APA ITU EKASIH : DAFTAR / REGISTER / SEMAKAN STATUS (PANDUAN LENGKAP)

APA ITU EKASIH : DAFTAR / REGISTER / SEMAKAN STATUS (PANDUAN LENGKAP)

Individu yang memenuhi syarat kelayakan dan tersenarai dalam sistem eKasih dapat menikmati pelbagai jenis bantuan yang disediakan oleh kerajaan termasuklah bantuan tunai dan tanpa tunai untuk menyokong kos sara hidup penerima.

Apa itu ekasih? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga : CARA SCAN BARANG MYKASIH : PANDUAN LENGKAP CARA CHECK BARANGAN YANG BOLEH DIBELI

APA ITU EKASIH

APA ITU EKASIH?

Sistem ekasih merupakan sistem pangkalan data bersepadu isi rumah miskin yang diwujudkan di peringkat nasional untuk:

  • Membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.
  • Sistem untuk rujukan oleh kementerian/agensi yang terlibat untuk program pembasmian kemiskinan.

SIAPA YANG LAYAK EKASIH?

Kategori kelayakan pendafaran eKasih seperti berikut:

KATEGORI KELAYAKANKELAYAKAN PENDAPATAN
Miskin TegarPendapatan isi rumah kurang atau bawah daripada RM1,169 sebulan
MiskinPendapatan isi rumah kurang atau bawah daripada RM2,208 sebulan
RentanIsi rumah yang hampir miskin dan terdedah kepada risiko kemiskinan / tidak mempunyai pendapatan tetap

APA JENIS BANTUAN MELALUI EKASIH

Penerima dalam Sistem eKasih layak menerima pelbagai bantuan yang disediakan oleh kerajaan seperti :

JENIS BANTUANPENERANGAN
Sumbangan Tunai Rahmah
(STR)
Bantuan tunai secara berfasa (empat fasa) kepada golongan berpendapatan rendah.
Sumbangan Asas Rahmah
(SARA)
Program lanjutan daripada STR kepada Golongan Miskin dan Miskin Tegar eKasih secara bulanan.

Nota penting : Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan secara automatik kepada individu yang lulus/penerima STR dan berdaftar di sistem eKasih.

CARA DAFTAR EKASIH

Pendaftaran golongan Miskin dan Miskin Tegar di Sistem eKasih adalah seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx
  2. Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
  3. Butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah untuk Didaftarkan ke dalam Sistem eKasih, akan dipaparkan.
  4. Sila baca dengan teliti dan mengenalpasti (KIR).
  5. Seterusnya, anda hendaklah menghadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda untuk membuat pendaftaran.; ATAU
  6. Hubungi PPN berhampiran anda mengikut negeri masing-masing seperti berikut:
    • PPN Perlis : 04-9731976
    • PPN Kedah : 04-7209236
    • PPN P.Pinang : 04-2185700
    • PPN Perak : 05-2497400
    • PPN Selangor : 03-55213600
    • PPN W.Persekutuan : 03-40419920
    • PPN N.Sembilan : 06-7659945
    • PPN Melaka : 06-3333333
    • PPN Johor : 07-2234777
    • PPN Pahang : 09-5178208
    • PPN Terengganu : 09-6272000
    • PPN Kelantan : 09-7457103
    • PPN Sarawak : 082-492957
    • PPN Sabah : 088-484800
  7. Setelah selesai pendaftaran dan untuk semakan lulus atau tidak pendaftaran, layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut:
    https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx
  8. Selesai.

CARA MOHON STR

Panduan lengkap permohonan STR 2025 seperti berikut:

  1. Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025, di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Klik butang Permohonan Baharu bagi membuat Permohonan Baharu.
  3. Lengkapkan maklumat Permohonan.
  4. Pemohon hendaklah mengisi maklumat, pemohon, pasangan, anak, waris dengan tepat dan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  5. Klik butang TERUSKAN setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
  6. Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang Sahkan Captcha.
  7. Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/] butang berikut.
  8. Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan. Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan berikut akan dipaparkan:
    • Klik butang YA jika ingin membuat pendaftaran ID MySTR. Rujuk Panduan Pengguna Daftar MySTR 2025.
    • Klik butang KEMUDIAN jika tidak ingin membuat pendaftaran ID MySTR.
    • Klik butang CETAK jika ingin membuat cetakan salinan permohonan.
  9. Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan.
  10. Untuk semakan lulus atau tidak permohonan, semakan status boleh dilakukan di Portal yang sama.
  11. Selesai.

JUMLAH BAYARAN

Kadar bantuan SARA 2025 yang disalurkan dalam MyKad penerima yang layak adalah seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN
BANTUAN STR
KADAR KELAYAKAN
BANTUAN SARA
Isi RumahAntara
RM1,000 hingga RM2,500
(bergantung kepada jumlah anak)
RM2,100
RM100 (Januari – Mac)
RM200 (April – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM600KRM1,650
RM100 (Januari – Mac)
RM150 (April – Disember)
BujangRM600RM600
RM50 (Januari – Disember)

CARA SEMAKAN SARA ONLINE

Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online di Portal Rasmi SARA seperti berikut:

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi SARA: https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama SARA untuk Rakyat Malaysia yang layak.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : SARA
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula : 15/01/2025
    • Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
    • Contoh Baki (RM) : 100.00
  9. Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
  10. Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
  11. ⁠Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) APA ITU EKASIH

Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan EKASIH 2025:

  1. Siapa yang layak daftar eKasih?
    • Keluarga atau Isi Rumah yang berpendapatan rendah (Miskin dan Miskin Tegar) berdasarkan Panduan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.
  2. Adakah pendaftaran eKasih automatik?
    • Tidak. Anda perlu daftar melalui pejabat daerah.
  3. Adakah perlu memohon SARA?
    • Tidak. Kelayakan SARA adalah secara automatik berdasarkan data dalam Sistem eKasih bagi kategori Miskin Tegar dan Miskin, serta dalam sistem STR.
  4. Adakah data eKasih dilindungi?
    • Ya, maklumat anda hanya digunakan oleh agensi kerajaan untuk tujuan bantuan.
  5. Bolehkah keluarga B40 dapat bantuan tanpa pendaftaran eKasih?
    • Kebanyakan bantuan kerajaan memerlukan maklumat pendaftaran di Sistem eKasih, terutama bantuan SARA. Oleh itu, pendaftaran sangat penting jika anda terdiri daripada golongan rentan dan anda juga akan menikmati pelbagai manfaat lain melalui pendaftaran eKasih.
  6. Bagaimanakah cara semak jika nama tersenarai dalam sistem eKasih?
    • Semakan status boleh dilakukan di portal rasmi eKasih dengan hanya menggunakan nombor MyKad.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

Leave a Comment