BAJET 2026 : BONUS, PENJAWAT AWAM, STR, BANTUAN, PTPTN

BAJET 2026 : BONUS, PENJAWAT AWAM, STR, BANTUAN, PTPTN

YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim telah selesai membentangkan Belanjawan (Bajet) untuk tahun 2026 di Dewan Rakyat pada 10 Oktober 2025 secara siaran langsung melalui media massa di seluruh Malaysia dan boleh juga diakses melalui siaran langsung [Live] di laman rasmi https://belajawan.mof.gov.my.

Dalam Belanjawan 2026, Kerajaan telah membentangkan tonggak utama dalam menaikkan siling, menaikkan lantai serta memancu reformasi Malaysia dalam usaha ke arah memperbaiki kualiti hidup rakyat dan pembangunan inklusif seperti moto Kerangka Ekonomi MADANI.

Ikuti perkongsian lebih lanjut berkaitan Bajet Belanjawan 2026 serta intipati yang telah diumumkan.

BACA JUGA : TARIKH BELANJAWAN 2026 : PENJAWAT AWAM, BONUS, BANTUAN, STR, PTPTN

BAJET 2026

APA ITU BAJET 2026?

Bajet atau Belanjawan adalah merupakan pembentangan Belanjawan MADANI yang keempat oleh YAB Datuk Sri Anwar Ibrahim dalam mentadbir urus Kerajaan ke arah penambahbaikan ekonomi dan sistem sosial Malaysia.

Belanjawan tahun 2026 adalah merupakan yang pertama dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) atau Pelan Malaysia Ke-13 (13M)) yang merupakan penanda permulaan fasa pembangunan baharu negara bagi tempoh 2026 sehingga 2030.

Oleh itu, Bajet Belanjawan ini dirangka untuk memperkukuhkan dan mempercepatkan agenda reformasi ekonomi dan penambahbaikan dalam sistem sosial. Selain itu, pencapaian ekonomi Malaysia pada tahun 2025 diambil kira sebagai panduan utama kerajaan bagi tahun 2026.

BAJET 2026

TARIKH BAJET 2026 DIBENTANGKAN

Perdana Menteri Malaysia iaitu YAB Datuk Sri Anwar Ibrahim telah membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat pada 10 Oktober 2025 bermula jam 4.00 petang dan boleh disaksikan melalui siaran lasung TV3, RTM, Astro Awani dan pelbagai platform siaran langsung [LIVE].

KENYATAAN BAJET 2026

Siri Keempat (4) Belanjawan MADANI 2026 dirangka untuk meneruskan ‘Kerangka Ekonomi MADANI dalam memulihkan daya tahan fiskal, mengukuhkan asas ekonomi dan mengangkat darjat hidup rakyat Malaysia ke arah lebih baik.

Berdasarkan Ucapan Beliau, Belanjawan 2026 menekankan tiga (3) tonggak utama dalam Prinsip Ekonomi MADANI, iaitu :

  1. Menaikkan Siling Pertumbuhan Negara :
    • Jana kesan berganda merentasi rantaian ekonomi.
    • Mengerakkan strategik untuk transformasi industri Malaysia.
    • Penyesuaian insentif untuk meningkatkan daya tarik pelaburan.
  2. Menaikkan Lantai Taraf Hidup Rakyat :
    • Reformasi pasaran buruh.
    • Sistem penjagaan kesihatan yang saksam dan mampan.
    • Perkasakan mekanisme bantuan sosioekonomi rakyat.
    • Reformasi sektor pendidikan untuk menjana ekonomi inklusif yang berdaya saing pada masa depan.
    • Merapatkan jurang bandar dan luar bandar.
    • Memperkasakan semua golongan untuk menyertai ekonomi yang berkembang.
  3. Memacu Pembaharuan dan Tatakelola yang Baik :
    • Memodenkan kewangan awam melalui teknologi.
    • Mengukuhkan integriti dan tadbir urus fiskal.
    • Meningkatkan GovTech dan perkhidmatan awam.
    • Reformasi perkhidmatan awam untuk kerajaan masa depan.

INTIPATI BAJET 2026

Antara intipati utama Belanjawan 2026 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah :

1. Untuk Industri & Usahawan

  • Kemudahan pinjaman dan jaminan kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM50 billion untuk usahawan tempatan, (peningkatan daripada RM40 bilion tahun 2025).
  • Usahawan bumiputera di bawah Skim Jaminan SJPP akan diberikan peruntukan sebanyak RM10 billion daripada keseluruhan RM30 bilion dana jaminan.
  • Bagi kontraktor G1 hingga G4 bumiputera diberikan peruntukan sehingga RM2.4 billion.
  • RM40 juta diperuntukkan untuk peningkatan skala syarikat bumiputera berpotensi tinggi.
  • Tawaran pinjaman mudah RM500 juta oleh EXIM Bank bagi syarikat yang terkesan oleh ketegangan tarif perdagangan global.
  • Hampir RM1 billion disediakan bagi Institusi kewangan pembangunan (DFI) pembiayaan dan geran bagi mendukung automasi serta pendigitalan proses perniagaan.
  • Peruntukan RM20 juta bagi syarikat pemula (start-up) untuk menghasilkan produk mekanisasi dan automasi, melalui kerjasama MPOB dan pemain industri sawit utama.
  • Geran Pembangunan Pasaran MATRADE bernilai RM60 juta bagi membantu PMKS menembusi pasaran baharu termasuk Afrika, Amerika Latin dan Asia Tengah.
  • Sebanyak RM180 juta daripada Dana Pembangunan Industri NIMP disediakan bagi membiayai projek berimpak tinggi.

2. Untuk Sektor Pertanian

  • Untuk membela nasib pekebun kecil peruntuk sebanyak RM120 juta.
  • Subsidi dan bantuan pesawah sebanyak RM2.62 billion.
  • Untuk penyelenggaraan dan pembinaan jalan ladang di seluruh negara diperuntukan sebanyak RM50 juta.
  • Untuk Peniaga kecil Tamu Desadi Sabah dan Sarawak RM20 juta disediakan.

3. Pembangunan Infrastruktur

  • Projek Pan Borneo Sabah diteruskan mengikut jadual dengan peruntukan RM1.67 billion.
  • Sarawak–Sabah Link Road (SSLR) Fasa 1dijangka siap November 2026, dan SSLR Fasa 2 siap pertengahan 2029.
  • Projek lebuh raya Sabah dan Sarawak melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM48 bilion.
  • Peruntukan RM2.3 billion untuk Pembangunan lapangan terbang Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Tawau dan Miri dan dijangka siap tahun 2028.
  • Projek Talian Penghantaran Southern Link untuk mengatasi gangguan bekalan elektrik di Sabah melibatkan peruntukan sebanyak RM765 juta.
  • Untuk Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI (SALAM) sepanjang 3,190 km bagi menjamin kesalinghubungan digital antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung diperuntukan sebanyak RM2 billion.
  • Peruntukan pembangunan Sabah meningkat kepada RM6.9 bilion, dan Sarawak sebanyak RM6 bilion.

4. Untuk Pentadbiran & Keselematan Negara

  • Bagi penyelenggaraan dan perolehan aset pertahanan, termasuk dua kapal Multi Role Support Ship (MRSS) dan 10 kenderaan baharu MALBATT diperuntukan sebanyak RM6 billion.
  • RM21.7 bilion kepada MINDEF dan RM21.2 bilion kepada KDN.
  • Lebih RM700 juta diperuntukkan untuk meningkatkan keupayaan SPRM, PDRM, KPDN, JKDM dan MyCC melalui latihan serta perolehan aset.
  • Setem cukai digital dengan ciri keselamatan baharu untuk membendung pemalsuan dan ketirisan di pintu masuk negara akan diperkenalkan oleh JKDM.
  • Potongan cukai Pendapatan diberikan kepada enyumbang tunai program pencegahan rasuah.

5. Penggunaan Teknologi Hijau

  • RM150 disediakan oleh Dana Peralihan Tenaga Negara (NETR) untuk memperkukuh pelaburan tenaga boleh diperbaharui.
  • Syarikat yang menggunakan Teknologi Hijau Tempatan / status MyHIJAU Mark akan mendapatan Elaun Cukai Pelaburan Aset Hijau 100%.
  • Peruntukan sebanyak RM10 juta diteruskan untuk Aktiviti pemetaan sumber nadir bumi.

6. Digitalisasi & Inovasi

  • SKMM akan membangunkan Sovereign AI Cloud dengan pelaburan sebanyak RM2 bilion.
  • RM53 juta diberikan melalui Geran Pecutan Digital Malaysia untuk mempercepat penggunaan AI, blockchain dan komputer kuantum.
  • Menjelang akhir 2025, Kerajaan menyasarkan peningkatan pengguna MyDigital ID kepada 15 juta pengguna.
  • Kerangka Insentif Baharu Berasaskan Keberhasilan (OBI Framework) dilaksanakan sepenuhnya bermula pada suku pertama 2026 untuk sektor perkilangan dan suku kedua bagi sektor perkhidmatan.
  • Peruntukan sebanyak RM15 juta disediakan bagi penganjuran Malaysia Techlympics, Minggu Sains Negara, Rehlah Sains dan Science on Wheels.

7. Bantuan Untuk Rakyat

  • Bayaran Bantuan STR Fasa 4 diawalkan kepada 18 Oktober (sempena Deepavali).
  • Peningkatan peruntukan STR dan SARA daripada RM13 billion kepada RM15 billion.
  • 9 juta penerima STR akan terima SARA RM100 setiap bulan sehingga RM1,200 setahun.
  • 1 juta penerima e-Kasih akan terima SARA RM200 setiap bulan sehingga RM2,400 setahun.
  • Kategori BujangRM50 setiap bulanmelaluiSARAsehinggaRM600 setahun.
  • Penghargaan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) sebanyak RM100akan diberikan semula pada pertengahan Februari 2026 kepada 22 juta rakyat berumur 18 tahun ke atas.
  • Jualan dan Payung Rahmah diperbanyakan di seluruh DUN dengan peruntukan sebanyak RM1 billion.
  • Subsidi & Penyasaran bersasar :
    • 10 juta rakyat menikmati harga petrol RON95 RM1.99 seliter.
    • RM200 sebulan diberikan untuk pengguna Diesel (pemilik individu, petani dan pekebun kecil).
  • Bantuan JKM diperuntukan sebanyak RM3.1 billion kepada 560,000 penerima termasuk OKU dan warga emas.
  • Untuk memperhebatIkhtiar MADANI Untuk Rakyat, peruntukan diberikan sebanyak RM1 billion.
  • Bagi Ikhtiar Perkhidmatan Bergerak MADANI pula, peruntukan diberikan sebanyak RM110 jutauntuk memastikan masyarakat luar bandar menerima perkhidmatan kerajaan.
  • Program Sejati MADANI diperluas melibatkan golongan muda dalam peningkatan pendapatan komuniti.
  • Sebanyak 500 kampung akan dijadikan Kampung Angkat MADANIdan1,500 sekolah dengan penyertaan sektor swasta akan dijadikan Sekolah Angkat MADANI.
  • Solar MADANIdiperluas ke seluruh negara.
  • Potongan cukai pendapatan diberikan kepada syarikat dan individu yang menyumbang kepada Program MADANI.

8. Perkhidmatan & Kemudahan Awan

  • RM25 juta diberikan kepada Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) untuk pendigital urusan kerajaan dan inovasi baharu.
  • Pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya bagi peringkat libat urus.
  • Akta Pelindungan Pengguna akan dipinda dengan Lemon Law untuk melindungan pengguna.
  • Peruntukan untuk perkukuh Institusi Parlimen diberikan peruntukan sebanyak RM220 juta dan RM5 juta untuk Jawatankuasa Pilihan Khas serta RM15 juta untuk APPGM.
  • Penyelenggaraan aset kedutaan disediakan peruntukan sebanyak RM31.5 juta.
  • Pada November 2025 UTC ke-24 akan dilancarkan di Sebarang Perai
    , dengan RM76.6 juta bagi menaik taraf kemudahan lebih mesra rakyat.

9. Manfaat Untuk Penjawat Awam

  • Kemudahan pengeluaran awal GCR bagi penjawat awam untuk tujuan menunaikan haji dan terhad kepada penebusan RM10,000.
  • Pembiayaan LPPSA :
    • Had kelayakan maksimum dinaikkan sehingga RM1 juta.
    • Pembiayaan kali ke-2 dipermudahkan tanpa perlu menyelesaikan pembiayaan pertama.
  • Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada semua penjawat awam gred 15 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak dan RM250 kepada semua pesara kerajaan (disalurkan pada awal Mac 2025).
  • Sumbangan Khas RM500 kepada guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut.

DASAR EKONOMI MENUJU 2026

Berdasarkan dalam separuh pertama tahun 2025, kita dapat lihat ekonomi Malaysia berada dalam landasan yang kukuh mengikut kadar peningkatan berikut :

  • Perkembangan KDNK (Q1 2025) sebanyak 4.4% dan unjuran tahunan antara 4.0% sehingga 4.8% dengan dorangan utama oleh permintaan domestik dan pelaburan swasta.
  • Kadar Inflasi terkawal sekitar 1.1% pada bulan Jun 2025 dan ianya menjadikan Malaysia antara negara yang inflasi terendah dalam rantau asia.
  • Jumlah pengganguran pada bulan Mei 2025 telah menurun ke paras 3.0% dan menghampiri status guna tenaga penuh.
  • Sejajar dengan jangkaan sederhana Kerajaan bahawa Defisit fiskal akan susut kepada 3.8% KDNK untuk tahun 2025.
  • Ringgit Malaysia meningkat berbanding dolar AS dalam beberapa suku kebelakangan dengan sokongan aliran pelaburan masuk dan pengukuhan asas makroekonomi.

PENCAPAIAN UTAMA BAJET 2025

Sebelum memasuki Belanjawan 2026, Kerajaan telah mencapai target utama sepanjang tahun 2025 seperti berikut :

A. Pelaburan Diluluskan :

  • Mencapai rekod pelaburan tertinggi dua (2) tahun berturut-turut iaitu :
    • RM384.4 billion pada tahun 2024 dan suku pertama 2025 pelaburan naik 3.7% kepada RM89.9 billion.

*Ia menunjukkan keyakinan pelabur terhadap dasar ekonomi Malaysia.

B. Penarafan Kredit Malaysia :

  • Kekal stabil pada tahap baik.
    • Disebabkan oleh sistem bank yang stabil, hutang kerajaan terkawal, ekonomi yang kukuh dan pelbagai.

C. Daya Saing Global :

  • Malaysia naik ke tangga 11 (kedudukan terkini 23 daripada 69 negara).
    • Satu-satunya negara dengan lonjakan dua (2) digit sejak 2020 dan sasaran kepada Top 12 dalam dunia menjelang 2033.

D. Program GEAR-UP

  • RM11 billion pelaburan domestik digerakkan ke sektor semikonduktor dan tenaga baharu
    • Dengan menjanjikan gaji minimum RM3,100 kepada 153,000 pekerja.

E. Subsidi dan Bantuan Sosial :

  • Subsidi dilaksanakan secara bersasar supaya lebih adil kepada rakyat dan penjimatan tersebut dapat diberikan kepada rakyat dalam bentuk bantuan.
  • Peruntukan STR dan SARA ditambah daripada RM10 billion kepada RM15 billion.
  • Bantuan Tambahana diberikan sekaligus sebanyak RM100 kepada rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.

F. Langkah Tingkatkan Hasil Negara :

  • Cukai asas diperluaskan.
  • Cukai jualan, cukai perkhidmatan, guna e-invios, TIn dan cukai minimum global ditambah.

G. Pembangunan Infrastruktur :

  • LRT3, ETS ke Johor Bahru (Hampir siap).
  • ECRL, RTS LInk Johor -Singapura, Lebuhraya bertingkat Juru-Sungai Dua.
  • Hospital Sultanah Aminah 2.
  • RTB Kota Bharu (Projek Banjir).
  • Lebuhraya Pan Borneo, Loji Air Sarawak, Pencawang elektrik Paitan Sabah.

Pencapaian di atas adalah hasil pelaksanaan dan dasar strategik dan akan diteruskan untuk Kerangka Ekonomi MADANI dalam Belanjawan 2026.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lebih lanjut dan terperinci berkaitan Teks Ucapan Belanjawan 2026, anda boleh lihat di sini : https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&opi=89978449&url=https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2026/ucapan/ub26.pdf&ved=2ahUKEwiCwNTm5JmQAxUUWXADHTdCD_kQFnoECB0QAQ&sqi=2&usg=AOvVaw396g76mXoXyiHU5u2UX4c9.

Leave a Comment