awam seperti bonus, kenaikan gaji, bantuan kewangan dan sebagainya seperti tahun sebelum ini.

Pelbagai manfaat diberikan kepada Penjawat Awam adalah untuk meringankan bebanan dan meningkatkan taraf perkhidmatan kerajaan. Bagi Belanjawan 2026, Kerajaan mengfokuskan kepada tonggak utama untuk memperbaiki kualiti hidup rakyat melalui subsidi, modal insan dan tadbir urus yang baik.

Ikuti maklumat lebih lanjut berkaitan Bajet 2026 bagi Penjawat Awam di bawah.

BACA JUGA : BAYARAN STR FASA 4 2025 : SEMAKAN STATUS  & JUMLAH BANTUAN

PENGENALAN BAJET 2026

Belanjawan / Bajet adalah merupakan satu rancangan kewangan tahunan yang dirangka oleh Kerajaan dalam menguruskan pendapatan (hasil) negara dan perbelanjaan negara untuk rakyat, pembangunan infrastruktur dan sebagainya dalam tempoh satu (1) tahun.

Setelah Bajet selesai dirangka, Perdana Menteri akan membentangkan kepada semua rakyat melalui siaran langsung dari Dewan Rakyat supaya rakyat dapat mengetahui apa rancangan Kerajaan terhadap Belanjawan negara pada tahun seterusnya.

TUJUAN RANCANGAN BAJET 2026

Berikut merupakan tujuan perancangan bajet yang dirangka oleh Kerajaan adalah untuk :

  • Merancang Perbelanjaan Kerajaan :
    • Perbelanjaan Kerajaan dapat dibahagikan untuk pendidikan, kesihatan, keselamatan, pembangunan infrastruktur lebih teratur dan bantuan-bantuan untuk rakyat.
  • Menentukan Hala Tuju Sumber Pendapatan :
    • Sumber pendapatan negara dapat ditentukan daripada hasil cukai, minyak dan gas, duti import dan sebagainya.
  • Penstabilan Ekonomi Negara :
    • Perbelanjaan dan sumber teratur dapat mengawal inflasi negara, mengurangkan kadar pengganguran serta meningkatkan pertumbuhan ekonomi yang baik.
  • Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat :
    • Penyaluran bantuan kewangan, pemberian subsidi dan pembangunan ekonomi dapat membantu rakyat Malaysia yang memerlukan.

TEMA BAJET 2026

Tema utama Bajet / Belanjawan 2026 yang dirangka oleh Kerajaan MADANI bagi tahun 2026 adalah “Memacu Ekonomi MADANI : Memperkasa Rakyat” dengan tumpuan kepada tiga (3) tonggak utama, iaitu :

  1. Menaikkan Siling Pertumbuhan Negara :
    • Menjana kesan berganda merentasi rantai ekonomi.
    • Penggerakkan strategi untuk tranformasi industri Malaysia.
    • Penyesuaian insentif untuk tingkatkan daya tarik pelaburan.
  2. Menaikkan Lantai Taraf Hidup Rakyat :
    • Reformasi pasaran buruh.
    • Sistem penjagaan kesihatan yang saksam dan mampan.
    • Perkasakan mekanisme bantuan sosioekonomi rakyat.
    • Reformasi sektor pendidikan untuk menjana ekonomi inklusif yang berdaya saing pada masa depan.
    • Merapatkan jurang bandar dan luar bandar.
    • Memperkasakan semua golongan untuk menyertai ekonomi yang berkembang.
  3. Memacu Pembaharuan dan Tatakelola :
    • Memodenkan kewangan awam melalui teknologi.
    • Mengukuhkan integriti dan tadbir urus fiskal.
    • Meningkatkan GovTech dan perkhidmatan awam.
    • Reformasi perkhidmatan awam untuk kerajaan masa depan.

TARIKH PEMBENTANGAN BAJET 2026 PENJAWAT AWAM

Perdana Menteri Malaysia Ke-10 iaitu YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membentangkan Bajet 2026 di Dewan Rakyat dan akan disiarkan secara langsung [Live] melalui siaran televisyen dan laman rasmi pada tarikh dan masa seperti berikut :

TARIKH PEMBENTANGANMASA SIARAN
10 Oktober 2025 (Jumaat)Bermula 3:00 petang
Rakyat boleh juga menontot siaran langsung melalui https://belanjawan.mof.gov.my.

BAJET 2026 PENJAWAT AWAM

Pembentangan Bajet 2026 adalah merupakan tahun keempat (4) bagi Kerajaan MADANI dan merupakan yang pertama (1) dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) / Pelan Malaysia Ke-13 (13MP).

Berdasarkan PraBelanjawan dan ramalan terkini, maklumat intipati di bawah mungkin berubah apabila teks penuh dibentangkan pada 10 Oktober 2025 nanti, antara intipati Bajet 2026 adalah :

  1. Subsidi Terarah dan Bantuan Sosial :
    • Peralihan subsidi menyeluruh kepada lebih bersasar supaya bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan.
    • Bantuan tunai seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STr) dijangka akan diteruskan dan diperluaskan.
  2. Pembangunan Modal Insan :
    • Program latihan semula dan kenaikan kemahiran (reskilling / upskilling).
    • Peningkatan dalam pendidikan dan mungkin digitalisasi pendidikan.
  3. Peningkatan Infrastruktur & Sokongan Komuniti :
    • Projek infrastruk besar, termasuk di Sabah dan Sarawak dan prasarana luar bandar.
    • Perkhidmatan awam dan sistem kesihatan yang lebih baik, akses yang lebih baik kepada rakyat.
  4. Reformasi & Takbir Urus Lebih Baik :
    • Penekanan kepada ketelusan, kecekapan, mengurangkan pembaziran.
    • Pemerkasaan sistem pengurusan kewangan awam, mungkin langkah-langkah untuk memperkukuh perundangan, memperkemas prosedur kerajaan.
  5. Pendapatan Negara & Fiskal :
    • Usaha untuk menambah baik kutipan hasil tanpa membebankan rakyat secara langsung (contoh : cukai baru yang lebih tersasar).
    • Potensi kenaikan cukai ke atas alkohol / tembakau dan pengenalan / pelaksanaan cukai karbon sebagai sebahagian daripada usaha hijau / tenaga bersih.

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kami hanya berkongsikan maklumat yang dirujuk daripada kenyataan media rasmi Kementerian Kewangan untuk memudahkan carian ramai. Untuk maklumat lebih terperinci, sila rujuk di kenyataan ini : https://mof.gov.my/portal/ms/berita/siaran-media/kenyataan-prabelanjawan-2026.

Leave a Comment