APA ITU SUBSIDI RON95 : SEMAK SYARAT KELAYAKAN & CARA TEBUS/CLAIM/GUNA

APA ITU SUBSIDI RON95 : SEMAK SYARAT KELAYAKAN & CARA TEBUS/CLAIM/GUNA

Kerajaan akan melaksanakan subsidi harga petrol RON95 yang akan memanfaatkan hampir 16 juta pemandu kereta dan penunggang motosikal yang layak, sebagai inisiatif untuk membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat serta mengelakkan ketirisan.

Apa itu subsidi ron95? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAK KELAYAKAN SUBSIDI PETROL (RON95)

APA ITU SUBSIDI RON95

APA ITU SUBSIDI RON95?

Subsidi petrol RON95 atau pengurangan harga petrol RON95 bakal dilaksanakan oleh Kerajaan dibawah Program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) untuk rakyat Malaysia yang layak.

Bantuan ini bertujuan untuk melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga minyak di pasaran global dan dapat menikmati harga petrol RON95 dengan lebih rendah berbanding harga pasaran. Subsidi khas ini boleh dinikmati dengan menggunakan MyKad sebagai pengesahan kelayakan semasa pengisian minyak.

SIAPA YANG LAYAK?

Kelayakan penerima Subsidi RON95 adalah seperti berikut:

  • Semua Warganegara Malaysia;
  • Berusia 16 tahun dan ke atas;
  • Tiada had pendapatan (semua layak);
  • Memiliki lesen memandu yang SAH berdaftar JPJ;
  • Lesen memandu yang aktif (masih SAH);
  • Had penggunaan 300 liter sebulan untuk setiap individu.

Catatan : Pastikan MyKad anda dapat digunakan dan tidak berlaku kerosakan pada cip untuk membuat pengesahan.

JUMLAH BANTUAN SUBSIDI

Melalui pelaksanaan subsidi petrol ini, penerima yang layak akan menikmati subsidi RON95 / diesel daripada RM2.06 seliter (harga terkini) KEPADA RM1.99 seliter yang bakal dilaksanakan bermula hujung bulan September.

Penerima yang layak boleh menggunakan petrol RON95 ini sehingga 300 liter sebulan. Namun, pemandu e-hailing dikecualikan daripada had berikut serta boleh memohon untuk had lebih tinggi.

KENAPA SUBSIDI RON95 DIPERKENALKAN?

Pelbagai manfaat yang dapat diperoleh melalui pelaksanaan subsidi bersasar Petrol RON 95, antaranya :

  • Meringankan beban kos sara hidup rakyat yang memerlukan (berpendapatan rendah dan sederhana);
  • Mengekang ketirisan subsidi (daripada warga asing atau golongan tidak layak) atau penyeludupan yang mengelak daripada membayar cukai;

CARA TEBUS MENGGUNAKAN MYKAD

Berikut merupakan langkah-langkah penggunaan subsidi ron95 :

  1. Bawa MyKad dan Kunjungi Stesen Minyak berdekatan anda.
  2. Letakkan MyKad di terminal pembaca MyKad yang disediakan di Kedai Stesen Minyak dan Terminal Pam Minyak untuk pengesahan kelayakan penerima;
  3. Jika ingin mengelakkan kesesakan, anda juga boleh buat semakan pengesahan kelayakan pada aplikasi TouchNGo atau Aplikasi syarikat Minyak sebelum mengisi petrol.
  4. Kelayakan anda akan disahkan, jika anda layak paparan dalam Sistem akan menunjukkan anda layak menerima harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter.
  5. Isi minyak RON95 seperti biasa.
  6. Kemudian bayar mengikut liter secara tunai, atau kad kredit/debit.
  7. Selesai.

APA SENARAI STESEN MINYAK UNTUK TEBUS SUBSIDI RON95

Pelbagai stesen minyak yang boleh tebus subsidi, dan antaranya adalah:

  • Petronas;
  • Shell;
  • Petron;
  • BHP;
  • Caltex;

BILAKAH PELAKSANAAN?

Pelaksanaan penyasaran Subsidi minyak Petrol RON95 dengan kadar RM1.99 seliter akan berkuatkuasa pada penghujung bulan iaitu pada 30 September 2025 (Selasa).

Namun, sebelum tarikh pelaksanaan, warga polis dan tentera akan mula menikmati subsidi RM1.99 seliter ini bermula 27 September 2025 (Sabtu), manakala Penerima STR 2025, akan menikmati bermula 28 Septmber 2025.

SOALAN LAZIM (FAQ) APA ITU SUBSIDI RON95

Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SUBSIDI RON95:

  1. Siapa yang layak terima subsidi RON95?
    • Warganegara Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan.
  2. Bagaimana jika MyKad rosak atau tidak boleh digunakan?
    • Apa beza harga RON95 subsidi dan tanpa subsidi?
  3. Adakah perlu berdaftar untuk tebus subsidi ron95?
    • Tidak. Jika anda memenuhi syarat kelayakan, semakan pengesahan boleh dibuat menggunakan MyKad.
  4. Bilakah program ini akan dilaksanakan?
    • Program ini dijangka akan dilaksanakan pada akhir bulan iaitu 30 September 2025.

RUJUKAN

Pihak kami hanya menyediakan maklumat terkini berkaitan bantuan Kerajaan. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini

Leave a Comment